11 February 2008

Di Mana Dia?

Salam.

Tiba2 saya teringat kawan kita yang sorang ni. Namanya Wan Khadijah bt Wan Su. Rakan sebilik saya masa form 5 dan dia kelas Sastra 4. Masa tu kalau tak silap saya sebilik juga dengan Jaliya. Wan amat rajin belajar.Sentiasa berada dikerusinya di meja dalam bilik. Saya hairan, tidakkah beliau pernah merasa bosan menatap buku-buku teks sentiasa. Saya ni kalau buka buku teks cepat bosan. Asal pegang buku teringat nak pi ziarah kawan. Mulalah pi berkunjung dan bersembang dengan Siti Fatimah. Buat latihan matematik pula saya tak minat. Masa minggu pertama di kelas Sains 1, homework add math yang pertama saya hanya copy 100% dari buku latihan Padzilah. Saya tak tau apa-apa. Bila belajar math di kelas Sastra 1 pun saya rasa Cikgu Rani banyak bagi markah kesian kat saya. Elok sangatlah, baru saja dua tiga hari di KIK ayah saya telah menulis surat kepada pengetua minta saya ditukarkan dari aliran sains ke aliran sastra.

Saya anggap Wan ni cukup istimewa orangnya, sebab tu saya selalu tanya dia soalan-soalan begini : ”Pernahkah Wan menolong mak di dapur?” . ”Kalau cuti sekolah selalu buat apa kat rumah?”dan beberapa soalan seperti soalan kanak-kanak tadika namun jawapannya amat bermakna buat saya . Dan saya yakin tumpuan Wan Khadijah hanya pada pelajaran. Sungguh fokus....

Pernah satu malam ( mungkin malam minggu kot sebab tu study kat bilik) Wan isi air dalam baldi, hampir separuh baldi. Dia bawa masuk ke bilik dah letak bawah meja. Saya dan Jaliya tak tanya apa2 cuma dalam hati tertanya2 apa sebenarnya yang sedang dan akan berlaku.Masa tu mungkin tengah exam atau SPM dah sangat hampir.Kami pun buka pelajaran masing-masing.Tiba-tiba saya perasan Wan letak kaki dalam baldi. Jaliya tanya, ”Tak sejuk ke?”. Jawapannya;”Sejuk, hilang ngantuk!” MasyaAllah! "Sesungguhnya Allah SWT kasih kepada hambaNya yang tekun dalam usahanya.”

Wan Khadijah juga amat kasih kepada aruah abangnya yang telah kembali kerahmatullah ( saya tak ingat bila ) sehinggakan dia selalu pakai jam tangan aruah walaupun jam itu sudah tidak lagi berfungsi. Saya tak tau apa jawapan Wan bila orang tanya ”pukul berapa sekarang”?!

Saya hanya mendapat berita bahawa Wan melanjutkan pelajaran ke Mesir tetapi tidak pernah mendengar apa-apa perkembangan tentang dirinya. Saya ada menyimpan gambar Wan bersama Timah Noor ( telah kembali kerahmatullah tak lama lepas tamat belajar di KIK). Tapi tak dapatlah saya nak letak kat sini.....

Saya masih teringatkan perkataan Wan dan Fatimah Muda sebaik saja habis exam SPM.”Betapa nikmatnya rasa bila periksa dah habis!” Saya terdiam dan berfikir panjang. Saya sebenarnya tak rasa begitu, saya rasa macam nak ulang balik masuk periksa. Itulah perasaan orang yang tak bersungguh-sungguh, belajar main-main ! Semua itu menjadi pengajaran yang amat berharga! Harap Wan tidak marahkan saya atas coretan ini.

Salam kasih mesra untuk teman-teman semua.
FarahDina

No comments: