11 February 2008

TABIK SPRINGGG UTK MU BANG CHIN & TEMAN2

Assalamualaikom semua!
Bravo Bang Chin! bravoo dan bravooo! Beginilah antara contoh terbaik yang kita dengar dari seorang dari kawan2 kita yang sanggup berkorban apa saja demi menjayakan visi dan misi baru gen77kik selepas sekian lama menyepi diri! Tahniah kawan2.
Aku terpaksa memaksa diriku menulis dalam blog ini sebaik lepas membaca satu persatu catatan Bang Chin dari awal hingga akhir! Tahniah, Chin. Nampaknya ceghita ni lebih hebat dari ceghita2 hitam putih dan bollywood yang pernah kita tengok di kik dulu. Sesekali aku tersengeh, sesekali aku suspen, sesekali terpaksa berhenti sekejap memikirkan keadaan yang sedang dialami oleh kawan2 dalam keadaan2 seperti itu. Hebat catatanmu bang Chin. Kalau ada sesiapa yang boleh promosikan catatan perjalanan kerana Lillahi Taala ini bolehlah mula bergerak supaya kisah ini dapat dilayarperakkan! Aku ghasa pasti dapat box office punya! Kita boleh rangkumkan sama kisah2 dari kawan2 lain. Rasanya sdr Mawi, aku dua laki bini, Tipah dan laki dia, serta kawan2 semua yang mempunyai tujuan yang sama mempunyai catatan dan pengalaman tersendiri dan boleh diketengahkan juga.
Kepade temang2 yang akang menghadiri Liqa' Pantai Timur, siap2lah diri dengang buku catatang supaye semue temang dapat mengingat kembali ape2 saje yang boleh disebarluaskang untuk tatape semue membe dale gen77kik!
Tahniah bang Chin, terima kasih Ammar, Nasir, Mawi, Zube, Ismail, Azhan, Khalil, Om Puat & Family,Normah, Fathillah, Us Mohd, Tipah & suami, bini aku pun sama jugak, tahniah teman2. Semoga Allah memberkati!
Jumpa lagi...
- abdullah hj hassan
110208

No comments: