06 December 2008

SELAMAT HARI RAYA

Assalamu'alaikum wbt.
Tempoh setahun begitu cepat berlalu, kini kita telah berada dipenghujung tahun 2008 dan tahun hijrah 1429. Tempoh Genkik77 digerakkan masih baru lagi, dalam tempoh setahun kita sudah melalui pelbagai ujian dan cabaran terutama dalam usaha mempertemukan teman-teman yang hampir 30 tahun berpisah.
Insya-AlLah, WM yakin bahawa semua teman-teman ikhlas dalam mengikat hubungan persaudaraan melalui wadah Genkik77. Didoakan semua teman-teman yang sedang sakit akan terus sehat dan diberikan kesabaran.
OK lah, WM ucapkan "Selamat Menyambut HariRaya Eidul Adha", WM masih bermusafir di pantai Tanjung Tuan. Teman-teman yang akan berjalan jauh ke Indonesia didoakan selamat pergi dan selamat pulang. sampaikan salam hormat WM kepada bapak Soenaria sekeluarga. Insya-AlLah, WM akan ke Kelantan pada 18 hingga 20 Disember 2008 kerana ada pembentangan KK mengenai kerja-kerja penguatkuasaan.Tanggal 21 - 23 ada di Shah Alam. Jumpa di sana nanti.
Sukran,
WakMan.