23 May 2008

MENGAPA KAU HIDUP BERSENDIRIAN?




لماذا تعيش وحيدا ؟


لماذا تعيش وحيدا وتترك نفسك دون من يقف الى جوارك ويسألك ماذا بك ، يحتاج كل منا الى من يسأله مالك فقط يريد ان يشعر ان هناك اخر مهتم به وبأمره حتى لو لم يقدم له حلا اويفك له عقدة او يمسح من عينه دمعة حزن خفية ، على الرغم من اننا نعيش وسط اهلنا ويملأون علينا حياتنا الا اننا احيانا نشعر بالغربة والوحدة حتى ولو نجلس معهم على مائدة طعام واحده ، نجلس احيانا ونشرد ونعيد كل دفاتر حياتنا التى طواها النسيان رغما عنا .

نحاول ان نزيح التراب من على تلك الدفاتر القديمة ونسترجع ايام سعيدة فى حياتنا واخرى تعيسة ونجد اننا ايضا وحدنا ، نريد ان نصرخ نريد من يسمع منا ولا يشكو الينا همه نريد ونريد ونريد ولكن فى النهاية تظل الوحدة هى صديقنا ، حتى لو كانت متع الدنيا كلها حولنا ، قد ينخرط كل منا فى عمله ولكن ماذا يفعل بعد انتهاء عمله ، وحيدا ايضا ، يريد وعاء يفرغ فيه ما بداخله من اسرار وحكاوى يريد ان يحكى لاحد يسمعه باهتمام مطلق لانه يحب ان يسمع منه ، لاتترك نفسك فريسة للوحدة حتى لو انت فى وسط اهلك واصحابك .اتخذ لنفسك صاحبا يكون اذنا تسمعك فقط .

كل واحد منا يعيش داخل سجن نفسه ويحيط نفسه بهالة من الاسرار والغموض ولكنه ياتى عليه يوم يريد ان يخرج بعضا من تلك الاسرار كى لا يمتلئ وعاء اسراره وينضح الاناء بما فيه .

genghiz

23 mei 08

Demi Masa

Teman-teman, jangan tak datang Liqa’. Macam-macam ada.....

Saya tak dapat lupa kata-kata Fatimah Hassan kepada Hapinah masa di rumah Muhabbad di Bukit Nangka; “Dulu aku tak kawan dengan engkau sebab engkau sombong.” Semua yang mendengar riuh ketawa.Sekarang semua tu dah tak ada. Kita semua sama saja. Noorbakri pernah sebut cerita kelakar Pah Zul dengan Cikgu Tahir. Pah tanya cikgu, “You ni kelas Sains ke Sastra ?” Jadi macam tu agaknya pasal kita dengan cikgu-cikgu dah jadi sebaya. Malah saya rasa Cikgu Sushama nampak lebih muda dari saya.
Asmawi pula ada sebut , antara ayat pertama Anson bila dihubungi; “Asmawi budak nakal tu ke?” Sekarang tak ada siapa yang nakal lagi dah. Semuanya baik-baik belaka.

Saya yang hanya baru sekali dua datang ke Liqa’ pun ada macam-macam cerita, apa lagi kawan-kawan yang selalu ada; macam Che Latifah, Latipah Zul, Kamilah, Nik Mahizan, Fatimah, Wak Man, Mustafa, Naim, Fuat dan lain-lain.

Selain untuk menjalin kembali silaturrahim melalui pertemuan-pertemuan yang diadakan macam-macam program telah dan sedang dirancang untuk kesinambungan Gen77 dan anak cucu kita. Ada berkaitan ekonomi, pendidikan, kebajikan, rekreasi dan macam-macam lagi...Kita juga sentiasa menjemput guru-guru kita (selamanya mereka akan tetap jadi guru kita) seperti Cikgu Kusno, Ustaz Ahmad Ismail, Cikgu Tahir, Cikgu Shahrom, Cikgu Shushama untuk terus memberikan bimbingan dan tazkirah kepada kita semua.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”. (surah al-‘Asr)

Bagai Binaan






Untuk apa kita menjalin ukhuwwah dan silaturrahim ?


Untuk saling menyokong antara satu sama lain, bagi membina kekuatan ummah

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Musa al-‘Asy’ari ra :”Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti suatu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain” (saling menyokong antara satu sama lain)

Sebagai tanda menghormati antara satu sama lain

Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah ibn Umar ra: Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain; dia tidak menzalimi dan menghinanya.

Bukti keimanan kepada Allah; dengan memupuk rasa kasih sayang sesama insan

Sabda Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik ra.: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”

Sabda rasulullah SAW daripada Anas ra: Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim.”
wassalam
FarahDina

Pulau Besar


Assalamu'alaikum wbt.
Apa khabar semua, didoakan semua teman2 beroleh kesehatan. Didoakan cikgu Sahrom dan keluarga selamat pergi dan pulang menunaikan umrah. Muhabbatie bila nak buat Liqa' Umrah gen77kik?, Boleh aturkan dan minta Che Pah jadi pembimbing Umrah. Kita baru pulang dari jejak kasih Pulau Besar. Teman2 yang pergi rombongan ke Pulau Besar tahun 1977/1978 mungkin masih ingat kot nostalgia tu. Mungkin ramai yang pergi Naim, Arifin, Ismail Maon dll. Kaum ibu yang pergi kita tak ingat sebab kita pun tak pergi, dengar kisah dan cerita2 jenaka je. bagus juga nanti jika ada kesempatan kita buat lawatan ke Pulau Besar. Sebenarnya kita buat pemantauan bersama anak2buah, disamping buat latihan dan motivasi. Adalah buat aktiviti2 sampingan menghilangkan tekanan kerja yang memang tidak akan habis selagi manusia ini hidup. Kegiatan pemujaan masih juga berlaku dikalangan masyarakat walaupun kesedaran mengenai larangannya telah dijalankan. Kepercayaan kepada peristiwa karut marut terus berlaku. Lebih menyedihkan bila ada orang bukan Islam yang memuja kubur orang Islam. Walau bagaimana pun sehingga kini, kawasan Pulau Besar telah dapat di kawal jika dibandingkan dengan 30 tahun yang lalu. Kita sentiasa memantau perbuatan pemujaan dari Pulau Besar hingga ke Tanjung Tuan, Port Dickson yang juga masih dibawah kawasan Melaka.


Semasa di Pulau Besar 2 orang teman lama telah dapat dikesan iatu Ct Kittiyah Dakir dan orang kuat KDRM Faridah Aziz. Keduanya tinggal di Johor. Kamilah boleh bawa sekali teman baru ni termasuk Ct Fatimah Omar ke Liqa' Nasional nanti. Muhabbatie!, anta boleh jadikan Pulau Besar untuk program Motivasi atau summer camp anak/cucu jama'ah Umrah masa cuti sekolah, Kelab Rekreasi & Rehlah Genkik77 boleh ditubuhkan. Siapa setuju?..........
Akhir kata, diucapkan selamat bercuti kepada semua teman2 yang menjadi guru dan juga kepada semua anak2 Gen77kik. Datanglah ke Melaka buat rombongan "MELAWAT MELAKA BERERTI MELAWAT MALAYSIA".

Salam Persahabatan dari WM.