05 February 2008

From Kamariyah Mohd. Noh

Assalamualaikum kekawan ting 5,77, KIK. pertama kali tau cerita blog ni drpd. Datin Nik yg kebetulan jumpa masa edarkan kad jemputan di kedai makan Kg Jawa. Ari tu datang lewat sbb attend mesy PIBG MGS, ingat majlis dah habis rupanya geng 77 masih setia menanti. Ari ni baru ada kesempatan tulis di laman ni, esok cuti malam ni boleh la relax sikit dan tengok lagi laman blog ni. Sempat tengok komen Asmawi, hang dulu kecik dan cute tak sangka sekarang rendang cuma boroi belum lagi. Rupanya kau ni boleh tahan nakal ye, tentu pak Soenaria menyinga dengan hang. Insyaallah aku akan ke Bandung Mei ini , Muhabbad bolehlah beritahu di mana Pak Seonaria tinggal. Kalau ada kesempatan bolehla aku sampaikan ole-ole kau orang. Kite boleh joint venture buat umrah, suami aku bawa jemaah umrah dan haji.

Aku solute dengan susah payah kau orang dtg dr jauh dan terharu bila baca kisah kau orang di kik masa kenduri anak Datok Dolah dan Datin..Aku ni bukan ape, kerana ari-ari lalu depan kik dan ada aktiviti di kik,cuma tentu tak sama kerana kau orang dah tak ada di situ. Balik majlis kenduri tu apa lagi aku terus buka laman blog, 2 3 kali baru berjaya buka. Satu keluarga baca kisah-kisah lama dan tengok gambar. Terkekeh-kekeh mereka ketawa baca kisah uncle-uncle masa muda-muda dulu.Oh rupanya masa tak dak ayag dulu-dulu Yang Arif mandi kolam no.Yang Arif, kalau anak kita nak balik sama ke UTM mintalah orang rumah caling-caling. Itu cerita hang pa, nak tau cerita kami putri-putri kik mencari air di subuh buta, seluruh pelusuk kik kami redah. Bila ada kereta lalu kami lari kat balik-balik pokok, malu la tu he he he. Masa tu tak sempat rasa bilik ayag baru di sebelah bilik makan.
Wak Man pula kabare?.Tak sempat jadi YB,kalau tidak gempag seluruh negara tapi ape pun hebatnya awak..Mustafa,aku tak sangka mu ingat lagi kat aku, ye le 31 tahun tak jumpa. kirim salam kat permaisuri hang,(nama hampir sama).
Aku cuba hubungi kekawan lama macam Kak Jam,Che Fatimah (jumpa masa kursus PTK)dan Salehuddin Rasid untuk join laman kite ni.Aminah Hasan,Rokiah Jambi, Mona, Shamsiah dah lose contact.
Setakat inilah saja buat kali ini, jumpa lagi. Wassalam

-Kamariyah Mohd. Noh-

Kenduri Di Kelang sambungan...

Asalamualaikum WBT, Para Sahabat,

Asmawi, Che Tipah, Hj Mang, Muhabat, Ust Abdullah, Wak Man dll telah menulis cerita kenduri yang meriah dan penuh kemesraan antara gen77kik. Ust Abdullah dan Ustazah Nik Mahizan tak jemu-jemu melayan tetamu dan juga kawan-kawan.

Dr. Nor Bakri, Anson, Che Tipah dan Kamilah hidang kueh dan teh tarik kat kawan-kawan.

Seperti yang diceritakan oleh Mawi, Hj Mang, Muhabat, Che Tipah dan Wak Man, kita mula ke Dewan KIK dan disambut oleh Oleh Ust Abdullah dan Ustazah Nik Mahizan. Lepas tu Ustazah Nik Mahizan maklumkan yang Cikgu Shusama sediakan juadah untuk kita di satu bilik sebelah kantin KIK.
Lepas makan dish utama kenduri, kita bergerak ke bilik sebelah kantin sambil meninjau bilik darjah yang 30 tahun menjadi kenangan kita bersama. Saya jadi moderator untuk menjemput kawan-kawan berucap... taaruf lagi. Jadi saya tak dapat bergerak ke mana-mana. Kueh, buah-buahan penuh meja. Masa inilah saya perhatikan keunikan spontan kawan kita. Dr Nor Bakri secara sukarela mengangkat gelas, ambil jug teh tarik dan kueh-mueh dan menghidangkan kepada kawan yang duduk mendengar celoteh kawan-kawan dan menunggu giliran untuk berucap. Lepas tu Che Tipah, Anson Kamilah membantu...tak ramai kawan perasan aksi spontan Dr Nor Bakri, Che Tipah, Kamilah dan Anson menghidangkan kueh mueh kepada kawan-kawan.
Hebat masa tu...Managing Director Vet Fine, Prof Madya, Pakar Sakit Puan dan Peguam Terkemuka melupakan sekejap ...dan membuat perkara basic menghidangkan makanan untuk kawan-kawan. Lepas ni kalau buat reunion...kat utara seperti di cadang dan kita buat bar B Q tak ada masalah langsung malah lebih seronok kan? itulah kawan dan sahabat...

Siti Fatimah Omar...5sas3-6 atas 1

Terima kasih hantar e-mail pada 5.2.08. Maaf sempat baca tak sempat jawab. Sebab lama termenung nak ingat kawan seorang ni...saya akan balas email lepas cuti Tahun Baru Cina sebab esok saya bercuti...mail box guna official email pejabat... alamat tak ingat...maaf sekali lagi ya...

Ke Kota Bharu...
Esok 6.2.08 kesempatan cuti tahun baru cina seperti biasa akan drive 480 km KL-KB. Bunyi jauh...tapi satu perjalanan yang menyeronokkan. Balik Kg Kelahiran Jumpa Ayahanda dan Bonda. Asmawi dah pesan supaya cuba cari dan jumpa Ahmad Imran Tahir, Ariffin Hassan, Ariff Ismail dan 3 Mek Kelantan (Siti Rabiah, Rohani Daud dan Rahimah Husin). Kebetulan Husin suami Siti Rabiah adalah kawan saya. Adik Siti Rabiah pula adalah kawan isteri saya...Pn Rohani Daud dah telefon saya...lama juga sembang. Harap dapat jumpa masa saya di Kota Bharu InsyaAllah. Kalau tidak malu kat Muhabad pula.

