21 February 2009

INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UUN

ALFATIHAH
Assalamualaikom wr wb!
Sahabat2 di Terengganu sila bersedia kerana kemungkinan besar jenazah Almarhum MNY akan diterbangkan/ dibawa menggunakan van ke Kuala Terengganu!
'FASTAQIM KAMA UMIRTA'
Salam ukhuwwah fiLlah utk semua gen77kik!

abdullah hj hassan

Saudara MNY kembali kerahmatullah

salam

dengan penuh kesedihan saya dimaklumkan oleh anson sekejap tadi bahawa sahabat kita sdra MNY sudah kembali kerahmatullah jam 6 pagi tadi

urusan lanjut akan dimaklumkan kemudian

mayat masih di PPUM

asmawi

kain pelikat kawan


Suatu pagi di musolla asrama. Di sebelah kiriku seorang pelajar memakai sehelai kain pelikat yang cantik. Nampak macam masih baru. Selesai solat Subuh, aku berkata: Cantik kain kamu!

Dia menjawab: Bukan saya punya. Aku melihat ke mukanya. Habis siapa punya?

"Kawan".

"Aik, macamana jadi macam tu?".

"Dia bagi saya pinjam".

"Kamu punya?".

"Basuh".

"Yang lain tak ada?".

"Tak ada".

"Ok, esok kamu ke bilik saya!".

Aku menceritakan peristiwa itu kepada memku.

Bersambung.... jika ada masa.

Genku!

Semalam, aku bergegas ke hospital UM bersama mem dan Huda. Di sana sudah ada Mokhtar sedang menunggu di kantin utama. Apabila sampai di lobi tingkat 12, kami bertemu sdr Dr Zaki dan Dr Cek Ku. Sdr MNY kelihatan semakin lemah berbanding ziarah kami Ahad lepas. Pak guard meminta kami meninggalkan bilik kerana sudah hampir jam sepuluh. Kami ke lobi. Mawi sampai, kami menyuruh dia masuk. Agak lebih lama dia di dalam kerana pak guard tiada. Bila dia keluar, Dutch Lady pula sampai bersama body guardnya. Kami suruh dia masuk. Letih menunggu di Lobi, kami turun ke kantin. Tunggu Dutch Lady turun. Bincang di mana nak makan. Dari pagi aku belum makan nasi. Pagi tadi turut merentas desa. AlhamduliLlah, dapat habis. Sebelum solat Jumaat, aku ke Sepang. Balik dari sana, aku singgah kedai eksesori kerana membaiki alarm kereta yg kurang berfungsi. Jalan sesak. Sebelum maghrib baru sampai rumah panjang. Dutch Lady menalipon. MNY. Aku terus menekan komputer. Berita itu aku muatkan. Mawi pula menalipon. Selesai solat Maghrib kami terus memecut ke Hos UM.

Kesemua bersetuju untuk ke gerai sebelah asrama lama uia, sebelah kedai motor besar. Makanlah apa yang ada. Hampir jam 12 mlm, kami bersurai. Kami berpisah mengikut laluan destinasi masing2.

Terima kasih kawan2. Bersama kita berdoa utk kesejahteraan SEMUA!

Wassalamualaikom