22 January 2008

Membaca blog jam 2.30 pagi?

Haji Deramang:
Haji Deramang dari Dungung pecahkan rahsia yang dia berjaga sampai 2.30 pagi dok baca blog kita ni.

Tu tak berapa dasat lagi Tuang Haji! Mengikut rekod dalam blog ini, ada kawan-kawan kita yang masuk dalam blog jam 4.00PAGI, dan keluar hanya setelah jam 7.00 PAGI lebih. Dan dalam tiga jam lebih tu, dia membaca lebih 120 halaman dalam blog ini.

Kan ke power tu! tu la sebelum ni kita mengejar hidup selama 30 tahun secara sendiri-sendiri! Kan dah banyak yang nak kena catch up!

Tu baru baca cerita dan celoteh saja tu. Sekarang ni sejak Dollah Hasan mula letak gambar-gambar nostalgik ala filem P Ramlee tahun 60'an dulu, aku pasti lagi ramai hati yang terkedu. As they say, a picture can paint a thousand words.

Dollah Hasan,
Dollah tanya mana pi semua orang? Hang nak tau tak Dollah? Depa ada semua tu kat sini. Cuma depa dok sibuk asyik maksyuk dok baca tulisan dan gambar hang, hang tak perasan. Sewaktu aku menulis ni, ada 4 orang lain sedang mengakses blog ini.

Tapi aku kena tabik sekali lagi kat Dollah. Dalam sibuk tugas sebagai PK di KISAS, dan sibuk dengan persiapan kenduri anak dia, sempat lagi dia menulis dua tiga kali sehari dalam blog ni!

Dan terima kasih yang setingginya kerana sediakan sudut khas untuk kami puak-puak SPM 77 ni sewaktu kenduri nanti. Kami terharu sangat-sangat! Kalau boleh sudut tu biar jauh sikit dari orang, nanti orang kata kami ni jakun mana datang kenduri ke KIK sebab "hingaq" semacam. Tambah-tambah kalau si Anson tu ada! Habis la nanti!!

Puaady,
Untuk sidang kemuncak dengan Haji Deramang nanti, ana prefer kita buat kat kedai mamak atau mana-mana tempat yang tak perlu makan heavy-heavy. Maklumlah, perut yang berusia 48 tahun ni sensitif sikit. Kalau Anson ada, lagilah tak best nak makan kow-kow, sebab dia boleh teka berapa tahap kolestrol dan diabetes kita by just looking at us. Bomoh besar dia tu. Kalau ada dia, nak makan pun rasa guilty.

Muhabad,
Aku rasa tak payah ambik hotel la! Be sporting, be gentleman, be nostalgic. Ambik satu bilik kat KIK. Tidur ramai-ramai macam masa form 4 and 5 dulu. Kan best macam tu! Silap-silap 30 tahun lagi baru ada peluang nak tidoq macam tu. Itu baru dipanggil homecoming!!!. Lagipun kita bukannya nak tidoq sangat pun. Eh aku tidoq kat rumah la. Rumah aku Sg Buluh belum masuk dua marhalah dari Kelang, so tak boleh bermalam di sana!! By the way gambaq hang yang terbaru tu kalau aku tengok sah dah tak kenal. Unless if I see you walking. Macam Naim, kau pun seingat aku ada cara berjalan yang unique. Unique to Muhabad. Tengok 200m pun boleh cam.

Zubiaq!,
Hang mana pi? lepas keluar satu posting dulu, terus senyap. Dah kena sampuk ke? Jangan la macam tu. Cerita la sikit-sikit. Budak-budak ex 5SC2 selain Bakry tak ada pun yang menulis. Sdr Arpi Proton kita masih diam malu-malu.

OK lah dulu untuk kali ini. Dah dekat jam 12. Nanti kalau Pak Soenaria nampak aku masih pasang lampu, mampus la kita semua kena malam ni.