Sahabatku Sdr Halimon.
Ingat dapat jumpa masa kenduri tapi difahamkan sdr ada acara lain yang tak dapat dielakkan... handicap...tu segan nak cakap kepada orang Majlis sukan Negara yang dah pro... sebanarnya baru start betul-betul. Nanti saya telefon sdr...

Sdr Asmawi,
InsyaAllah saya akan sampaikan salam saudara kepada teman-teman di KB.

Sdr Fuat, Husin, Zubir, Ariffin, Halim Yaacob, Che Tipah, Ariffin...Doakan kita jumpa di Alor Star atau mana-mana tempat sesuai di Utara...
oklah mengantok dah...habis gas... menguap bagai nak terkoyak dah mulut ni...sambung lepas chinese new year...
wassalam
-mustafa mohd nor-

respon gathering utara cadangan mus gedebe

aslkm, yg arif nak respon cadangan mustafa gedebe dbkl gethering utara pula sebeb ahli bersekutu banyak juga di sana setakat menyebut bakar buntung, pie itik, nasir tolok, husin mat isa, aziz harjin, halim yaakob, sirajuddin keras, najmuddin, tipah, fuad, Dr husni aziz, abd salam adik ipar tipah,zaki ali, halim ahmad, uncle rashidi, dan lain2 lagi. aku tambah cadangan mus kita lantik uncle rashidi dan nasir tolok dan fuad cuba uruskan tempatnya. Lantik depa sebagai s/u kali ini. masa dlm cuti sek bln mac kebetulan pakat balik election nanti. mus kata tekan 110 km/jam 4 jam boleh sampai. boleh aturkan sambung cuti ke langkawi sekali dan pi pekena gulai ikan keli pekat di restoran pumpong atau mee rebus dekat ansun, allah mak terangkat atau suruh tipah tengok2 ikan bakag kuala perlis, amboi meleleh ayag liog aih. sekalai lagi yg arif tegaskan cadangan stopa ada logiknya. ok bye. jawab sin kami nak pi tala rumah hang di changlon tu depa kata boleh buat khemah sekali punya besag kawasannya.

-Yang Arif

Nama Pun 5 Sc 1

hari ni baru sempat tengok sikit dan baca tulisan kawan2 dalam blog.Tu pun dapat tengok sepintas lalu sj.Yg paling saya terkejut Datok Dollah nak serang petrol pump saya.Ni yg bahayaaa.saya kena cabut awai.buat la dia mai dengan treller ka atau lori tayar 10,alamat tak tidog saya malam ni dok pikiag mcm mana nak cover balik,hahahaha.kalau nak makan nasi beriani tu tak kisah boleh di uruskan.Tapi,kalau nak ajak kawan2 tu saya rasa payah sikit la sbb tak proper plannning dan dah terkejut tergempar mana sempat saya nak bgtau kawan2.


Terkini

Kelas 5 sc 1 mula2 kita jumpa kalau dtg dari bilik guru jadi tak ada salahnya kelas 5sc1 mendahului semua kelas yng ada dalam melengkapkan nama2 bekas pelajar.Syok bekerja dengan Puan Padzilah Said ni,memang dia pro aktif.Diam2 ubi amat berisi dia ni.Saya dah pun bagitau PLan B kat Padzilah utk jadi coordinator dan monitor mandor2 tiap kelas dalam melengkapkan senarai bekas2pelajar kelas masing2.Kalau tidak masing2 hanyut dan taktau bila boleh siap.Mana2 mandor yg dah dapat trace kwn2 tu supaya dapat bagitau padzilah utk di kemaskinikan dalam format yg telah coordinator kita sdr asmawi sediakan
Hari ahad ni 10hb kami nak makan tngah hari direstoran Tipah Zul kat Sri Iskandar,Ipoh.Norma,Muhammad abd.rahman,Fatlilah,asmawi,latipah sdiri dan saya dah confirm....kawan2 lain pun tipah jemput jgak.lagi ramai dia kata lagi bagus.

Pn.salahiah dan suami dia Tuan Fauzi di Penang,Dr.Husni,Nik Alwi.Zaki ali,husin.,Uncle,Lok.Piee,Tipah ismail.ripin bakag,Halim Yaakob,Bakag Buntong,zubir,Siti hajar di Kedah,azhan azmi,anson,Yusuf Hasan di Perak...dan yg saya tak sebutkan nama disini tapi , tahu msg ni...mintak jemput.Saya terima wakil dr Tipah Zul utk jemput tuan2 sekelian

Reunion no.??????

pase nak reunion kat Utara tu no problem.TAHUN MELAWAT KEDAH.Tuan Fauzi Abdullah suami si Salahiah dah bgtau ari tu.Dia volunteer jd tuan rumah.Tapi makan saja dia boleh supply,tilam dan bantal kena cari sendiri.
Jadi dulu....lain kali saya sambung.. sbb nak p hospital a.setar.

ps...ada orang yang baru terhengeh hegeh mintak ID dan password untuk menulis dlm blog ni,hahahaha...sapa tu???????
Wak Man....orang serumpun dengan anta la....sapa dia anta teka sendiri

naim,husin.zubir,tipah,ripin.Uncle...kita kena ready kalau dia org nak serang utara ni.klu tidak abih la u zubir pase u yang pelawa

OK...JEMPUT SEMUA,SIAPA SAJA YANG BOLEH P SRI ISKANDAR TAPI KENA BAGITAU AWAI SEBAB LATIPAH NAK SEDIAKAN MENU ISTIMEWA UNTUK KITA.tapi kalu tak cukup dia suruh saya tolong dia...mana boleh saya kata.Takkan penumpang kena repair bas kalau bas tu rosak?.....Tapi bukan Chef Tipah yang masak kwn2...Dia pun pakai chef siam jugakkkkk

wassalam

Ayat yang kita seronok dengarq

Saya tersenyum lebar waktu baca blog tulisan Dato Dollah ni. Power la ayat hang!
-Asmawi Mohamad

Gambar Terkini Cikgu Tahir Zainol (dari Muhabbad)



Guru Geografi kita. One of the most dynamic teachers at that time for me.

-Asmawi Mohamad

SIAP WAK MAN! 2 MAC MUNGKIN D'MELAKA


Assalamualaikom teman!

Saya dah cari siapa gerangan jejaka yang begambar bersama bebudak KIK tu. Beliau ialah uncle Nasir Bacik, berasal dari Melaka. Sekarang beliau berkhidmat di Daerah Masjid Tanah (Maklumat teroerinci akan saya susulkan kemudian). Dulu bekerja sebagai chef kat asrama kita. Awal Mac (2 hb) nanti beliau akan adakan kenduri perkahwinan anaknya di sana. Pagi tadi ada seseorang beritahu saya berkenaan perkara ini dan dia mahu hubungi saya. Sibuk sangat laa ni, jadi perkembangan selanjutnya akan diberitahu kemudian. Lepas tu, Wak dan kawan2 yg lain boleh buat program utk serang rumah Cikgu Tahir. Kalau sempat kita terus tawan rumah Sifu kita iaitu Cikgu Shahrom dan Auntie di Batu Pahat. O.k
Harapan saya Sdr Asmawi sudi mencemar dan memberi perkenan bagi menjayakan program ini!


Petang ini saya bercadang utk pulang ke Sg Tiang, Kedah untuk menghantar BONDA tercinta yang dah siap2 beg kecilnya kerana nak tengok anak kucing, ayam, dsbnyalah. Itu resam orang tua. Saya terpaksa akurrr saja. Kita pun rasanya macam tu juga nanti bila usia dah menjangkau 80an. Ya Allah, berikanlah kebahgiaan kepada kami, peliharakanlah kesihatan kami dan panjangkanlah usia kami!!!


O.k, Fuat Azhari, aku nak pi kat hang, jadi kita boleh makan nasi beriyani bersama Tipah, Rosydi (Hang ajak sama), Nasir Lok, Zaki Ali, Husni (Dia dimana?) Zubir, Piee, Bang Chin, Faridah mak penakan hang, kat pekan Guarg. **** Jangan tinggai Hjh Siti Sarah! Aku ada nak cerita kat hang berkenaan Guarg ni sebab .............?

Jadi tunggu! Utk makluman tambahan, semasa aku sampai di Guarg nanti, tangki minyak aku keghinnn. O.k!


Wassalam.


-abdullah hj hassan

5 feb 08

Satu perjalanang yang mengsyahdukang - hj mang

Assalamualaikum form 55kik77 ears,
1 Feb 2008 -
0800 hrs : Kamal Daril (KD), M Zin (Jeng) sms & call kata dok jadi ikut gi kik hari ning, ana dok kira sorang pong ana nak gi jugak.
0900 hrs : Nekat dengan bertemangkan Fahmi (exstudent kik07), dengan penuh azam & berkobar2 ana memulakan perjalanan ke kik.
1300 hrs : Solat Jumaat di Mesjid Karak, teringat Puad Mohd kata ayah dia pernah kerja disini & ayah weldan pernah mengajar disini.
1400 hrs : Pickup Capt(R) Saidi di tol Bentung, Yaallah kami berpelukan agak lama sekali - air mata mengalir laju!. meneruskan perjalanan & lunch bersama keluarga Saidi di Genting Sempah.
1600 hrs : Terus ke kik bersama sdr Saidi & Fahmi.
1730 hrs : Sampai kik (tak sesat punya), terus kebelakang dekat dengan kantin jumpa Pengetua Ustz Muhammad, inform Ustz Lah dah sampai. Tanpa lengah dengang penuh exited menjelajah seluruh pelusuk kik, Yaallah shahdunya! , tiada perkataan yang dapat mengambarkan berada dibumi kik selepas 31 tahun.
1830 hrs : Ustz Lah tunggu didewan makan dekat blok D, yaallah berpelukan lagi dengan beliau dipintu dewan makan. Semua pelajar kehairanan & bertepuk diikuti oleh sdr saidi.
1900 hrs ; Ustz lah beri bilik di block C tingkat bawah, yaaalh berlinang lagi air mata teringat kisah dok di asrama.
1930 - 2100 hrs : solat maghrib, cakap sedilit2 dengan pelajar2 & isyak.
2130 hrs : Minum sebelah pokok durian jalan menghala ke Masjid Sultan Sulaiman dengan saidi,Ustz Lah kemudian datang sdr Puad Mohd, kami berpelukan lagi. cerita2 sampai 2 pagi sekali skala nik mahizan datang joint. balik tidor asrama

2 feb 2008
0500 hrs - dah tak boleh tidor kerana mendengan bacaan alquran dari masjid sultan sulaiman.
0530 hrs - terus kemesjid, yaaallah denga kebesaran & keizinan mu, aku memasuki masjid ini dengan lenangan air mata.
0800 hrs - keluar ke bandar kelang lama & baru lalu sebelah kedai roti, bank UAB, jambatan baru, pusing2 bandar2u, cari trade mark 'emporium makan' tapi tak ada, lalu sebelah jambatan 2 tingkat. mengimbau jalan2 yang pernah dijejaki.
1000 hrs - memulakan pengambaran lauar mesjid, makam diraja, dalam mesjid termasuk semasa upacara akd nikah anak ustz Lah.
1100 hrs - meneruskan penggambaran dalam kik yang paling syahdu adalah masuk semula kelas 5 sns 1, mengingati tempat duduk semua pelajar2 berdasarkan gambar yang dibawa. yaallah macam ternampak2 sahabat2 5 sns 1 dikerusi masing2 masa tu, seolah2 cikgu shahrom kadang2 cikgu shushama, kadang2 Pak Seonaria sedang mengajar & kadang2 ada diantara kami yang kena kedepan.
1300 hrs - Ansom penyejuk hati ku, dah becok2 suroh mari ke Mesjid. Saja dudok lama dalam kereta belakang pokok tinjau2, masa tu ada ansom,fuad shj.

PAS NI MACAM YG MAWI CERITA SEHINGGA 1830 HRS DIBILIK VIP KANTIN.
NANTI BULEH TENGOK DALAM VC YE!
1700 hrs - Bertolak balik kedungung, drop Sdr saidi di Bentung & sampai dirumah 0230pg 3 Feb 2008.

3 feb 2008
Pagi2 lepas subuh terpacak depan tv terus pasang video cam call ansom & skali2 bagi dia dengar suara dia yang terbanyak dalam vc tu.
0900 hrs pergi ktrg ada urusan.
1245 hrs kidnap KD lunch di A&W, tengok video camp & kongsi cerita smalam sambil kutuk2 belia adalah orang yang terugi kerana tak ikut kekik. skali2 nampak terlinang air matanya.

p/s : mlam suroh anak down load vc ke block tapi tak berjaya, nanti akan usaha lagi ... tunggu !

rgds
hj mang.

