05 June 2008

Liqa' masih diteruskan...


Depan rumah Om sebelum pulang ke AS.... Alor Star


Lepas pekena mee udang di rumah Om Fuad..


Pada 03 Jun saya bersama dengan 3 orang rakan telah bertolak dari Jerteh menuju ke Alor Star atas urusan rasmi menghadiri mesyuarat anjuran JAPIM di Hotel Grand Crystal. Kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 pagi.

Pada awalnya saya jangkakan akan ke sana dengan menggunakan kereta saya. Ada beberapa benda yang telah diletakkan dalamnya. Yang paling penting bagi saya adalah sebuah buku kecil yang dalamnya banyak saya catatkan nombor telefon rakan2 gen77. Tujuannya adalah untuk menyenangkan saya untuk menghubungi rakan2 yang sekian lama tak dapat dikesan.

Bila rakan yang saya tunggu tiba, rupanya beliau akan menggunakan keretanya ke sana. Jadi saya terus saja memuatkan satu beg dan beberapa peralatan lain ke dalam kereta beliau. Buku yang saya anggap paling penting tersebut telah tertinggal. Di pertengahan jalan baru saya sedar buku tersebut tidak di bawa. Agak terkilan juga. Walau bagaimana pun dalam hati saya tetap akan meneruskan hasrat hati untuk bertemu dengan beberapa rakan di AS nanti. Terutamanya yang belum pernah jumpa sejak 31 tahun lalu.

Di dalam perjalanan, saya telah dihubungi oleh Om Fuat Azhari melalui SMS agar saya menghubungi beliau bila saya tiba di sana nanti. Saya membalasnya dengan cukup gembira sekali. Setelah sampai di sana dan selesai menguruskan penginapan dan pendaftaran serta taklimat, saya dapati agak sukar untuk menjemput beliau utk datang ke tempat saya bermesyuarat. Jadi saya telah menghubungi beliau dan menetapkan untuk bertemu pada petang Rabu. Iaitu selepas habis tugasan 4.30 ptg.

Pada petang yang dijanjikan, saya telah mengajak seorang rakan bersama ke rumah beliau. Dalam perjalanan Sdr MOD Mawi telah hantar SMS mengatakan harga petrol dan diesel akan naik. Kami singgah di Stesen Minyak dan isi penuh tangki. Dalam masa yang sama saya menghubungi Om Puad bertanyakan lokasi kediaman beliau. Beliau juga memaklumkan perkara yang sama. Akhirnya saya tiba rumah beliau dan beliau telah menunggunya di tepi jalan. Tidak ada sesiapa di rumahnya kerana anak dan isterinya ke Pulau Pinang.

Bila masuk ke dalam kawasan rumah, beliau memberitahu bahawa Sdr Ammar Abd Rahman akan sampai sekejap lagi kerana beliau telah menghubunginya. Hati saya cukup gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan permintaan saya untuk berjumpa dengan Ammar. Walau pun sebelum ini saya tidak pernah menyatakan kepada sesiapa tentang hasrat ini, namun dalam Liqa' Nasional tempoh hari saya telah bertanya kepada Om, Bang Chin dan lain -lain rakan dari Kedah bahawa Ammar akan datang. Namun nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Ammar tiba di rumah Om Puad dengan 4 bungkus Mee Udang yang enak sekali. Tapi malangnya kami sudah agak kenyang pada masa itu. Tapi 4 bungkus yang dibawa tersebut nampaknya licin juga.

Banyak perkara yang telah kami borakkan. Om dan Ammar ada mencadangkan Liqa' dibuat pula dikawasan sebelah Pantai Timur sama ada Kelantan atau Terengganu. Satu cadangan yang baik. Masa kami sedang berborak, Om banyak menerima panggilan pasal kenaikan harga minyak yang bersangkut secara langsung dengan bisnes beliau. Akhirnya kami meninggalkan rumah Om pada jam 7.15 malam. Terima kasih Om Fuad atas layanan yang diberikan.

Sepanjang perjalanan pulang ke Hotel, saya lihat deretan kereta memenuhi stesen2 minyak untuk membeli sebelum harga baru dikuatkuasakan. Kalau dlm perjalanan ke rumah Om tadi saya mengambil masa 20 minit sahaja, tapi dlm perjalanan pulang saya terpaksa menghabiskan masa 1 jam lebih untuk sampai ke AS dari Guar Cempedak.

Saya telah habis mesyuarat jam 12.30 tghari Khamis. Bertolak pulang ke Terengganu kurang lebih jam 2.15 ptg. Dlm perjalanan saya telah kontek Tok Lah dan Datik N yg masih berada di KB. Kami telah berjanji untuk berjumpa di Batu Melintang, tak sempat nak jumpa di atas Banjaran Titiwangsa kerana Tok Lah dah agak lewat bertolak dari KB. Kami sempat minum bersama di restoran di Batu melintang. Malam tadi Tok Lah ada buat Liqa' di KB bersama dengan Cikgu Kusno dan beberapa orang lagi rakan disekitar KB. Tok Lah ada mencadangkan untuk satu Liqa' pada hari RAYA KE3 ATAU KE 4. Insya Allah jika tidak ada aral melintang ianya akan menjadi keyataan. Masa dan tempat akan di beritahu kemudian.

Jadi, pesan beliau kepada rakan2 khususnya di sebelah Kelantan dan Jerteh atau di Lembah Kelang atau di mana saja yang balik kampung pada Raya nanti atau di mana-mana sahaja, tunggulah makluman yanng akan di beritahu kelak. Insyaallah.

Sekian.

Sanusi.