22 April 2008

Remaja Melayu



Remaja adalah aset ternilai bagi sebuah masyarakat dan negara. Dalam membina remaja berwawasan ianya perlu kepada pendekatan yang bukan semudah yang difikirkan. Remaja di alaf globalisasi dan dunia tanpa sempadan amat memerlukan methodolgi dan uslub addakwah yang terbaik. WM mengharapkan teman-teman mampu mengarap persoalan ini dengan idea yang bernas agar ianya dapat dimanfaatkan oleh semua teman-teman yang memang berhadapan dengan remaja di rumah, sekolah, kampus, komuniti masyarakat dan di negara ini.WM baru balik dari ceramah di sebuah sekolah menengah atas tajuk "Remaja Ku Hanya sekali". terus terang WM nyatakan memang sukar untuk mengawal audiens atau remaja masakini semasa kita berceramah. justeru itu perkongsian bijak ini perlu dibahaskan supaya remaja / anak-anak kita berupaya mengukur dan memahami erti kehidupan yang sebenar. WM ada program di sepang sehingga 24 April 2008.(Empress Hotel), teman-teman yang ada disekitar boleh jumpa WM di sana.