28 December 2008

MAQBULKANLAH YA ALLAH!



SALAM MA'AL HIJRAH UTK SEMUA!

DOA



SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1429
KULLU 'AAMIN WA JAMI'UL MUSLIMIN BIKHAIR!
ALLAHUMMANSURIL ISLAMA WAL MUSLIMIIIN!

Liqa' kecilan di RR Serdang

Assalamualaikom geng!
Semalam berlaku liqa' kecilan di RR Serdang. Yg hadir aku, mem, Vet, Nusi sekeluarga.Sebelum tu ingat nak bawa Nusi pi ziarah MNY, tapi MNY memecut ke Utara kerana urusan keluarga. Sebelum buka sekolah MNY nak ke KT menguruskan perpindahan sekolah anak bongsunya yg akan bersekolah di sana, Kemungkinan semasa liqa' KT 10 dan 11 jan nanti, sahabat2 boleh bertemu beliau di sana. Keadaan beliau setakat ini AlhamduliLlah, semakin cergas. Bersama kita doakan semoga semua geng kita sihat wal'afiat dan bersemangat kuat utk berhijrah ke arah yg lebih baik dan diredoi Allah Ta'ala!Happy new year semua!

Kak Teh, mem I sibok melayan cucu2 pulak dah. Pagi ni depa pi pasar tani S Alam.Yeaahoooo...

Disertakan sedikit lagu katak buat halwa telinga! Ma'af kalau kurang sedap suaranya. Sekarang ni musim angin timog, kata orang utara. Jadi ghengkong keghin, suara pun seghak semacam je!
Nanti Vet akan balas pertanyaan Kak Teh!
OM, dah buat survey?
Weldan mungkin akan join sama.
Mawi, semoga ayahanda tercinta dipeliharai Allah!Wassalam.