Selepas Zohor, saya bertolak bersama isteri ke Muar. Sebelum itu saya mendail Mawi, menulis dlm blog & egroup, mendail WM, tapi tiada jawapan. Hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan. Di beberapa tempat terdapat beberapa kemalangan mungkin kerana jalan licin. Saya melihat beberapa buah kereta diangkuttarik.
Sampai di Seremban, WM menelefon. Saya terus mengajaknya ke Muar. Wak Man bersetuju dan akan menunggu di Tol Air Keroh. Sampai di Air Keroh, WM dah ada. Kami menuju ke Muar. Banyak perkara yg kami bualkan. Saya tidak berapa tahu jalan2 di kawasan Muar. Tetapi dengan adanya WM, usaha mencari rumah keluarga Mariam menjadi mudah. WM ada kenalan yg tinggal di situ. Setelah memasuki jalan Kosai, kami singgah di sebuah surau untuk solat Asar. Selesai solat, kami menuju ke rumah Mariam. Terima kasih WM kerana telah banyak membantu kami untuk sampai ke rumah yang dituju. Tanpa WM bersama mungkin esok pun kami tak boleh balik lagi.
Apabila kami sampai, keluarga ayah dan ibunya sedang bermesyuarat. Saya dan Wak Man hanya duduk di luar sahaja menunggu mereka selesai. Kami mengucap takziah dan meminta Mariam dan adik beradiknya bersabar.
Sebenarnya pada tahun lepas, sebaik sahaja selesai ujian percubaan SPM Mariam meminta kebenaran dari saya untuk pulang ke rumah untuk menjaga ibunya yang terlantar di hospital kerana menghidap barah. Saya membenarkannya kerana Mariam seorang pelajar yang sangat baik budi pekertinya. Beliau seorang pelajar yang bijak dan dijangka akan menjadi seorang pelajar terbaik. Selesai peperiksaan SPM, ibu Mariam telah kembali ke rohmatuLlah. Iaitu pada 22 Dis 2007 (Sabtu). Hari ini 22 Mac 2008 (Sabtu), ayahnya, iaitu seorang guru (Penyelia Petang) Sek. Men Bakri, Muar, Johor, telah kembali ke rohmatulLah! Semoga mereka tergolong dalam ahli2 Syurga. In Sya Allah.
Pulang dari Muar, WM mempelawa untuk singgah di rumahnya. Selesai solat Maghrib, kami dijamu dgn masakan mee goreng Jawa yang sungguh enak. TQVM kpd isteri WM yang sangat pandai memasak. Saya menambah kerana memang sedap. Tambahan pula perut pun dah lama kosong. Selepas Isyak, kami ke Melaka untuk mengambil kereta WM yang ditinggalkan di Air Kroh. WM banyak menceritakan berkenaan rumah kawan2 dan Cikgu Tahir. Saya meminta WM menelefon Kak Timah untuk singgah di rumahnya, tetapi tiada jawapan. WM menelefon Mohabat, dan kami berjumpa sekali lagi di sebuah Bistro dlm kampung di Durian Tunggal. Selesai makan dan berbual, kami berpisah. Saya menghantar WM untuk mengambil kereta di tol Air Keroh. Saya tidak tahu samaada WM pulang terus ke rumahnya atau sambung menjalankan tugasnya di malam minggu! (Bakri tahu bebenor). Saya terus memandu ke Klang. Orang sebelah berdengkur keseorangan. Saya menekan pedal minyak dan kami sampai di Klang hampir jam 1.00 pagi.
Semoga ALLAH Taaala mencucuri ibubapa kita, guru2, sahabat2 kita yang telah kembali ke rohmatuLlah dengan segala keredaan dan keberkatan! Aaamiiien!
-genghiz
-genghiz