02 April 2008

Lunch Gen77 dan Dato Osman Desa

Salam,

Hari ini saya dan beberapa orang geng Gen77: Mustafa Mohd Nor, Kamilah, Yusuf Nawang, Mokhtar Deraman, Naim Nordin (thank you for showing up bro!!!) dan Syed Abu Husin bertemu untuk makan tengahari ringkas (sebab hari kerja) di restoran MZ di Chow Kit.

Sewaktu saya tiba, hanya Mokhtar Deraman seorang sahaja yang sudah tiba. Mustafa Mohd Nor masih dalam perjalanan. Mokhtar tolong book meja dan order makanan untuk dihidangkan di dua buah meja berhampiran. Dengan penuh semangat Sdr Mokhtar sempat beritahu tuan restoran tu bahawa kami ialah grup satu sekolah di zaman 31 tahun yang silam dan hari ini bertemu untuk makan tengahari bersama-sama. Saya sempat mengimbas ingatan beliau kepada Kamilah yang telah datang dua minggu yang silam. Beliau masih ingat bagaimana Kamilah dan geng2 beliau yang datang dulu (Mus, Puaad dan 2 rakan sepejabat Kamilah) menempah makanan penuh meja sehingga tuan restoran tu pun takut untuk mengira jumlah harga makanan, takut tersilap sebab terlalu banyak katanya!

Mustafa tiba dengan Kamilah. Tidak lama selepas itu, Syed Abu Hussin tiba. Diikuti oleh Yusuf Nawang dan selepas itu Naim.

Sayangnya kamera saya tak bawa. Jadi tiada gambar yang dapat diselitkan di sini.

Punyalah popular tempat tersebut, kami bertemu dengan beberapa ex KIK yang kebetulan makan tengahari di tempat yang sama.

Yang mula-mula sekali jumpa ialah junior kita, Mahmud Jusuh, dari Kelantan. Sekarang beliau bertugas di ibu pejabat Bank Islam. Mahmud saya kenali kerana beliau sebaya dengan adik saya sewaktu di Maahad Muhammadi dan juga di KIK.

Kemudian Dato Osman Desa masuk beserta beberapa kawan.

Kami saling suruh menyuruh antara satu sama lain untuk mendekati beliau dan memperkenalkan diri. Syed Abu Husin menawarkan diri untuk bertemu dengan beliau, kerana beliau telah pun mengenali Dato Osman sewaktu sama-sama di dalam UMNO. Kemudian Dato Osman datang ke meja kami dan diperkenalkan kepada semua orang. Beliau teruja bila mengetahui bahawa kumpulan kami adalah Gen77 KIK yang baru beberapa bulan dapat dikumpulkan semula. Siap dia kata "nanti I pun nak kumpulkan my batch masa KIK dulu lah!". Agaknya antara semua generasi KIK, Gen77 yang paling terkedepan dalam mempertautkan semula silaturrahim setelah 31 tahun.

Sewaktu makan, pelbagai topik dibicarakan, termasuk kisah pagar hijau yang runtuh, dan betapa ramai kawan-kawan yang menjadi OKT (Orang Kena Tuduh) dan suspek-suspek utama. Cerita "flirtations" antara beberapa kawan kita pun turut dibualkan, termasuk kawan-kawan yang menjadi pengunjung setia blog dan juga grup maya kita. Tetapi kami sepakat bahawa juara segala "flirtatious" boys pada masa itu tidak lain tidak bukan ialah Roslan Khairi Mat Resad!!! Ada juga topik-topik berat seperti perniagaan, sempadan bisnes dan politik, business and contract laws, dan beberapa isu lain.

Selepas makan, dan berkira-kira untuk keluar, terserempak pula dengan YB Dr Hatta Ramli, dan selepas itu dengan Dato Osman Desa sekali lagi. Syed sempat bercerita kepada Dato Osman Desa bahawa kami grup KIK Gen77 sudah ada blog sendiri yang lengkap dengan gambar-gambar dan kisah-kisah kenangan lama sewaktu di KIK. Beliau agak "impressed" dengan kesungguhan kita mempertautkan kembali geng-geng lama kita.

Elok sahaja semua orang bersurai, Wak Man pula sampai. Beliau ada menghadiri seminar di IKIM, dan agak lewat tamat sesi di sana. Oleh kerana beliau sudah tiba, kami pun masuk pula ke dalam restoran mamak yang berdekatan dan minum seround lagi.

Nota Kaki:

1. Bakry: Hang tak datang. Aku rasa Mak Andam akan denda hang kow kow next time kita jumpa. Aku serahkan kepada budi bicara beliau untuk menentukan jenis dan quantum denda yang dia nak kenakan kepada kau kerana kegagalan menghadirkan diri. Harap-harap dia tidak denda kau seteruk kau pernah buat kat Piee! Tapi kalau sampai ke situ pun, den tak leh tolong!! Rasalah kau sorang2 penangan Mak Andam nanti!

2. Mak Andam: Aku kesian kat dia. Tempat MZ Restoran tu agak panas hari ini. Berpeluh-peluh dia makan tadi. Tempat kami duduk pula kebetulannya agak jauh dari kipas. Mak aiiii! kesian tengok dia tadi. Nasib baik tadi lebur macam lilin.

-Asmawi