-Asmawi Mohamad






أكو حيران، مانا فولا ديفا في؟


أفا كنا دغن راكن2 سموا؟

ترلفس كباتو كيب كوت؟؟؟


عبد الله حاج حسن

NAK TAU DI MANA MONA?


Tipah dan teman2.
Jangan bimbang, Mona masih ada. Ada dekat dengan kita. Tak jauh. Mona segar. Masakan tidak? Mona ada sembilan orang anak!
In Sya Allah Mona nak mai 2 feb nanti. Suaminya sibuk sikit ngan bisnes. Mona tak banyak berubah. Sekali pandang terus melekat. Mai, jgn tak mai. Mahfuz pun kena mai. Kawan2 tolong pakat jemput. Tempat menginap banyak. Aku jaga asrama. Bilik no problem. Jgn komen sudah! Kami dah sedia sudut khas utk "gen 77" dlm dewan. Hangpa beboraklah.
Sdr Tn Hj Dramang!
Tn Hj boleh buat jadual program. Jgn lupa siap program awal2. Masukkan sesi puko gambo sekali. O.k
abdullah hj hassan


Gambar Keluarga Che Pah

(Che Pah bagi saya green light untuk letakkan gambar keluarga beliau di sini. Berminat untuk berbesan? Isi borang dengan Che Pah dan ambil no. queue. -Asmawi)

New comment on Restu version 2.0.

Hj mang tganung nak beri cadangan siket pasal majalah.

no1. 2 feb ni, hj mang akan bawak 2 buku untuk disign in (satu laki2 satu prm), dalam tu pakat2 tulis nama, tkt dulu,no hp,email,alamat dll yang perlu.

no2. Kemudian kita akan cari gambar lama dari gambar kelas & mintak sahabat2 beri gambar terbaru yg terhemsem.

no3. Pas tu kita buat biography sorang2, sehelai sorang wajah lama ke wajah baru masukkan data2 yang perlu & riwayat masing2 termasuk yang dah arwah.

no4. Diselang seli dengan cerita2 penglupor lara yang terkumpul. Buat comel2 macam sdr Asmawi cadang tu.

no5. Sapa2 yang tak leh datang 2 feb ni,boleh beri data ikut mail ke coordinator - 1 tkt sorang,rasa dah ada lantikan kan! so sapa dok mari 2 feb ni rugi.sapa2 yang ada video cam, bawak lah ye kita shooting, buboh dalam blok & jadikan cd.

no6.Kos kita kongsi.maaf sdr Asmawi nampak macam ada extra assigment aje. kita jadikan reality yang abadi.

hj mang tengah pening ning, malam tadi tidor pukul 2.30 pg baca semua yang ada dalam blok tu & jawab mail sahabat2,

rgds.

CHON, NI GAMBAG PASUKAN BULUAYAM BAWAH 18


Duduk dari kiri: Roziah, Zaidah dan ?x tau,

Berdiri dari kiri: Anson (Betoi ka ejaan tu?), Hafinah Samah (Dlm restu 'Afinah'. Betul tak?) & Hafizah Said (Perak, Ting 4) Aku agak laa

- Budak2 Kadet tau hangpa posting baguih. Maafkan kami banyak kali. Maafkan, maafkan!!!

abdullah hj hassan

Room mate

Salam,

Memang soheh sebab anta tak mungkin nak tempered gambar hero hindustan tu dengan gambar anta. Roslan Sabran ana tak tau kat mana. Ana ada jumpa adik Ahmad Abdullah- Rahman Abdullah yang kerja kat PKNK Kedah semasa sukan Gemaputera di Langkawi tahun 2004 lalu. Semua yang lain tu prefect kecuali ana sorang. Mungkin anta boleh jemput senior kita tu ke kenduri anta.

Lanjutan dari walimatul urus tersebut ana baru bercakap dengan Mahfuz Rahim yang kerja kastam tu. Ana hanya memanjangkan jemputan anta tu kepada dia. Tapi dia kata tak boleh pergi sebab tak dijemput. Eloklah anta telefon dia di nombor 0125227576. InsaAllah dia mai punya.