Kenduri di KIK: Catatan bebas Asmawi siri II

Sambungan: (pagi ni tak nak buat kerja lagi! Malam tadi meeting sampai jam 11 malam, malam sebelumnya tidur jam 1 pagi, bangun jam 5 pagi kerja punya fasal, hari ni nak relax2 la pulak kan! hangpa semua jangan bising2 tau!)

Just when we thought that everything is almost over and we can have a free time catching up with our friends and teachers, Nik Mahizan beritahu ada sedikit makanan yang Cikgu Sushama titipkan untuk kita semua, dan beliau meminta Nik uruskan sebab Cikgu sendiri tidak dapat hadir. Setelah diberi pilihan samada nak makan di dewan atau di kantin, kami semua memilih kantin. Dalam perjalanan dari kantin kami semua melintas auditorium. Baru teringat, disinilah kuliah Subuh setiap sabtu diadakan, dan saya, Fuat dan Syed Abu Husin biasanya ponteng kuliah subuh dengan berjengket melalui tingkap auditorium kemudian melompat ke tepi tingkap bilik darjah 5SC1 yang hanya tak sampai sekaki jaraknya dari pelantar dekat tingkat auditorium tu. Agaknya pengawas-pengawas macam Zubir pun tiak pernah mengagak ada manusia yang sanggup buat macam tu, sebab kami tak pernah kena tangkap sepanjang karier kami ponteng kuliah subuh tu. Saya kena tabik kepada engineers yang buat design auditorium itu di atas kegeniusannya yang sebegitu rupa hingga memudahkan kami beroperasi setiap pagi hari Sabtu.

Seperti yang dapat dilihat, bilik guru yang terletak di bangunan lama telah digantikan dengan bangunan baru, dan bilik darjah 5SC1 satu tempat kami belajar dulu sekarang sudah terpisah dengan bangunan baru tersebut. Cikgu Shahrom kelihatan cuba "reconstruct" memori beliau sewaktu beliau meninjau-ninjau keadaan yang terkini itu. Tipah dan Rodzi pun macam terpinga-pinga kehairanan dengan perubahan sebegitu rupa.

Kemudian Mustafa sebagai pengerusi tetap memulakan majlis taaruf, terutamanya untuk kawan-kawan yang tidak datang dalam pertemuan-pertemuan yang sebelumnya. Saya tidak mengingati kesemua point-point yang diucapkan, jadi saya mampu memilih beberapa yang terdaya sahaja. Saya tidak ingat sangat fasal makanan apa yang dihidangkan sebab saya rasa tumpuan semua orang tidak kepada minuman atau makanan, sebaliknya untuk bergelak ketawa dan mengimbau kembali kisah-kisah silam bersama guru dan rakan-rakan yang lain.

Dato dan Datin tuan rumah:

Saya kena tabik tabik tabik 10 kali dan bow bow bow 10 kali dan kucup dahi Dato' 10 kali tanda terima kasih tidak terhingga di atas layanan yang, masya allah, beyond first class. They were everywhere dok melayan kita semua. Sekejap melayan tetamu, sekejap datang balik ke meja kita, lepas tu berkejar melayan tetamu2 lain. Kalau Datin melayan tetamu, Dato pula akan bersama kita. Gandingan suami isteri ini amat mantap sekali. Saya berkali-kali beritahu Dato supaya biarkan sahaja kami bersama Gen77 yang lain, dan dia tumpukan kepada melayan tetamu2 lain itu. Tak pakai! Dia tetap datang untuk bersama kita. Sekejap2 dia datang perkenalkan saya kepada someone, kemudian dia bawa semua Gen77 yang lain untuk bermain teka teki, siapakah di depan kita sekarang? Kami pun terpinga2lah macam masa Freshie KIK 76 yang pakai songkok dan tie dari kertas tu! Ada beberapa orang seperti Zawawi Mamat (sekarang baru saya ingat! Dia dulu rambut penuh di kepala, sekarang tinggal kurang separuh, dah tak boleh nak relate!. Tapi gaya dan style percakapan dia tetap sama, so bila balik rumah dan spin hard drive dalam kepala beberapa kali, baru dapat ingat balik yang mana satu masa di KIK dulu. Orangnya masih lemah lembut dalam percakapan macam dulu-dulu). Begitu juga dengan Kak Azlina Jaafar senior kita tiga tahun masa di KIK dulu. Saya juga dapat perhatikan bagaimana pelajar-pelajar KIK sekarang macam terhibur melihat gelagat GPK mereka bergaul dengan kawan-kawan Gen77 yang lain. Now they see the softer side of their GPK. Semasa dalam bilik di kantin pun, Dato dan Datin berulang alik - dan bergilir-gilir taking turns- dari kantin ke dewan sebab pada masa itu, majlis belum lagi berakhir. Sure penat sakan mereka berdua tu. Or thats what I thought. Tapi bila pada malamnya saya ajak Dato breakfast dengan saya dan Cikgu Shahrom di Shah Alam, Dato terus setuju, walaupun pada hari itu, mereka kena bertandang ke majlis pengantin lelaki di Cheras pula. So akhirnya, hari Ahad itu, saya, Cikgu Shahrom dan isteri dan anak bongsu perempuan beliau, Dato dan Datin, dan Kak Ani, bertemu sekali lagi untuk breakfast di restoran hartinie di Shah Alam. Kalaulah tidak kerana saya ada urusan kerja jam 10 pagi di KL, tentu akan bersembang lagi di situ. Sekali lagi saya kena tabik besar kepada Dato dan Datin di atas keikhlasan dan kesungguhan. Tak sangka sungguh. Saya rasa blog kita ini pun mengalami anjakan paradigma yang "signifikan" sejak Dato mula aktif di sini, hinggakan Kamilah panggil Dato "Genghiz Khan"!

Tambahan: Masa Datin Nik bercerita tentang kisah dia ke Mesir selepas tingkatan enam rendah, dia ada mention sepintas lalu tentang peranan saya sebagai "posmen" dia masa dia di tingkatan empat dan lima tu. Haiyaaaaa....gua tatak ingat itu suma wooooo. Gaji pun tatak bayat mana gua mau ingat itu keja posmen wooo. Lepas tu bila si Rabiah Awang menulis dari Kelantan dan juga mention fasal saya jadi orang tengah (posmen jugaklah gamaknya tu) antara dia dengan Husin Dollah, saya pun jadi terpikir2...maybe aku ni ada cutting jadi posmen kot. Or at least, "innocent" dan boleh diharapkan jadi posmen dan tak pecahkan rahsia negara!!! See! Kan banyak "amal jariah" yang aku buat (terutamanya dalam konteks membina masjid) walaupun korang semua dok sakat kata aku nakal etc etc masa kat KIK dulu.

Cikgu Shahrom:

Saya kagum dengan kesungguhan beliau datang dari Batu Pahat untuk bersama-sama kita, dan selepas itu, stay dengan kami semua hinggalah habis program, bersama isteri dan dua orang anak perempuan beliau. I am so happy to have such a committed teacher despite the fact that his stay in KIK was not that long, from 75-79. Obviously he missed KIK as much as we all do. Dan saya hampir menitiskan air mata bila Cikgu (beberapa kali) memohon maaf dari kami semua kalau-kalau ada kesilapan/kesalahan/kekurangan beliau semasa mendidik dan menjaga kita semua dahulu. Demi Allah Cikgu, tiada sekuman hama pun perbuatan cikgu yang boleh kami kategorikan sebagai "salah" atau "kurang". Namun kami semua terharu dengan sikap rendah diri dan tawadu' Cikgu itu. Beliau menegaskan bahawa semasa di KIK, itu adalah "posting" pertama beliau setelah tamat belajar di UTM, jadi sudah tentulah ada kekurangan di sana sini, sebagai seorang guru muda. Beliau membandingkannya dengan peranan kita sebagai bapa/ibu kepada anak-anak kita, di mana sudah tentu kita ada kekurangan dan kesilapan (despite the best of efforts and intentions) dalam mendidik mereka, tanpa kita sedari. Baru sekarang kami tahu bahawa seawal di tahun kedua beliau mengajar matematik tambahan, beliau telah dilantik menjadi guru pemeriksa SPM, dan merupakan satu-satunya guru Melayu di seluruh Malaysia pada masa itu yang memeriksa kertas soalan SPM Matematik Tambahan. Seterusnya beliau menghargai apa yang telah kita lakukan untuk mempertautkan kembali bukan sahaja pelajar-pelajar seangkatan (Gen77) tetapi juga guru-guru, dan mengulangi kesanggupan beliau untuk ikut sama dalam program-program sebegini di masa-masa akan datang. Beliau juga telah mewarwarkan tentang kewujudan blog ini kepada guru-guru dan bekas pelajar yang lain. Terima kasih cikgu! Waktu breakfast di Shah Alam pagi Ahad itu, Cikgu sempat lagi memberikan nasihat kepada kami semua supaya menjaga kesihatan. Ianya bermula bila saya ceritakan yang saya tidur jam 3 pagi pada malam itu sebab dok siapkan kerja memasukkan gambar-gambar ke dalam blog. Cikgu kata di usia seperti kita sekarang , tidur kena cukup. Hang dengar betul2 cakap cikgu tu Fuat!! Makanan pun kena jaga. No wonder la badan cikgu masih steady dan tak banyak lemak dan tak boroi macam kami semua!! Saya dapat rasakan keikhlasan cikgu dan juga isteri untuk bersama-sama dengan kita semua. Segala keikhlasan dan kesungguhan cikgu dan isteri itu kami amat hargai seabadinya cikgu!

Tambahan: selepas Cikgu pulang ke Johor saya hantar satu sms kepada Cikgu untuk mengucapkan terima kasih di atas segala susah payah beliau. Cikgu membalas balik dengan:

"Saya pun berterima kasih kepada anda dan yang lain di atas layanan dan ingatan serta kemesraan. Jumpa lagi di lain masa."


Che Pah

Kalau masa di KIK 76-77, sepatah haram pun saya tak pernah bercakap atau menegur atau menjeling Che Pah, tapi bila jumpa di KIK tempohari, kami bersembang gamat macam rakan sekelas.

Untuk makluman, sewaktu saya mula masuk KIK, saya berada di tingkatan 4 sastera 1 selama hampir dua minggu kerana surat tawaran kemasukan saya adalah ke aliran sastera. Jadi saya sekelas dengan Mustafa Mohd Nor, Che Pah, Husin, Saarani, Jamaiah, Tajuddin dsbnya. Pada masa itu, "streaming" dilakukan dengan menjumlahkan agregat SRP sains+matematik vs arab+agama, dan bagi kami dari sekolah agama di Kelantan, ramai yang mendapat agregat arab+agama lebih tinggi dari sains+matematik. Termasuklah Ahmad Imran. Di minggu orientasi, ramai senior-senior tingkatan 5 (termasuk Azizan dan Yunus yang jadi senior room mate saya) yang suruh saya memohon tukar ke aliran sains, jadi saya pun membuat permohonan menukar aliran. Bila kami submit permohonan kepada Cikgu Mohd Isa, dia panggil semua orang dan lecture dulu, kenapa sibuk2 nak mintak tukar aliran. Sebelum tukar aliran tu, saya punyalah "jealous" tengok budak-budak aliran sains (saya dah kenal si Fuat dan Bakry dari jauh2 pada masa itu- dia orang pakai baju dan seluar yang jauh lebih cantik dan kemas dari kami budak-budak Kelantan yang jakun2 ni) mengilik buku mereka. Kami di aliran sastera pakai buku "matematik", mereka di aliran sains kelek buku "analisa permulaan" yang berwarna biru tu. Tak ke canggih tu. Dari jauh saya tertanya tanya "ntah menatang apa yang dianalisakan tu???" Rupanya itu buku matematik tambahan. Bila masuk kelas 5SC1, tercungap-cungap juga saya dan Imran nak cover silibus yang tertinggal hingga minggu ketiga itu. Masa tu Cikgu Shahrom baru nak ajar bab persamaan kuadratik dan kecerunan lekuk dy/dx :).

So Che Pah, hang ingat tak masa aku dok sekelas dengan hang? Tapi dulu hang kat KIK kurus nipis sekeping je. Aku tengok hang pun macam budak kecik yang tersilap masuk kelas je! Walaupun aku jugak kecik, tapi aku dah pandai "tengok" orang dah masa tu!! hahaha. :) Pakai kain pun singkat lagi. Mana boleh lawan dengan kecanggihan Anson masa tu kan?

Kamariah Mohd Nor

Ini seorang lagi pelajar 5 sastera I. Masa saya terserempak dengan dia di dalam dewan dan memperkenalkan diri, dia tanya saya "Ini Asmawi yang kecik dulu tu ka?". Haiyaaaaa....semua orang dok ingat aku seorang budak tak cukup inci masa kat KIK dulu. Tapi semua tak boleh lawan Haji Mang Tranung Kite la! Kadar tumbesaran dia tersangatlah "exemplary". Susu apa hang minum?? Aku rasa aku dulu kecik sebab tak cukup susu kot, mak bapak aku orang susah, mana nak ada duit nak beli susu mahal2. Sebab nak kata genetik, tup tup anak-anak aku semuanya macam gajah belaka, Yang perempuan pun lebih tinggi dari aku. Yang lelaki usah cerita la. Kamariah Nor di KIK dulu saya rasa pendiam je, tapi itu hari, masa dia bertaaruf di dalam bilik di kantin tu, huhhh...bukan main bersemangat lagi dia berceloteh. Kita tunggu tulisan dia dalam blog ni pulak lepas ni.

Mustafa Mohd Nor

Dulu pernah sekelas dengan saya di KIK. Tak pasti kalau dia masih ingat. Sekarang ni kalau ada apa-apa isu, dialah yang saya akan call dahulu sebab dekat dengan tempat kerja. Selain Fuat dan Dato Dollah, saya banyak berurusan dengan beliau. Dia dah tangkap long term contract jadi Permanent Chairman kita. Saya yakin tugas beliau amat mencabar. Setiap kali perjumpaan, no matter how closely we monitor the time, we will still end up very close to Maghrib, and then rushing to complete our Asar prayer after the meeting was adjourned by Mustafa. Berkali-kali Mus terpaksa memperingatkan semua orang supaya "be brief, be concise", namun bila tiba masanya, semua orang "just bulldoze" masa yang diperuntukkan. Bukan apa. Setelah lebih suku abad menyendiri, terlalu banyak yang hendak diceritakan dan dikisahkan. Kesian kat Tok Pa kita nak kontrol majlis!

MAK ANDAM

Assalamualaikum WBTH
Teman Teman yng di Rahmati Allah SWT

Setelah mendiam diri seketika , Pagi ni nak tulis sikit sebelum ke Bandung esok . Apa lagi kalau bukan kisah pertemuan dimajlis kawin anak Datok Dolah

Ringkasnya : aturcara majlis berjalan lancar , memang grand , meriah Carey gitu...... makanan mewah ( ada pakar ultra sound mulut tak henti ngunyah ) , Tempat duduk tamu terlalu banyak - hinggakan group kita kejap kejap pindah meja - ish ish ish , bukan nak rasa makanan tapi nak pi peluk " kawan " .

Si Dolah pun agak berat sebelah layan tetamu , jap jap datang kat kita ,,,,,,,,,,, pas tu datang lagi ,,,,,,betul tak ???????? - Suasana bising jadi senyap hanya seketika , bila ada kawan kita datang ,

" SIAPA NIIIIIIIIIIIIIIII ? " ( ini suara Cik Tipah ) nampaknya haru sikit majlis hang Dolah , Tapi aku selut kat Azhan - tetap cool ........... Mak Pengantin lagi best - kepit beg BESA' saja ............... dah kira berapa ? jomla kita gi umrah ...............

Agak agak nya ... Apa terlintas dalam fikiran anak murid Dolah masa mereka makan sambil melihat gelagat kita ? dia orang lagi bijak "BERGOSSIP" Cubalah teka ayat power mereka ?

Satu hal yang kita terlepas pandang ialah orang kuat di sebalik majlis kawin ini ? Macam biasalah ,,,, penyanyi dipuja , penggubah di lupa ,

Begitu juga majlis Dolah ni , pengantin naik seri tapi Mak Andam dilupa , sama hal dengan " TUA BAPAK " ( istilah orang negeri sembilan )

Aku cuma nak perkenal kat kengkawan Mak andam yang bertanggungjawab mengandam pengantin dan dah tak larat nak naik tangga, Tua Bapaknya masih glem er :

Jangan marah ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, POSING MAUTT...



Jumpa lagi

MAHABBATEIN

Ingatan WakMan di Kg Jawa

Assalamu'alaikum wbt.
Kabare?, apa khabar semua ?, Doa semuanya waras dan sejahtera. Mungkin kau orang tengah tido kot. WakMan baru balik dan sempat bukak blog ini. Pakai 3G je. kat mana2 pun boleh bukak tapi semuanya sibuk. WakMan baru balik dari celoteh kat pelatih PLKN , isu gejala sosial dan remaja masakini yang tak boleh ditegur dan tak boleh dilarang, masa nak balik ada aduan dan arah anak2 buah wakman tu buat pemeriksaan, dapat lah 11 ekor. Dunia dah nak kiamat.
Sebenornya wakman baru dapat tengok tatapan blog ni selepas kenduri di kg.Jawa. Hari tu WakMan sampai jam 12.00 tgh.terus ke masjid , solat sunat tahiyatul masjid, rasanya tempat tu, wakman tahun 1977 dulu selalu duduk, sayu dan syhdu, masa tu, terasa bulu roma naik, tunggu teman2 tak sampai lagi. WakMan keluar gi masuk kat KIK, terus kebelakang, tengok rumah lama pengetua Ustaz Zainal, terbiar bangunan tu. sedih teringat anak2 dia bermain kat situ, Bakry, Fuat mesti ada cerita pasal rumah tu, masa tu Mawi cal, dalam perjalanan. Mahabbat cari saudaranya kat Kg.Jawa, jumpa kot. WakMan masuk sekali lagi kat Masjid, solat sunat sekali lagi, memang terasa hebat masjid sultan Sulaiman, sampailah waktu zohor. Lepas solat zuhur dan jamak asar, wakman dah nampak wajah2 teman yang semuanya masih muda dan macho. Maaflah ada teman tergaman bila masing2 kena agak siapakah nama. Manalah nak ingat, 2 tahun (kalau yang Sains), tak cam, yang perempuan lagi tak ingat kecuali ANSON yang dah putih sangat tu. Masing2 berpelok dan merelakan dirinya dipelok (teman2 lelaki sahaja) Hebatnya ikatan ukhuwah kita. Doa dan niat yang betul, bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Ringkas cerita masuk dewan, Dato' Dolah sambut dan bertemu dengan Cikgu KUSNO, wakman tanya Kabare dan peluk cikgu Kusno yang memang wong Jowo. diDoakan panjang usia dan sehat hendaknya cikgu2 kita tu. Yang kaget sekali bila wakman ketemu Pak Cik HADI, dia ingat nama dan sebut kampong WakMan , dia kata "Budak Parit Gantong", Hebat Pak Cik Hadi yang wakman dulu pun kerja Dobi dan dapat upah uruskan dobi kau orang semua.Tak silap no.dobi wakman 8873. Kau orang ingat no dobi masing2. Mengenai teman2 wanita yang datang, wakman rasa, orang lain boleh ceritalah, nanti syahdu dibuatnya. Fuat,Husin, hang dah baca cerita2 kisah manis tu. Nanti kita jumpa. Insya-Allah .Ok lah jam dah 3.58 pagi, ayam dah berkokok , wakman dah penat ni, balik petang tadi jam 6.00 ptg keluar balik jam 7.00 malam. Husin Mat Isa, apa khabar?, Ismail Hasan dah cal wakman, sukran. Doa sukses dalam bisness dan kerjaya. Rashid Mohd kat Jengka, Pak Syeikh , anta kena bagi motivasi kat teman2 ni, sesekali tazkeerah kena juga. 30 tahun tak jumpa, maklumlah, lupo diri tu. Teman2 yang jadi ustaz, ustazah, jadi GPK 1 or 2, Pengetua , jangan pulak jauhkan diri, tolong tengok sama blog ni dan bagi idea untuk teman2 yang masih hidup ni terus berjuang mengangkat martabat Ummah dan memperkasakan modal insan yang sedia ada. Wakman hanya tukang teman waktu malam begini, ada teman kata jadi burung hantu, tak kesah pun, akhir kata SELAMAT MAJU JAYA, DAN DIDOAKAN SEHAT SEJAHTERA DISAMPING KELUARGA TERCINTA. Wassalam.
Insan Kerdil wakman 5sas2kik77.

