04 July 2008

Perihal Melintasi Orang Yang Sedang Solat

Assalamualaikom wr wb
Ilmu - sampaikan walau satu ayat


Tolong Jangan Biadap Dengan Allah !

Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.
Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.
Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]
Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.
Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-
فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي
صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]
Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas. Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.
Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia. Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.

hj manj
petikan daripada
www.zaharuddin.net

Bila Allah cepat makbulkan Doamu

Assalamualaikom wr wb

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ." Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

hj manj

Bertemu Bonda

Kenangan bersama Bonda dan Suami sebelum pulang.

Mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh YB MR Abdul Fattah Mahmood.

Anak bongsu Bonda (baju merah: Tahun2 UIA/ Engin).

YB MR Abdul Fattah ( berbaju putih )tertarik dgn apa yg diperkatakan oleh Yahya Daud.

tekun dan setia mendengar celoteh murid-muridnya.....

Kisah-kisah silam dan tak lupa perkembangan terkini.....


Assalamualikum sahabat Gen77 semua.
Harapan agar sentiasa berada dalam situasi yang baik serta mendapat limpahan nikmat dan berkat daripada Allah SWT. Kepada yang berkerja, dapat melaksanakan kerja dengan sebaiknya. Yang bercuti hari ini selamat bercuti. Hari yang baik ini penuhilah dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada diri keluarga dan masyarakat kita. Yang pasti dilakukan ialah menziarahi kedua ibubapa kita yang tersayang andainya mereka masih ada.

Malam tadi saya dan Yahya Daud sangat bertuah ( sempena sambutan 1 Rejab ) kerana telah dapat bertemu dengan Bonda Ustazah Fauziah Sani bersama suaminya serta anak-anak dan menantu mereka di Kota Baharu Bandaraya Islam ( setelah lebih 31 tahun!! ). Bonda datang kesini kerana menziarahi anaknya Dr Afifi yang bertugas di HUSM Kubang Kerian. Sebenarnya telah dua hari mereka di sini dan akan pulang semula ke Perlis pada petang Jumaat.

Saya mendapat maklumat kedatangan Bonda ke sini daripada Sdr Rahimah Husin dan Rohani. Jutaan terima kasih kepada mereka berdua. Keduanya telah datang bertemu Bonda sehari sebelumnya di rumah kediaman Dr Afifi di Lot 1447, Desa Kujid, Panji, KBBRI.

Kami telah bertolak dari rumah jam 08.00 mlm ke KBBRI. Sebelum singgah solat Isyak di Melor, Yahya telah menghubungi Bonda dan di beritahu baru tiba di Restoran AM Tarbush, Langgar. Seorang murid Bonda menjemputnya makan di situ (doktor & suaminya ,rakan kepada Dr Afifi ). Kami tiba di sana kurang lebih jam 09.10 malam. Mereka telah pun selesai makan. Yang paling menghairankan saya ialah semasa kami nak melintas jalan menuju ke restoran tersebut, Bonda telah melihat ke arah kami dan melambai-lambaikan tangan. Menunjukkan Bonda telah kenal dan tahu akan kedatangan kami. Memang kuat ingatan Bonda.

Pertemuan ini bukan melibatkan kami berdua sahaja, malah ramai lagi anak murid Bonda yang lain termasuklah YB MR Abdul Fattah Mahmood, Exco Pembangunan Manusia, Belia, Sukan dan NGO Kelantan.

Sebelum berpisah bonda sempat berpesan agar usaha yang sedang gen77 lakukan sekarang ini diteruskan dengan giat lagi kerana ianya akan mendapat rahmat dari Allah SWT.

Bonda... maafkan kami....moga bertemu lagi.
Wassalam.
Sanusi.

Salam Ukhuwah



Assalamu'alaikum wbt.

Didoakan semua teman2 dan guru Gen5kik beroleh kesehatan dan dipanjangkan usia. Tanpa disedari masa terus beredar. 6 bulan pertama tahun 2008 telah berlalu, Kini Rejab telah sampai. Ini bermakna kerinduan kepada Ramadhan semakin dekat. Semuga AlLah swt mengizinkan kita semua sempat bertemu Ramadhan al-Karim. Ok, Wak Man baru balik dan sempat membuka blog dan Tahniahlah Fdina dah mula muncul melepaskan kerinduan. Kamilah pun dah muncul di alam maya. Teman2 yang akan bercuti Sabtu dan Ahad ini diucapkan selamat bercuti dan kunjungilah Bandaraya Melaka. Wak Man tunggu YA.
Salam mimpi dari Wak Man