12 March 2009

Teman dan Sahabat

{Gambar semasa Liqa' PJ selepas menziarahi jenazah MNY}

Assalamu'alaikum Wbt.

Apa khabar semua?, teman2 dan sahabat2 yang dicintai semua, tak lupa kepada guru-guru. Rasanya dah terlalu lama WM tak menulis di blog ini. Didoakan semua teman beroleh kesejahteraan dan kesehatan selalu disisi keluarga. WM mohon maaf kerana tak dapat meluangkan masa untuk menyampuk cakap dalam MAYA dan blog. Tengahari ni terasa disebut2 untuk WM menulis sedikit. Diam tak diam masa terus berlalu, usia terus meningkat, kesihatan semakin dicabar dengan pelbagai ujian dan dugaan. Jika kereta kita repair dan jaga demi kelangsungan perjalanan untuk ke distinasi yang selalu kita semua tujui. Pastinya jasad teman2 begitu juga sentiasa dijaga dan dibelai agar sentiasa sehat dan segar. namun ajal maut dah ditentukan, kita bermuhasabah untuk perjalanan yang jauh lagi ke akhirat. Adanya GenKIK77 menguatkan lagi silaturahim dikalangan kita semua. Teruskan JIHAD dalam menyambung hubungan ukhuwah yang kadang kala mudah terungkai disebabkan perasaan. Genkik77 semakin matang, ahli2nya bertambah dan berkurang, namun kita berusaha agar hubungan kita yang ikhlas sentiasa diberkati Allah Swt. {Bersama Hashim Seman.32 tahun berpisah}

Malam tadi WM call Wan Chik, panjang juga ceritanya, Terima kasih Wan kerana menemani WM dalam perjalanan balik dari ceramah Maulidur Rasul.walaupun hanya dengar suara rasanya ada insan yang duduk berbual. AlhamdulilLah, Kelmarin sempat bertemu Hashim Seman dari Trengganu, temujanji di Tangkak, Johor. 32 tahun tak bertemu walaupun satu kelas 5sas2. Teman2 yang akan datang ke Melaka pada cuti sekolah nanti, tolong maklum awal pada WM dan teman2 di Melaka. Rahimah Husin khabarnya akan datang ke Melaka bersama anak murid pada 28 Mac 2009. WM akan bantu sekadar yang mampu.
TAHNIAH kepada anak-anak teman Genkik77 yang berjaya dalam STPM dan SPM, teruskan kecemerlangan diri mu demi menjayakan misi ilmu iman dan amal. jauhi perbuatan negatif dan perkasakan diri dengan benteng ketaqwaan. Teman2 5sas2, masih ada yang tak dapat dikesan.

Teman2 yang akan menyambut menantu diucapkan Tahniah dan didoakan selamat dan sukses dalam majlis meraikan pengantin dan teman2. cikgu Hj.Tahir masih sihat, kelmarin sempat jumpa cikgu balik dari kebun, gigih berbakti dengan kebun.

OK, jumpa lagi. Wassaalam.
WM insan kerdil.

KISAS DLM EDUWEBTV

Bersama YB Tan Sri Dato' Wira Hj Abd Rahman Arshad semasa lawatan beliau ke KISAS pada 5 Mac 2009.
Terima kasih Tan Sri!

http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=61&vidgrp=3&idcaller=menu_pub#

FASIH ARAB/
MEMARTAATKAN BAHASA

SPM, STAM & STPM 2008


TAHNIAH!