27 April 2008

Cadangan Liqa' Nasional 2008

Perbincangan sahabat-sahabat kita di Utara semalam telah membuat cadangan supaya Liqa' Nasional 2008 yang asalnya dicadangkan di Sg Petani, Kedah, dipindahkan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, dengan sedikit pindaan pada tarikhnya. Alasan utama pertukaran tempat ini ialah untuk memudahkan urusan-urusan logistik suku sakat kita yang akan datang nanti.

Dengan terpilihnya Kisas sebagai tuan rumah, ertinya tempat penginapan untuk sahabat-sahabat yang datang dari luar KL dapat diuruskan oleh Ustaz Abdullah Hasan dengan mudah.

Tarikh asal pada Isnin 2/6/2008 sekarang diawalkan kepada Sabtu 31/5/2008.

Tujuan saya menulis ini ada dua:

1) Tarikh 31/5/2008 adalah tarikh yang belum dimuktamadkan lagi. Jika ada cadangan-cadangan lain, sila kemukakan cadangan alternatif anda kepada sahabat-sahabat semua. Kita akan gunakan konsensus untuk memilih tarikh yang paling sesuai bagi kebanyakan orang, termasuk dari Pantai Timur dan Utara.

2) Kita perlu menggiatkan lagi usaha menjejak hampir 50% lagi dari bekas-bekas pelajar Tingkatan Lima Kolej Islam Kelang 1977. Saya berharap sahabat-sahabt yang sudah bertaut di sini dapat mewarwarkan kepada sesiapa sahaja yang ditemui di kalangan bekas pelajat KIK, mudah-mudahan dengan tersebarnya "word of mouth" ini, hajat kita untuk mempertemukan seramai mungkin kawan-kawan seangkatan kita dulu akan terlaksana dengan jayanya.

Untuk melaksanakan tujuan ini, saya pohon kerjasama Sdr Fuat untuk berganding bahu dengan Fatimah Hasan dan Padzilah Said bagi menjejak semua bekas-bekas pelajar yang belum ditemui. Saya rasa kalau kita peruntukkan beberapa hari khas untuk setiap kelas, kita akan dapat mengumpulkan kesemua bekas-bekas pelajar ini dalam masa sebulan.

Cadangan ringkasnya adalah seperti di bawah:

Minggu 28/4- 4/5: Tingkatan 5 SC 2 dan 5 Sastera 1
Minggu 5/5 - 11/5: Tingkatan 5 Sastera 2 dan 5 Sastera 3
Minggu 12/5 - 18/5: Tingkatan 5 Sastera 4 dan 5 Sastera 5

Insya Allah, dengan sedikit plus and minus, kita akan dapat selesaikan tugas menjejak kawan-kawan lama ini di sepanjang bulan Mei nanti, supaya usaha menghubungi mereka dapat dilakukan secepat mungkin.

Senarai nama semua pelajar telah discan oleh Genghiz tidak lama dulu, dan boleh diperolehi dengan klik di sini.

Kita gunakan senarai nama tersebut dan mula menjejak mereka satu persatu sehingga semuanya dapat dijumpai.

Good luck.

-Asmawi Mohamad

Jutawan Yg Tdk Fakir.....

SEMOGA AKAN MUNCUL PULA SELEPAS NI DERMAWAN DERMAWAN LAIN YG AKAN MENGHULURKAN SUMBANGAN..BUKAN SAHAJA KEPADA KISAS TAPI JUGA KEPADA INTITUSI PENGAJIAN LAIN LAGI YG SEIRAMA DENGAN KISAS YG BAKAL MELAHIRKAN INSAN YG CEMERLANG GEMILANG TERBILANG DIDUNIA DAN AKHIRAT.KITA PERCAYA RAMAI LAGI INSAN2 BEKAS PELAJAR KIK YG BERJAYA DARI SEMUA GENERASI YG BERADA DISELURUH MALAYSIA.DARI PERLIS SAMPAI KE SABAH......INSHA ALLAH MEREKA AKAN MUNCUL NANTI......

Sekian......
Dari B C utara semenanjung.

KECEMERLANGAN & KESYUKURAN


Assalamu'alaikum wbt.

Syukur dan tahniah Datok Lah dan warga pendidik KISAS yang telah berjaya menjayakan majlis anugerah Hari Kecemerlangan KIK 2008.WM tumpang bergembira apabila ada teman-teman Gen77 yang telah turun padang untuk melihat dan membantu anak-anak yang sedang menuntut di KISAS. Bagi teman-teman yang belum mampu menyumbang , marilah kita menghimpunkan doa keikhlasan kepada AlLah swt semuga anak-anak kita di KISAS dan dimana-mana sekolah dan pengajian, agar mereka beroleh keselamatan, kejayaan dan keluhuran budi pekerti akhlak mulia. Sesunguhnya dorongan serta motivasi berteraskan ISLAM amat perlu dalam membina kekuatan generasi gemilang masakini. Kita mengharapkan anak-anak kita akan mampu mengembalikan kegemilangan intelektual, ilmuan zaman lampau meskipun mereka dahulu berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dalam mencari ilmu.


WM baru balik dari ceramah maulidur Rasul dan akan terus menjalankan tugas di malam minggu, Dunia ini sempit bukan kerana ramainya manusia, tetapi dunia ini sempit kerana perangai dan tingkah laku manusia yang sudah rosak. Mungkin teman-teman akan bertanya, nak cari menantu pun susah. Remaja semakin khayal dengan dengan hiburan dan budaya keseronokan. Mereka perlu bimbingan dan marilah kita semua menghulur tangan kasih sayang untuk membina ikatan ukhuwah dikalangan anak-anak kita.{ Anak kita anak orang, anak orang anak kita.}

Ungkapan "Membina Ummah Gemilang" sering dipaparkan, namun kita semua perlu membina kekuatan dan memperkukuhkan iltizam kepada penghayatan Islam yang sebenar. Cernakan ungkapan khairil ummah. "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagai (faedah) umat manusia( Kerana) kamu menyturuh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada AlLah Swt (dengan sebenar-benar iman)."

surah Ali-"Imran ayat 110.

Sukran, WM