Ana dah bercakap dengan Hj Rahmang Dungung pasal dia nak sampai kat KIK 1.2.2008 nanti. Mungkin malam tu ana turun ke Kelang ka pekena ikan bakar kat Muara pun ok jugak. Tau-taulah dah lama tak jumpa tu, banyak topik boleh cerita.

Jumpa lagi. Wassalam.

Dollah...mana skarf aku?

Assalamualaikum,

Ya Allah, Dollah, TQ hang bagi gambaq tu...Ya Allah, mana skarf aku? malunya.... jangan tengok lama2....Aku duduk kat depan tu ha...3 dari kanan...masa gambar tu memang tak pakai skarf, lepas latihan kat padang KIK, tapi masa pi lawan kat luar, kami pakai skarf la....Ya Allah, malunya...
Kepada kawan2 sepasukan...di manakah anda semua? Sila hubungi saya...0124939913. Yang dah dapat ialah Rozi n Pah Zul. Norihani mana? Semoga dapat berjumpa lagi

Che Latifah

TIPaaahh! Seqodar memenuhi permintaan kaum ibu


Assalamualaikom Pah!

Tengok saja, jangan senyum pulak! Maaf kelabu asap. Hebat skaf hangpa nooo!
Duduk dari kiri: kamariah, norihani, normah, latifah, zarina, ro ro ro roziah.
Blkg dari kiri: Cg Kusno, nor azam, faizah, fauziah, jalilah, afrinah, latifah, taksiah, aishah, rokiah, Almarhum Cg M Isa.

abdullah hj hassan

DULU KITA SEBILIK KAN FUAD?


Salam semua. Khas utk sdr sebilik, aku mintak hang buat komen gambag kita lebih 30 tahun dulu. Seingat aku, dua orang abang kita tu (Roslan Sabran (Perak) dan Ahmad Hj Abdullah (Kedah) yang ajak ambil gambag ni selepas soru tengahari. Masa tu kita di tingkatan 4. Betoi ka?

abdullah hj hassan (Datuk 2 orang cucu).

Pemain Hoki Wanita di mana?

Assalamualaikum.
Saya nak cari kawan2 yang sma2 main hoki dulu...yang saya ingat Jalilah,Rosmawati..sapa lagi ek? Mostly budak2 Perak, Sekolah Ta'yah la....anda semua sila hubungi saya semula..
Dulu kalau main hoki saya selalu jadi defender, selau kena kayu hoki kat betis kan...n kena bola hoki kat mata....Pengalaman paling seronok bila jadi Juara MSSS Daerah Kelang...Teringat dulu, kita main hoki pakai seluar panjang, t shirt tangan panjang n pakai skarf, tapi sekolah lain pakai skirt pendek, kembang, t shirt tangan pendek...pasukan lawan siap perli2 kita lagi kerana penampilan kita, at last kita yang menang...Gol! ...di manakah anda semua?
Gambar pemain hoki tak da dalam simpanan saya, Majalah restu pun ntah kat mana2...

Dato Dollah Hassan, boleh attachkan gambar tu kat blog ni tak? Tentu ada majalah Restu 77 dalam simpanan KISAS kan...

Asmawi, fasal cadangan Majalah restu Versi 2.0 tu amatlah dialu2kan...tapi saya nak katakan di sini bahawa saya tak berapa ingat lah kenangan2 semasa form4&5, mungkin masa tu belum cukup umur kot...he he ..tak banyak yang boleh ditulis, banyak kenangan masa form6.

Saya juga tak lupa pada kawan2 yang pernah jadi room-mate masa form 4&5..semestinya Kamilah, Kamariah ? (Trengganu), Rabiah (Melaka), Aminah Hasan, Latipah Zulkifli..di mana anda semua? Di mana Mona?
Latipah Zulkifli, Pah Zul...syukur dah jumpa semula dalam blog ni..Dulu sebab ada 2 Latifah, kami di kenali sebagai Pah Zul n Pah Mail. Masa form 5 - form 6, adik2 kenali saya sebagai KAk IL n Kamilah sebagai kak Yie...nama2 yang glamor masa di KIK dulu tu..

Sekian dulu dari Che Latifah di Perlis Darus Sunnah-

Restu version 2.0

Dulu sewaktu kita menamatkan pengajian di KIK pada akhir tahun 1977, kita pulang membawa majalah RESTU yang ada coretan-coretan, sajak-sajak (sajak putus cinta pun ada :)), cerpen, cerpan, gambar-gambar kelas, gambar-gambar aktiviti, laporan persatuan dan segala macam lagi. Di belakang majalah ada ruangan untuk kita simpan autograph dari kawan-kawan kita, admirer-admirer kita (ye lah, orang peringkat umur remaja la katakan. Tengok la anak-anak kita sendiri sekarang!!).

Setelah 30 tahun berlalu, the photos that we saw in RESTU magazine are hardly recognizable anymore. Kalau dapat cam pun barangkali beberapa orang. Usahkan kawan-kawan sedarjah, sebilik dan sekatil (katil kita kan ada dua tingkat!), guru-guru yang bercekang mata bersusah payah mengajar kita pun ramai yang kita sudah tidak cam.

Itulah proses ketuaan. Proses ketuaan kita dan proses ketuaan kawan-kawan dan guru-guru kita juga.

Semalam saya dok bersms dengan Fuat tentang cadangan nak "compile" kan semua celoteh, catatan dan "recollection" (termasuk top hit dari Dr Noorbakry tu!!) yang ada dalam blog ini, kita pilih yang best-best dan kita edit elok-elok (oleh satu pasukan editor yang kita sama-sama pilih), lepas tu kita terbitkan dalam bentuk sebuah majalah yang cantik dan "presentable", siap dengan gambar-gambar warna dahulu dan sekarang. Kita pakai kertas yang cantik-cantik dan buat "hardcover" supaya majalah itu nanti layak untuk duduk dalam almari kaca yang cantik di rumah kita yang isteri kita beli dengan duit "kutu" adik beradik dia dua tahun lepas tu :) !!

Majalah ini bolehlah kita simpan di rumah kita untuk 30 tahun akan datang :). Nanti bolehlah kita tunjukkan kepada cucu-cucu kita "ini gambar atok masa tingkatan 5. Yang ni pulak gambar atuk masa atuk jumpa guru-guru atuk dan kawan-kawan atuk di Kelang tahun 2008 dulu. Masa tu umi dengan abah kamu belum kawin lagi! Yang ni kawan atuk. dulu dia belum Tan Sri lagi. sekarang dia dah jadi Tan Sri!".

Kosnya?? Yang ni kita kena bodek Datuk Muhabad, Dato' Fuat, Dato' Seri Bakry, Dato' Paduka Kamilah Kasim atau Tan Sri Syed Abu Hussin (orang lain pun amat dialu2kan. saya letak nama dia orang sebab dia orang dah ada syarikat sendiri so kalau nak keluarkan duit tu senang sikit la kot). Kita cari 7-8 orang yang boleh dahulukan wang mereka untuk printing dan distribution. Lepas tu kita edarkan kepada semua alumni SPM KIK 77. Selepas dapat duit, kita bayar balik kepada mereka semua tu.

Kita namakan majalah itu, RESTU version 2.0 :).

So, rajin-rajinlah menulis sekarang. Usaha ini hanya berjaya jika semua orang memberikan kerjasama dan penglibatan. Kita akan ikhtiarkan supaya setiap orang alumni KIK 77 kita menulis supaya dapat dimuatkan dalam majalah itu nanti. Gambar-gambar pun amat dialu2kan.

-Asmawi Mohamad