18 January 2008

Salam

Bakry - cikgu omputih tu Mrs Lammond namenyer (lbhkrg mcm tu le bunyi) Aku pun kdg2 xphm gak aper dier ckp, accent dier buat otak terseliuh!! Ko dulu ngan Kamal Daril mcm twin eh, mane2 pegi pun sama, apasal? .. takut Kamal kene ngorat dek senior ke!!! ....

Hussin - bila hang nak trn kl. Aku ada gak pi Kedah, ziarah sedara yang dah xramai tu tp slalunya xsempat nak jln2 pun. Schedule hectic sgt. InsyaAllah anak aku ada keja kat MARA A/Star nnt bole la jumpa. Arifin kat MRSM Pendang, tepon la dia. Aku ngan dia rasanya xubah perangai, mcm dulu gak, xpeduli kat org, buat hal sendiri ja .. sb tu laa ada org xsuka (hanya org yg tau je akan rasa)

Mawi - Roslan Khairi Mohd Rasad (nama yg ko tulis salah), Ali Osali, Kadir T P Mohamad. & tmbh nama rakan yg dicari (5sas4) rasenye sekelas ngan aku - sori gambo kelas, anak2 dah koyak, buku RESTU pun ntah kat mane xtau.

  1. Kamariah Jaafar - Perak (ddk seblh Norihani Abdullah form 5 - An aku akan cari sb dier tu sedara aku) Chon pasti tau Kamariah - muke mcm hindustan tuu yg dipuja Ali Osali n Kadir T P Mohd!!
  2. Khadijah Md Sham - Mlk (kwn baik Rohana Mahadi)
  3. Faridah Yahya - Kedah (ty Fuat Azahari mesti tau, sedara dier) - dah dpt hp nnt aku call
  4. Salamiah (name Bapa xingat) - Selangor (ni kene ty Zaki songkok tinggi)
  5. Mariam Mohamad - Mlk (ni kene ty Rahiman Bani .. :))
  6. Muhabbat (sahabat Wan Chik) - Mlk (kene ty Shah Rukh Khan nii .. ha ha)

Zubir - last aku jumpa hang early 90s masa aku kat branch office kat JB, betoi dak!!!

Yunus - Mawi & Fuat has been generous enuf to sponsor (so far .. ), y not come down 2KL & meet up dis Feb 2nd during Nik Mahizan/Dollah Hassan daughter's wedding day .. n f'more its on a sat .. we dont mind chipping in 4ur fare Sheikh .. if dats wat ur worried 'bout

So far Alhamdullillah ramai yg dah dicatat no hp oleh Mawi .. rasenye akan makin ramai lg yg akan menjelma membantu merealisasikan impian re-union kite selama ini. Wassalam - teringat kate2 Mrs Lammond dolu2 " even if u r on d right track, u'll get run over if u juz sit there"

Peluang menabur budi menyemai bakti di KIK- UPDATE 1

UPDATE 1:

Saya telah menerima dua pledge pagi ini, berjumlah RM200. Ada seorang tu beritau saya, dia sanggup keluarkan RM3000 seorang diri, tapi saya kata, bagilah peluang kepada orang-orang lain sama untuk bersedekah amal jariah dalam membina sesuatu untuk manfaat jangka panjang seperti ini.

So saudara saudari sekelian, please contact me on my email at asmawi@gmail.com to give your donation. Sumbangan anda akan menjadi tanda ingatan yang berpanjangan untuk sebuah Kolej yang kita kasihi.

Asmawi Mohamad
------------------------------------------------------------------------------
Pihak KISAS/KIK memohon bantuan dari kita semua untuk menjayakan satu projek keceriaan sekolah di KISAS. Projek ini ialah Projek membina Pondok/Gazebo untuk tetamu/ibubapa dan pelajar sendiri, sebagai sebahagian daripada program Keceriaan dan Keselamatan kolej. 3 buah pondok/gazebo akan dibina di hadapan Blok A asrama putera untuk tujuan tersebut.

Saya telah berhubung dengan Sdr Megat Iskandar, YDP PIBG KISAS sekarang mengenai perkara di atas.

Kos satu pondok dan meja dan kerusi simen/bata/ di pondok tersebut ialah RM3000.00.

Salah seorang AJK PIBG telah bersetuju menyumbangkan penajaan satu pondok. Jadi ada dua pondok sahaja lagi yang belum ada penaja.

Saya telah berbincang dengan Mustafa Mohd Nor dan Fuat petang tadi, dan kami bersepakat untuk membawa perkara ini ke dalam forum Blog kita ini. Kami mencadangkan Alumni Tingkatan 5 KIK 1977 menaja kos pembinaan satu pondok itu sebanyak RM3000. Saya telahpun menghubungi Sdr Megat sebentar tadi untuk mengesahkan bahawa kita akan menaja pembinaan satu pondok. Sekarang kita ada antara 50-60 orang yang sudah menjelmakan diri di sini dan berhubung dengan kita. Kalau setiap orang keluarkan derma sebanyak RM50, kita sudah boleh menaja satu pondok.

Nama penaja akan ditulis di pondok berkenaan, dan dalam kes ini, kita akan tulis "Tajaan Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 Kolej Islam Kelang Tahun 1977".

Kami berharap saudara-saudari cepat-cepat merebut peluang untuk menabur kembali budi yang telah kita perolehi selama ini dari KIK, dan paling tidak, untuk membuat amal jariah yang akan menjadi punca balasan pahala berterusan hatta setelah kita mati kelak.

Derma saudara/saudari bolehlah dibuat ke dalam akaun bank yang akan saya maklumkan kemudian.

Wassalam,

Asmawi Mohamad