11 February 2008

TG CORNER, LETIH TAPI BEBALOI BEB!

Letih baru sampai dari TG ( lelap sekejap)

Assalamualaikom teman semua!
AlhamdulilLah, setelah perancangan diatur oleh beberapa orang sahabat kita terutamanya Om Puad Azhari, Ibu Latifah dan suami tercinta serta sokongan dari beberapa teman gen77 terutama yang tinggal di kawasan Utara maka Liqa' Perak terlaksana dengan sangat meriah sekali. Terima kasih terutama kepada Puan & Tuan Restoran yang telah bersedia awal untuk menyambut kedatangan teman2. Kalau ikut program awal seperti yang diberitahu oleh Puad bermula dari jam 12.00 tgh.

Saya bertolak dari Klang jam 9 pagi dan tiba di TG Korner +- 11.30 pagi. Dalam perjalanan iaitu ketika berada di kawasan Tg Malim, saya meminta orang sebelah menghubungi Mawi bertanyakan susur keluar mana satu yang paling dekat. Mawi cakap keluar ikut tol Gopeng. Ketika itu Mawi sudah sampai di Tapah. Katanya tayar keretanya bocor! Apabila sampai di RR Tapah, saya menalipon Mawi tetapi tiada jawapan. Agak saya sudah tentu Mawi sedang drive atau dah sampai di sana. Setelah keluar dari tol Gopeng, saya mengikut jalan menuju ke Sri Iskandar. Di Gopeng agak jem sedikit sehingga melepasi simpang ke Tronoh. Saya menghubungi Puad, katanya dia dan kawan2 baru sampai di Sg Dua. Jalan sesak katanya.

Kami merentas bangunan Kelly dan terus memasuki UTP kerana tidak tahu di mana TG Korner tu. Saya menghubungi Latifah dan beliau memberitahu kedudukan sebenar TG. Selepas keluar dari UTP, maka dalam 3-4 minit, nampaklah TG di sebelah belakang deretan kedai sebelum stesyen Petronas. Setelah meletak kereta tidak berapa jauh dari TG, saya dan orang rumah melihat dari jauh kalau2 ada kawan2 lain di situ. Tetapi masih belum ada. Saya ajak isteri jalan2 dulu melihat kedai2 yang ada di situ. Kami sempat singgah di sebuah restoran tidak jauh dari TG dan memesan 2 gelas Nescafe. Belum sempat habis minum Latifah telefon sekali lagi. Saya kata kami dah sampai dah, tapi saja pusing2 sat. Apabila kami tiba di hadapan pintu TG, adik si Latifah macam dah tau yang kami berdua ni kawan dia. Terus dia memanggil kakaknya dan berlakulah pertemuan kali kedua antara kami. Dia menjemput kami masuk ke sudut khas yang telah disediakan. Aku tengok atas meja macam2 ada!

Sambil berborak, tiba2 muncul 3 orang teman lama (Us. Muhammad Abd. Rahman, Ismail Hassan dan Khalil). Aku memang cam depa semua tuh. Depa yang tak beghapa cam aku. Bini aku pun depa tak cam! Nasib baik dia dah jadi bini aku.. hehee.

Lepas tu muncul pulak si comel Pn Normah Ibrahim. Aku langsung tak kenai. Yang aku hegan sangat kawan2 kita yang tiga oghang tu pun tak kenal jugak! Bini aku jugak yang boleh cam. Yang Us Abd Rahman tu, dia ada buka restoran tak jauh dengan TG Tipah punya!!!! Ni yang PELIK TETAPI BENAR pernah berlaku dalam kalangan gen77! Sebelum ni tak kenai pun walaupun dok lalu lalang depan mata. Ish,ish, ada kaa patut? Tu yang di sini, yang di tempat lain aku tak tau dah jadi macamana. Aku bimbang kalau2 ada yang dok saman menyaman sesama kawan2.

Kemudian timboi pulak Azhan. Tahniah Azhan. Dia dah bertolak awal2 dari Taiping menghantar anaknya ke UPM, Serdang. Kemudian patah balik ke TG. Haghi ni dia banyak cakap dah. Aku naik bengang bila kawan2 kita dah tak kenal satu sama lain. Tu satu negeghi tu. Aku tengok masakan Tipah sodap. Tipah semawa jugak tapi aku biar saja dulu. Tapi tak tahannn, aku tak tunggu kawan dah, terusssss ngap! Ada sebuah Unser dok pusin dua tiga kali. Aku tengok macam pernah jumpa. Dia dok ttelefon siapa pun aku tak tau. Anak2 ghamai. Comel2 pulak tu. Aku cakap kat kawan2 kita kamu kenal siapa tuh? Bila dia tolak pintu, suasana jadi riuh. Orangnya tak banyak berubah tapi rezeki bertambah.... Itu dia ketua kelas 5sc1. (Fathillah).

Aku ajak depa makan ( macam aku pulak yang jadi tuan rumah!) Aku telefon Puad, dia kata dia dok tunggu kawan di Kuala Kangsar. Depa mai 3 biji kegheta.

Aku letih sangat ni. baghu balik dari sana. Jalan sesak teruk. esoklah aku sambungggg.....
Aku tak bawa kamera. Tertinggal di rumah. Jadi yang banyak ambil gambar ialah Roshidi, Puat, Husin dan Nasir. Depa mesti masukkan selepas ini! Sdr Ammar bawa kicap dan sos cili. Setiap orang dapat freeeeee. T. kasih Ammar!
Semoga Allah menambah rezqi berlipat ganda lagi!!!

nak tidog dah nii. Gambar ni pun bini aku yang cughi ambek masa aku terlelap sat tadi! Baguih punya bini!

Pendek kata; pertemuan ini sangat berjaya dan terlalu bermakna untuk semua yang hadir dan juga yang tidak berkesempatan kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Jutaan Terima kasih khas utk Pn Latifah & suami En Ali.

- abdullah hj hassan
100208

No comments: