13 February 2008

Hidup Pemangku Pengetua!!!!

Hidup Pemangku Pengetua!!!
Hidup Dato Dollah!
Hidup Datin Nik!

Hari ini 13 Feb 2008, adalah hari terakhir Ustaz Mohamad Awang bertugas sebagai Pengetua KISAS. Beliau bersara wajib berkuatkuasa besok.

Mulai besok juga, Ustaz Abdullah Hasan akan memegang tugas sebagai Pemangku Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang.

Hidup Dato Dollah!!!!
Hidup Datin!!
Hidup Gen77 (istilah yang diperkenalkan oleh Dato sendiri!)

Selamat memegang tugas baru. Selamat berbakti untuk anak bangsa dan ummah. Kami berbangga dengan pencapaian anda, dan amat berbesar hati di atas kepercayaan yang diberikan kepada salah seorang anak didik Gen77, untuk memegang teraju kepimpinan Kolej Islam, walaupun sebagai pemangku (saya difahamkan oleh Datin Nik bahawa Dato' tidak samasekali akan memegang jawatan Pengetua secara tetap kerana mereka kabarnya telah bersumpah untuk sehidup semati bersama-sama di KISAS, come what may!-haiyaaa...dah lama ko ekau berduo jadi romeo dan juliet???- Kalau Dato' menerima jawatan Pengetua, Datin Nik secara automatik terpaksa pindah sekolah kerana mengelakkan "conflict of interest" antara suami isteri.)

-Asmawi Mohamad