Kenduri di KIK: Catatan bebas Asmawi siri I

Salam,

Maaf kerana baru sekarang dipermudahkan Allah untuk menulis, walaupun saya terlalu amat ingin untuk menulis sejak balik dari KIK Sabtu malam yang lalu. Namun kerana keletihan, dan kesibukan kerja, saya terpaksa pendamkan hasrat tersebut hingga malam ini. Saya hanya mampu "release"kan gambar-gambar yang diambil pada malam itu juga untuk manfaat kawan-kawan yang tak dapat datang, yang ternanti-nanti "update" dari kita semua. Fuat bertalu-talu hantar sms tanya perkembangan! Sebenarnya, kesibukan kerja mula melanda sejak minggu lepas, sebelum perjumpaan di Kelang lagi. Sebab itu, pada hari Jumaat malam, saya terpaksa membatalkan hasrat untuk datang ke Kelang sebab badan sudah terlalu letih, walaupun saya tahu orang yang komited seperti Puaad masih mampu stay up hingga jam 2 pagi dengan Haji Mang pada malam itu. Kesibukan itu berlarutan hinggalah malam ini. Waktu Mustafa call saya jam 11.00 malam tadi, saya dalam perjalanan balik ke rumah dari satu perbincangan. Saya gagahkan juga menulis malam ini sebab kalau saya biarkan lebih lewat, cerita akan jadi basi.

OK. Now back to our rendezvous di Kelang.

Haji Mang dan Saidi (apologies to Kamilah for plagiarizing her format)

Mula-mula saya kena tabik kepada Haji Mang dan Saidi Kadir yang bersusah payah datang ke KIK dengan penuh nostalgia pada petang Jumaat lagi. Beliau berdua sempat menyampaikan tazkirah kepada pelajar-pelajar KIK pada waktu maghrib hari Jumaat itu, dan kabarnya sempat pula "reminisce" dengan masuk ke kelas 5SC1 dan mengenal pasti tempat duduk beliau 31 tahun yang silam. Oh alangkah syahdunya! Agaknya lagi syahdu bila mengingatkan sekali sekala kita semua diminta berdiri oleh Cikgu Md Isa sewaktu beliau mengajar Kimia. Siapa yang nak duduk cepat kena jawab soalan dengan tepat. Yang tak dapat jawab soalan dengan betul, terus berdiri sampai loceng berbunyi! Aduh.... Kadang-kadang kalau yang tak bernasib baik tu, naik atas kerusi pun pernah kena :).

Keluar saja dari rumah, Muhabbatein sudah call untuk memaklumkan bahawa dia telah berjaya kidnap Che Pah dari LCCT serentak dengan Yunus ditangkap oleh Puaad. Mereka dalam perjalanan dari LCCT ke Kelang. Puaad pula membawa balik Yunus ke rumah beliau di Cheras terlebih dahulu. Mustafa pula dalam perjalanan balik dari Nilai ke rumah beliau, dan selepas itu akan singgah di rumah Naim untuk datang bersama-sama.

Saya sampai di KIK waktu azan zuhur sudah berbunyi di Masjid Sultan Sulaiman. Noorbakry call saya bertanyakan lokasi saya, dan waktu itu saya baharu saja termiss satu junction ke kiri. So I ended up going all the way to Hospital Kelang, make a u turn, then came back up through Jalan Kota Raja towards KIK again. Rugi 15 minit. Noorbakry sempat pekenakan saya kerana masih boleh sesat walaupun nak datang ke alma mater sendiri!

Masjid Sultan Sulaiman

Sewaktu saya membelokkan kereta masuk ke masjid Sultan Sulaiman, di depan saya ialah bangunan lama KIK dan di kanan saya ialah asrama lelaki blok A-D, saya merasa begitu sayu sekali. Campur Syahdu. Here I come! Inilah aku datang kolejku. Dan inilah masjid yang aku jejaki setiap ceruk lantainya, meskipun dalam keadaan "akal yang kurang (meminjam bahasa Fuat)" di waktu itu!

Kalau dalam pertemuan pertama di Nasi King Beriyani dahulu, keunikannya ialah sebagai pertemuan pertama dengan kawan-kawan setelah berpisah 30 tahun, maka keunikan kali ini ialah dapat menjejakkan kaki kembali ke alma mater, dan ke masjid Sultan Sulaiman yang bersejarah itu.

Kedua-duanya mengundang kesayuan dan kesyahduan yang tak terperi.

Sampai di masjid Anson sudah sampai. Muhabbatein call memaklumkan beliau masih dalam perjalanan. Kamilah pula memaklumkan bahawa beliau sudah berada di dalam dewan dengan Rodzi dan mahu proceed makan dahulu sebab sudah lapar katanya. Saya bergegas untuk bersama dengan makmum lain menunaikan solat zuhur.

