04 September 2010
Masa terus berlalu........
Salam semua teman2, doa kalian beroleh kesehatan dan maghfirah. Begitu juga guru2 yang amat berjasa, mendidik dan mengasuh gen77kik hingga menjadi insan mulia.
Masa terus berlalu dengan pantas, wakman teringat ungkapan hadith " Tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia merasakan masa akan berlalu begitu cepat, setahun dirasakan seumpama sebulan, sebulan dirasakan seumpama seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seumpama sejam dan sejam dirasakan seperti satu kilatan cahaya". Begitu cepat. Diam tak diam Ramadan hampir meninggalkan kita semua.
Teringat juga zaman genkik77 berada di Kg Jawa, Kelang tahun 1976 - 1977 dan wakman sempat hingga 1978 - 1979. Hampir 34 tahun berlalu, tetapi ramai teman2 rasanya baru semalam kita bersenda gurau, baru nak bertaaruf, baru nak usik mengusik dan sebagainya, sedangkan ramai yang dah bermenantu dan bercucu. Didoakan semua teman2 berbahagia dengan pasangan masing2 dan anak cucu yang pastinya membayangkan kehidupan kita semasa kecil2 dahulu. bak kata pepatah ................
Guru2 kita, ramai yang masih sihat dan bertenaga dan ada juga yang telah kembali ke RahmatulLah. Kawan2 kita juga tidak ketinggalan, telah mendahului kita ........... Allahyarham Azizian Hamid, Arif Ismail, Abdullah Ahmad, Esah Abu dan lain2. ALFATIHAH untuk mereka.
Justeru itu, wakman mengharapkan rangkaian persaudaraan genkik77 ini terus diperkukuhkan dan dipertautkan, bukan sahaja dengan usik mengusik dan senda gurau tetapi mungkin ke arah membina generasi pengerak UMMAH yang dinamik dan PROGRESIF. Lontarkan idea bernas melalui medium yang sesuai untuk kebaikan bersama. KOPERASI yang dicadangkan masih belum bernafas nampaknya, Ayuh semangat Ramadan dan BADR KUBRA kita gerakan.
Akhir kalam, WM insan kerdil hanya mampu mengerak kudrat yang sediaada yang mungkin lemah dan hilang panduan jika tiada suntikan nasihat dan teguran teman2.
Awam terus berarak lalu, kadang kala menghasilkan hujan, insan berlalu belum tentu menurunkan tuaian yang sempurna.
"selamat meneruskan ibadah Puasa dan SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA IDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN"
WAKMAN
Genkik77
5sas2 1976 - 1977
Subscribe to:
Posts (Atom)