Assalamualikum Sahabat-sahabatku Form 5 KIK 77,
Terharu sungguh rasanya dapat bertemu kawan-kawan terpisah lebih 30 tahun yang lalu. BBila berjumpa je, terus terlintas suasana peristiwa pahit manis di KIK terutamanya semasa tingkatan 4 dan 5 (1976-1977). Sungguh tak sangka semua kawan-kawan yang berjumpa tempoh hari adalah kawan-kawan yang selalu bersama-sama sama ada semasa belajar atau beriadhah. Bila jumpa Sanusi dengan Rusli, teringat peristiwa kita orang sambut abang senior yang datang lapor diri 'lower six'. Bila teringat nak tergelak pun ada. Geram punya pasal....Kebanyakan dah banyak berubah. Saya pasti ramai yang tak kenal saya sekarang...dulu pakai seluar saiz 28 sekarang saiz 40!
Apa kabar semua kawan-kawan yang selalu bergurau senda.... Ab Mughith, Saarani, Tajudin, Khairudin,Omar Jailani, Husin, Mustaffa Mat Nor, Halim , Ariffin Bakar dan lain-lain termasuk kawan-kawan yang sama-sama ke KIK dari SMU Marang... Hj AbRahman, Kamilah, Ruhaimai, Saidi, Ali Yusuf dan Asiah. Yang lansung tak pernah jumpa lepas SPM hari tu ialah Kamilah dan Asiah. Alhamdulillah, dalam 'reunion' di Motel Desa pada 23 Feb yang lepas, dapat bertemu semula dengan Saidi, Hj Rahman dan Ali. Saya sempat tengok gambar liqa' di Melaka tu. Maaf, saya agak saja Kamilah yang bercermin mata hitam tanpa tudung tu. Betul ke? Saya dengar juga dia punya business network sampai Singapore dan Dubai. Syabas diucapkan!
Us Abdullah Said, Us Rahiman Bani... kawan rapat semasa di Melaka dulu ( 1985-1988). Sejak itu tak ada lagi dengar berita. Cuma sekali ada jumpa Us Rahiman dengan Dr Ahmad Jantan ketika solat Jumaat di Shah Alam tahun lepas. Saya perasan dia takcam saya...tak apa. Us Abdullah, jiran sebelah rumah di Bachang..ingat lagi tak anta punya hayun buaian Aminah sehingga patah....Macam mana anak-anak anta? Yang anak anta lain tak ingat, Aminah je yang dapat ingat. Ingat tak anak ana yang sulong tu, bila balik rumah je anta selalu panggil KEROLL,KEROLL. Sekarang ni dia di UNISEL, tahun tiga. Saya baru dapat tahu Sdr Azizan Hamid meninggal dunia beberapa hari lalu. Bukan beliau saja.. Allah yarham Zulkarnain Yusuf, Allah Yarham Fuad dan Allah Yarham Abdullah Ahamad ( Kelas Sastera) juga telah meninggalkan kita. Semuga mereka semua dirahmati Allah.
Maaflah sahabat sekelian, saya ni tak pandai nak menulis sangat. Ini pun 'excited' sangat nak join blog ni untuk mengimbau kenangan di KIK lebih 30 tahun dulu. Mana-mana sahabat yang berhajat bantuan untuk pembiayaan kewangan- seperti pembiayaan peribadi, pembelian rumah, kad kredit dan sebagainya, bolehlah hubungi saya. Insya Allah, saya akan cuba bantu.
Maaf sekiranya coretan yang tak seberapa ini menyinggung sahabat-sahabat sekelian. Hubungi saya di
yahya@bankislam.com.my atau h/p 019 6635127.
Sekian, salam persahabatan yang berkekalan dari saya.