Selepas solat, saya terus mencari-cari beberapa sudut "favorite" saya waktu di KIK dulu. Setiap malam Jumaat pelajar lelaki diwajibkan ke masjid. Dengan hati yang bebal dan berat, kami semua menapak ke masjid dengan baju melayu putih untuk solat maghrib, membaca Yasin, dan kemudian balik setelah habis solat isya. Saya sempat mengambil beberapa gambar penuh nostalgik itu. Di beberapa penjuru itulah kami membaca Yasin, kami mencuri2 tidur dan bersembang dengan kawan-kawan.Selesai solat, saya dimaklumkan oleh Haji Mang bahawa beliau serta beberapa orang lain sedang berada di bawah wakaf di bahagian kiri masjid. Saya bergegas ke sana, dan dari jauh saya sudah dapat mengecam Haji Mang. Dia dah hantar gambarnya ke Blog ini lama dulu, so saya sure tak akan tersilap! Anson pun ada bersama beberapa orang "ibu-ibu". Saya dan Haji Mang berpelukan bagai nak rak! Lepas tu masing-masing mengacah2 saya untuk cuba teka siapa lagi yang lain. Pandangan pertama saya ialah seorang lelaki separuh umur yang berada di sebelah kiri saya selepas saya berpeluk2 dengan Haji Mang tu. Lama juga baru dapat saya mengecam bahawa itulah Azhan! He came all the way from Taiping, and was the first to arrive. Kami mengambil gambar bersama-sama penuh riang! Semua orang mengusik Haji Mang mengatakan beliau masa kat KIK dulu masih belum habis menyusu, sebab itu tak besar, dan sekarang, sejak habis menyusu, makkk aiiiii. 80++ kg you!! Kalau kita tak tengok gambar beliau, sah dah tak akan cam langsung!
Kemudian saya menoleh ke arah "ibu-ibu" pula setelah ditanya oleh Anson. Mati-mati saya ingatkan kesemua mereka adalah isteri-isteri kepada "bapak-bapak" Gen77. Dan saya terkejut dan termalu besar bila salah seorang darinya ialah si Latifah Zulkifli yang selalu kena sakat dengan saya di zaman "kurang akal" dulu! Aduh malunya!!! Latifah datang dengan suami dan anak perempuan beliau. Kami mengambil gambar sekali lagi setelah Wak Man datang join.

Tak lama kemudian, Yunus dan Puaad tiba, diikuti oleh our great friend Dr Noorbakry, yang sedang rancak menjalani proses "rejuvenation" tiba! Aku kena belajar banyak dengan hang fasal "rejuvenation" ni!!! Mus dan Naim pun tiba dalam masa lebih kurang sama.

Kami menapak masuk ke dewan KIK lebih kurang jam 2 petang. Ramai yang memilih untuk berjalan kaki sahaja dari masjid, untuk menghayati kembali langkah-langkah yang kita lalui 31 tahun yang silam di bumi bertuah itu. Sekarang Jalan Kota Raja sudah sibuk tidak macam dahulu. Untuk melintas dari asrama lelaki ke bangunan sekolah, sudah ada jejantas.

Dewan Besar KIK

Tiba sahaja di depan dewan, kami bertemu beberapa rakan lain. Kamilah dan Rodzi sudah ada di dalam. Setiap kali ada cubaan untuk masuk ke dalam dewan (selepas tuan rumah berkali-kali menjemput masuk), ada sahaja kawan-kawan yang baru datang, jadi setiap pergerakan masuk ke dalam terencat dan masing-masing dengan gamatnya bertegur sapa usik mengusik setelah sekian lama tidak bertemu. Gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya:

(Fuat dan Hussin! aku tau hang mesti menggetap bibir baca catatan aku. Now you know how much you lose by not coming!!!!! :) Hang tengok sendiri macam mana Muhabbad ternganga kegirangan!!


Bila masuk dewan, tak ada siapa pun yang terus tuju makanan! Kami bergegas menerpa Cikgu Kusno yang duduk di kerusi. Saya mengaku pernah kena rotan di tangan oleh Yang Dikasihi Cikgu, tapi bila nampak muka beliau, saya terus menerpa dan cium tangan! hahahaha!!!! Tak lama lepas itu, Cikgu Shahrom dan keluarga beliau tiba. Kami bergambar beramai2 lagi!
Selepas masing-masing menjamu selera sedikit sebanyak, datang pula Yang Arif. Tengoklah macam mana eratnya Yang Arif berpeluk dengan Haji Mang! Si Fuat hantar sms kepada saya: Siapa yang pakai baju merah dok peluk2 dengan Kak Ani tu? Bila saya maklumkan kepada beliau bahawa itulah Haji Mang Tranung Kite, dia beristighfar panjang! Katanya kalau accident kat atas jalan, sah dah bertumbuk dua tiga das dulu baru kenai itulah kawan seangkatan!
Di dalam dewan juga tuan rumah Abdullah Hasan memperkenalkan kami kepada super senior kami iaitu Kak Ain, yang berkahwin dengan Abang Dr Hasan Abdul Rahman, Ketua Pengarah Biro Bantuan Guaman Malaysia. Dalam ramai-ramai gen77 tu, tak ada seorang pun yang kenal Kak Ain, kecuali setelah disebut nama glamour (ie Kak Ain, instead of Noraini). Anson yang selamanya gamat itu pun tidak cam!

Saya pasti dalam ramai-ramai tetamu jemputan Dollah dan Nik, kumpulan kamilah yang paling gamat. Harap-harap tingkah laku kami semua pada hari itu tidak mengaibkan tuan rumah suami isteri. Saya rasa tidak ada seorang pun yang duduk diam di meja masing-masing. Ada-ada saja orang tu bangun pergi meja orang ni. Orang ni pergi ke meja sana. Lepas tu kedua-dua meja pecah berderai dengan gelak ketawa. Cikgu Shahrom pun sporting sangat dan join kami semua bersembang tanpa segan silu walaupun beliau seperti yang kita kenali dulu, agak pendiam orangnya.

Saya rasa acara yang paling gamat ialah semasa bergambar beramai-ramai di atas pentas. Punyalah susah nak susun "budak-budak" ni semua, sampai Muhabbad terpaksa kata "Oii dengar sini. Aku Prefect so kau orang semua kena dengar cakap aku. Yang duduk sana kena beralih ke kiri sikit sebab kau pendek. Kita susun biar nampak cantik sikit!!"

Setelah bersusah payah, dapatlah ambik gambar seperti yang anda dapat tatap di sini: