16 June 2009

MASA YANG BERLALU



Salam untuk semua,
Masa berlalu dengan pantas, rasanya masih baru bertemu, hari ini Naim dah bergelar bapa dan ayahnya bergelar Datuk Muhabbat. Tahniah, didoakan selamat dan bertambah ceria dengan kehadiran insan baru.

Ayuh kita teruskan dan kukuhkan ukhuwah gen77kik. Kenangan liqa' yang lalu terus mengukir seribu kenangan.



Salam ukhuwah
Wakman 5sas2kik77.

DURIAN OH DURIAN


Antara buah durian yang WM bawa dari kebun cikgu Tahir..
Datang Jangan tak Datang,,,,, rugiiiiii


Buah Durian dari kebun Cikgu Tahir,
Balik dari Ofis WM terus buka dan makan .....umh



Assalamu’alaikum wbt.
Apa khabar semua kawan2 didoakan semua ceria dan sehat sejahtera. TAHNIAH DAN SYUKUR diucapkan kepada Datok Muhabbat dan Datin Zainab yang menerima cucu sulung. Al-hamdulillah, syukur nampaknya musim durian dah tiba. Setahun berlalu kini sampai untuk genkik77 bertemu sekali lagi sempena musim durian. Petang tadi WM dah maklumkan kepada Cikgu Hj.Tahir dan beliau setuju untuk teman2 datang.
Sehubungan dengan itu, WM menjemput semua teman2 yang berkelapangan untuk datang keliqa’ Melaka pada 21 Jun 2009 bersamaan 27 J.Akhir 1430H (Hari Ahad).
dicadangkan berkumpul di rumah WM kemudian lepas solat zuhur teman2 pergi ziarah cikgu Hj.Tahir. (Tak jauh dari rumah WM).Selepas tu, kalau sempat bolehlah singgah ke Bukit Nangka, jengah cucu baru gen77kik.




Sekali lagi semua teman2 genkik77 dijemput untuk hadir ke Liqa Melaka dan di atas kesudian teman2 hadir diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, Wassalam.
Wakman insan kerdil.