30 June 2009

Liqa' Sg. Petani, Kedah Darul Aman


Assalamu'alaikum wbt

Didoakan semua teman2 genkik77 bersama family sihat sejahtera. Ramai yang masih sibuk dengan urusan anak2 yang melanjutkan pelajaran ke IPTA. Tahniah diucapkan kepada teman2. WM masih lagi berada di Sungai Petani.
AlhamdulilLah, syukur dapat bertemu teman2 yang hampir 32 tahun tak bertemu. terima kasih kepada Halim yang dapat datang bertemu WM di rumah Ammar, Begitu dengan Arifin, Zubir dan Tok Aad sekeluarga.




Sekali lagi hari ini WM dapat ziarah Us.Yahya Hj.Saad yang diuji. Diharapkan Pak Ya tabah dan bersabar, Kepada ustazah Latifah (isteri Us.Yahya sekeluarga) bersabar atas musibah dan ujian ini.


WM dapat makan Radix Fried Chicken, produk baru yang mendapat sambutan hebat.


Produk kicap Al-Hikmah milik Ammar mendapat pasaran meluas, Tahniah Ammar n family.

Insya AlLah, lain kali WM jumpa teman2 yang lain, liqa' ini semuanya dengan izin AlLah swt. Mana2 teman yang membaca, teruskan membaca blog genkik77 ini dan hubungi teman2 yang lain.
Gambar Ustazah Esah bte Abu .Didoakan terus sihat dalam usaha mendidik anak2 murid di SK Kubu, Melaka.

Teruskan ikatan ukhuwah Islamiah ini melalui wadah genkik77.

Salam ukhuwah

Wakman insan kerdil
Sungai Petani Inn,
Kdedah Darul Aman
.

Ziarah Ustaz Yahya



Salam untuk semua,

Alhamdulillah, syukur. WM petang tadi sempat ziarah Us.Yahya Saad, kelas tkt 6 di KIK dulu. Beliau berada di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani. . Pak Ya kita kena sakit kencing manis dan kaki sebelah kirinya telah di potong. WM dapat jumpa Ammar dan berterima kasih kepada Zubir yang mengambil WM di Hotel. Kita doakan semuga Pak Ya segera sembuh dan balik kerumah. Teman2 yang berkesempatan ziarah boleh lah datang esok, WM masih ada lagi di Sg.Petani

.

WM tak jumpa Pak Ya hampir 25 tahun, selepas UKM hingga hari ni baru jumpa. Rezeki WM nak jumpa kawan di Sg.Petani, hari pertama dah dapat jumpa Yahya, Ammar dan Zubir.
Minum Radix selepas ziarah Pak Yah.


Makan sotong & ikan goreng di Pantai Terengganu.



WM di Mesjid baru bandar Jertih, Terengganu,
Menarik dan ada kemudahan lif dan dewan serbaguna.




Akhirnya, doa kecemerlangan untuk semua teman2 genkik77 dan keluarga.

Wakman
Sungai Petani, Kedah Darul Aman.