Assalamualaikom
Hj Ammar!
Tq. Bihun sup tu memang sedap. Pandai mem masak! Kaki lembu tu pun kecik. Lembu muda. Lembut. Sumsum tu mudah terbit. Aku ghetok sikit dah lughoh dalam pinggan. Huhh, berselera. Ada lobak masin pulak tuh. Mem aku terasa rugi bila ku cerita. Padan letih sangat. Dah melepas mihun sup kuning.
Terima ksih kicap dan sos yg berdozen2 tuh. Kawan2 yg pi dapat sampai tak celuih beg plastik. Gambag nanti aku masukkan kemudian. Bila aku jumpa kawan2 aku hulog soghang sebotoi dua. Zubir, Mohtar, Nusi dah aku bagi. Utk Mawi, nanti bila ada liqa' di sana nanti.
Terima kasih utk Hj Cle yg mai jugak haghi tu. Bawak macam2, zam2, toyyub, tasbih, atar, kacang2 dll. Anak Hj Cle pun boleh tahaaaaann badannya! AlamduliLlah!
Naim dan keluarga bahagia. Awat tak habag yg nak mai semua?g OM pun satu, tak sound yg Naim nak bawak memnya sama! Tahniah Naim, rupa2nya ada lagi adik kecik selepas kakak yg dia dukong masa liqa' briyani king! Terima kasih Naim. Kami doakan hang selau sihat dan ceria!
Cik Pah, maaf tak dan nak jumpa! salam utk suami dan keluarga. Bila nak ke Sabah/Sarawak?
Pagi ni aku di cybercafe tepi pasar besar Khadijah. Hari ni nak bertolak ke Klang. Mem aku baru nak pi membeli. Ikut suka dialah. Semalam aku beli tiga helai kain pelikat.
Petang semalam pi lawat Mokhtar ngan Nusi. Keadaan beliau macam Nusi ceritalah. Kereta yg dia bawa tu BMW. Sampai kat selekoh bukit tujuh antara merapoh ngan gua musang, kona agak laju, terus berpusing dua tiga kali hentam bukit depan belakang. AlhamduliLlah, kereta teruk tapi Mokhtar tak luka apa2 kecuali sikit di tangan. Badan terasa sakit nyutnyut terutama bila nak bergerak. Macam Nusi katalah, jika kereta tin milo, entah apa berita kita tak tau.
Terima kasih pada PR kerana beri maklumat.
Tq pada Mawi dan Mus yg smskan no Mohtar!
Bagaimanapun, kena hati2, terutama semasa hujan dan di selekoh tajam. Aku dulu pernah jugak kereta berpusing atas lebuhraya dekat Tanjung Malim. Pecut nak potong, tiba2 tayar meletup. Terlebih kona stering lalu kereta terlanggar border. Nasib baik tak terlepas dalam gaung! Masa tu aku pakai Peugeot 504. Kereta bagus macam kereta kebal. Yg tak syoknya, aku baru saja lepas ambil third party punya insuran. Tak boleh claim apa2. Bila melintas kawasan tu, aku selalu terkenang peristiwa sekitar tahun 1994 tuh. Berhati2 di jalanraya!
Assalamualaikom Jak!
Terima kasih dapat jumpa mlm tu. Hang belanja kami makan. Bihun goreng tu kalau disiram dgn kicap Hj Ammar, fuuuh. Apa nak buat, semasa aku kemas boot kereta, kicap yg selalu dalam boot tu dah aku pindahkan ke kereta lain! Bila disiram ngan kicap restoran tuh, nampaknya kurang terasa. Memang lain.
Madu tu, kira ori lah. Aku bagi kat mak aku di sg tiang setengah botol. Bila ada keperluan bolehlah digunakan. Orang tua2 pun kena simpan gak madu tuh. Jadi ubat penawar. Paling tidak mengamalkan seperti dalam al Quran. Penawar utk manusia.
Bila sampai di KB, aku terlupa nak bawa masuk rumah. Petang semalam bila nak ke rumah Mohtar, mem aku ternampak madu tu. Terkejut dia pasal penutup botol dah hilang! Rupa2nya gas semangat lebah menolak sampai terpancutpantul penutup tuh. Nasib baik kereta aku tu tak meletup sama.
Bila nak ke sg tiang jumpa Pak Tam Hj Ibrahim, hang boleh tel aku. Mak aku pun boleh tunjuk tempat tuh! Pak Tam dah tua. Dulu dia selalu dijemput, tapi sekarang dia hanya di rumah saja. Menunggu orang datang!
Wassalam.
'FASTAQIM KAMA UMIRTA'
Salam ukhuwwah fiLlah utk semua gen77kik!
Wassalam
28 January 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)