Saya baru saja join grup maya alumni Kolej Islam yang diberi nama ALKIS di yahoogroups minggu lepas.
Dalam ramai-ramai ahli grup tersebut, tidak ramai yang saya kenali. Hanya beberapa kerat seperti Puaad (Pahang) dan Yusuf Embong yang saya cam.
Puaad sekarang bertugas di Perbadanan Pembangunan Bandar- UDA.
Dari situ, saya terperasan gambar Shaarani Ismail, budak Kedah yang belajar di tingkatan 5 sastera tahun 1977 tu. Sekarang beliau bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam.
Setelah menggodek arkib2 lama email di dalam diskusi grup tersebut, saya perolehi nombor HP Shaarani. Lantas saya hubungi beliau untuk memperkenalkan diri. Setelah yakin bahawa beliau juga mengenali saya**, kami menamatkan perbualan.
Dua tiga hari selepas itu, ie, sehari sebelum raya haji, saya menerima panggilan dari Fuad Azahari. Beliau menetap di Kedah sekarang.
Menerusi Fuad, saya dapat hubungi beberapa rakan lain seperti Padzilah Said, Jalilah, Anson, Roshidi Ismail dan Weldan Che Kob.
Hari Jumaat lepas, Weldan drove all the way from Bentong, tempat dia menetap sekarang, untuk datang ke KL bertemu kembali setelah menghilang selama 30 tahun!!!
Dari Weldan timbul idea untuk mempertemukan semula, face to face, semua ex KIK batch 1977. Pada mulanya Weldan mencadangkan supaya dihadkan kepada rakan sekelas untuk memudahkan kerenah logistik mempertemukan semula bekas-bekas pelajar KIK ini.
Setelah berbincang dengan Fuad Azahari, timbul cadangan supaya ia diperluaskan kepada semua pelajar tingkatan lima tahun 1977, tidak kira dari aliran sains atau sastera.
Dan sebagai langkah pertama ke arah mempertemukan semula semua bekas pelajar Tingkatan Lima KIK tahun 1977, Fuad mencadangkan supaya blog ini diwujudkan sebagai "assembly point" untuk mengumpul seramai mungkin bekas-bekas pelajar berkenaan yang sekarang bertebaran di seluruh pelusuk negara.
Selamat bersilaturrahim!
(**lepas tu baru saya tahu rupanya Shaarani pura2 kenal saya. Bila dia ceritakan perkara ini kepada Fuad, dia kata : Asmawi budak Pahang yang sekelas dengan hang! Which was not me. Dia terkonfius dengan Ahmad Samawe, yang memang asal Pahang, dari Tingkatan 5 Sastera, dan sekarang kabarnya bertugas dengan Kastam di Pahang)