27 March 2010

Apa Khabar Semua?




Apa khabar semua?, didoakan semua beroleh kesehatan dan kelapangan serta ketenangan dalam meneruskan perjuangan hidup. Tahun 2010 telah hampir melepasi tiga suku tahun pertama. Minggu depan dah masuk April. Masa begitu pantas berlalu. Ini yang dikatakan " Tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia merasakan cepatnya masa berlalu, setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan cahaya".

Wakman dah lama menulis di blog genkik77, terasa hari ini nak menjengok blog yang nampaknya tak bermaya lagi. Teman2 lain agaknya dah bertumpu kat email maya dan Facebook.
Pelbagai aktiviti dan majlis liqa telah dibuat dan nampaknya semua berjaya dan melambangkan genkik77 bersatu dan terus bersemangat untuk menjayakan wahdatul fikr. 10 Mac 2010 yang lalu Wakman sempat ke bumi Sabah, Daerah Kundasang dan Ranau.Umie pun ikut sama. Waduh!, buminya sejok sekali, subur dengan pertanian, sayur2an. Meting di Pusat Latihan Islam JAKIM, Kundasang di bawah kaki gunung Kinabalu amat mengasyikkan.
Cadang nak bertemu juga dengan Syeikh Yunus Samed di UiTM, tapi tak dapat disebabkan Yunus ada program di Kudat dan wakman nak jumpa kawan lama UKM dulu pun tak dapat kerana kawan tu ada di USIM, Nilai.
Sesi persekolahan pun dah bermula, semuanya sibok dengan urusan persekolahan, kawan2 yang jadi guru sekolah rendah, wakman ingin ucapkan tahniah dan syabas. Semalam wakman kena ceramah kat murid2 sekolah rendah, kalau tak betul2 gaya, sakit juga dibuatnya kita.






Insya Allah, lain kali wakman akan mencoretkan juga cerita2 yang boleh di kongsi sama. Wakman mendoakan semua teman dan semua guru2 beroleh kesejahteraan. Mereka yang sakit dan keuzuran didoakan segera semboh dan beroleh kebahagian.
Salam Hormat dari
WakMan.
Melaka Bandaraya Bersejarah.