17 February 2008

Gambar2 di TG Corner

Belakang: Nasir Lok, Fatlillah, Ammar, Roshidi, Azhan, Husin, Fuat, Ismail Hassan dan Datok Dollah
Depan: Zubir Rashid, Normah Ibrahim, Latifah Zulkifli, Datin Nik

Fatlilah, azhan, khalil dan fuat - kenyang dah - di Sri Iskandar

Di Sri Iskandar: Datuk Lah, Azhan, Rosidi (Uncle) dan Nasir (Lok)
Fuat dan keluarga. Ismail paling tepi Ustaz Mohammad Abd Rahman mempengerusi sesi taaruf, Ismail dan Husin teruja sangat mendengar jalan hidup Mohd
Kiriman Roshidi Ismail

pilihanraya dah dekat... mengundi di mana?


Checking to :
Assalamualaikom teman@

Hari mengundi dah dekat, hangpa dah check ka? Ana dan bini ana dah check dah.

Selamat menunaikan tanggungjawab! Kita semua dah boleh mengundi jika dah mendaftar.


FIELD DESCRIPTION
IC Number : 590730025115 / 5773806
Name : ABDULLAH B HJ HASSAN
Birth Date : 30 Jul 1959
Gender : LELAKI
Locality : 111 / 50 / 09 / 002 - LDG TREMBLYBC
Polling District : 111 / 50 / 09 - LADANG HIGHLAND
State Assemblies : 111 / 50 - SRI MUDA
Parliamentary : 111 - KOTA RAJA
State : SELANGOR
Record Status : THIS DATA IS ONLY FOR ELECTORS ROLL CHECKING
For further information ,please email us :info@spr.gov.my

Semalam, Hari Ini dan Esok

  • Dok ceghita-ceghita ni ingatan saya tak la tara mana pun, cuma kita ni kadang-kadang ada perkara-perkara tertentu yang melekat lama dalam ingatan. Lebih2 lagi sesuatu yang lebih kita suka atau sesuatu yang paling tidak kita suka. Satu lagi mungkin sebab saya ni tak banyak cakap {dulu; sekarang ni tak la kot :) }, jadi banyak benda dok simpan saja dalam memori.Bila sampai masa boleh keluar, dia mencurah-curahlah! Jangan sampai orang bosan sudahlah!

    * Satu hari waktu ambik anak bongsu balik dari sekolah, saya tunggu di luar pagar. Tiba2 saya tersedar tapak tangan anak saya betul2 dok bergoyang-goyang depan mata. Dia kata dok panggil dan lambai2 kat saya sejak dari dalam kawasan sekolah lagi, tapi saya tak respon apa2. Bila suami saya dengar dia kata; ”Kadang-kadang ada di dunia ni ka di dunia mana tak taulah!”
    * Kemarin dulu lepas mengaji bersama orang2 pencen di masjid , suami saya terpaksa tunggu lama sebab saya tercari-cari selipar. Rupanya masa nak datang saya menyarung selipar dalam keadaan tidak sedar.Bila nak balik saya mencari selipar yang saya biasa pakai. Mana nak ada, saya pakai selipar lain! Lama baru jumpa.


    Itulah saya, sejak dulu selalu dalam keadaan ’unconcious’ :) dan kini faktor usia menyebabkan adakalanya bercita2 nak buat macam-macam tapi keupayaan sudah semakin terbatas. Dan,saya selalu berdoa kepada Allah SWT supaya di hujung2 usia tidak ditimpakan penyakit nyanyuk. Takut menyusahkan anak-anak. Mudah2an mereka tidak jadi berdosa kerana kita.

FarahDina

KUE BAKAQ


Balik dari kampung lepas Raya , saya masuk ke bilik Che Pah. Dia bawa keluar bekas kuih dan hulur kat saya sebiji biskut. Saya belek2, cantik, warna putih berbelang pink,bukan kekuningan macam biskut biasa. Kata Pah; ”Kue bakaq tak jadi!” Saya pun rasa; manis, rangup dan rasa tepungnya lain. Kuih tak jadi tapi sedap!

Bila balik kampung, saya tolong (tengok ja) Tok saya buat ’kue bakaq’( kuih bangkit).Masa tu tiba-tiba terfikir-fikir; apa agaknya resepi ’kue bakaq tak jadi’ Pah hari tu.Kurang apa? Lebih apa? Saya terasa macam nak try buat kuih bakaq tak jadi tu. Tapi, takkan lah saya nak rosakkan kue bakaq Tok saya ni pulak. Akhirnya saya tersenyum sendiri !

Kadang-kadang kita merancang, ia terjadi seperti apa yang kita hajatkan.. Alhamdulillah, kita gembira, Allah SWT memperkenankan doa kita. Ada masanya, kita merancang tapi ia tidak terjadi seperti yang diharapkan. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui . Dia tahu bahawa apa terjadi itu lebih baik dari yang kita hajatkan. Bagaimana pun ia terpulang kepada kita sendiri untuk mentafsirkan apa yang berlaku mengikut persepsi sendiri.

FarahDina

Doa untuk Yang Arif

Nampaknya Yang Arif kita ditimpa insiden silih berganti dua tiga hari kebelakangan ini. Dahlah beliau tidak berjaya mendapatkan visa keluar pada hari Jumaat yang lepas sewaktu kita mengadakan makan malam ringkas di Restoran Anuar Kg Bharu dengan kawan-kawan lama termasuk Halimon dan Dr Fauzi Ahmad. Hari Sabtu, semalam, kalau saudara/saudari tengok gambar beliau di AGM Alkis dengan Dato Dollah, ibu jari kiri beliau jelas berbalut. Beliau terluka sewaktu membersihkan akuarium di rumah beliau, dan dalam kesakitan luka tersebut, masih mampu menghadirkan diri di mesyuarat agung Alkis tersebut.

Pagi tadi beliau sms saya jam 8.23 pagi memaklumkan bahawa beliau tidak berapa "fit" hari ini kerana ditimpa insiden sekali lagi. Akibat keuzuran tersebut, beliau terpaksa menguzurkan diri dari menghadiri majlis di rumah abang Ajis, abang sdr Mustafa Mohd Nor kita, di Kelang hari ini. Alhamdulillah, beliau agak bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan serius akibat insiden tersebut.

Doakan kesihatan yang berkekalan untuk Yang Arif kita ini. We need you to be fit and healthy all the time. Kalau tidak, siapakah nanti yang akan mengadili kes-kes kegawatan moral dan agama masyarakat kita sekarang! Don't be too harsh on yourself. If extra help is needed, maybe Kopi Saidi will be able to help. Dato Dollah can attest to this. Tanyalah beliau sendiri.


-Asmawi

p.s.:
Yang Arif, aku pernah terkena lebih kurang macam hang kena, tapi jauh lagi sakit wooo. Ibu jari kiri aku terkepit celah pintu kereta bulan lepas. Sampai sekarang lebamnya masih ada. Kau kira jauh lebih bernasib baik, sebab bukan kena pintu kereta.