Oleh kerana Fuat telah taroh saya kow-kow dalam tulisan blog dia berkenaan ketidakmunculan saya di Sri Iskandar Ahad lepas, maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada Puan Pah Zul dan suami beliau En Ali kerana tidak "reciprocate" undangan beliau untuk menjadi selera di TG Corner yang tersohor di Sri Iskandar itu.
Insya Allah bulan depan saya akan ke Tronoh lagi. Nanti saya singgah di restoran TG Corner tu, makan cukup-cukup macam customer biasa, bila sampai time nak bayar baru saya akan call Pah Zul untuk "kensel" kan bil tu? Amacam? Beres?
Hang Fuat, hang jangan bisin-bisin. Sekarang score kita semua lebih kurang sama, ie, 3 points (perjumpaan di Aloq Staq tu tak kira la). Dato Dollah pun tiga (Beriyani Kelang, Kedah, Sri Iskandar), aku pun tiga (Tg Malim, Kelang, KIK). Hang pun tiga (Tg Malim, Beriyani Kelang, Sri Iskandar). Seri 3-3-3-3-3-3 OK?
So next venue is either in Kuala Terengganu, or Melaka?
-Asmawi Mohamad
11 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment