30 December 2008

Tirai 2008 Gen77kik
















Tahun 2008 hampir melabuhkan tirainya, blog genkik77 dah setahun lebih usianya. Lebih kurang 877 tulisan terpahat diblog ini. Di awal tulisan semuanya menceritakan kisah-kisaah lama di kik tahun 1976-1977. Sungguh indah bila diingat dan dibaca ukiran kisah-kisah tersebut. Namun tulisan-tulisan dan pahatan lama sudah tidak timbul lagi, mungkin semua terasa telah terungkai satu demi satu. Lebih-lebih lagi ukiran banyak dipahat di alam maya. Sebenarnya banyak lagi ukiran-ukiran antik yang masih belum ditimbulkan samada di blog mahupun di alam maya. Ada teman-teman yang masih terus menyimpan khazanah ternilai untuk dikongsi sama dalam ikatan ukhuwah genkik77.
Perlu juga ikatan ukhuwah ini diperkukuhkan lagi dengan ukiran-ukiran bermakna dan berseni disamping celoteh dan usikan tawa riang teman-teman.Justeru itu, jangan biarkan blog ini berirama sama sedangkan zaman dan tahun kian berubah.


HIJRAH yang lebih luas, lebih bermakna, JIHAD yang padu dan bertenaga.PENGORBANAN yang berterusan .

Selamat Tahun Baru 1430H & 2009M.
Salam dari WM, (5sas2kik77)
insan kerdil.


maafkan kami

Assalamualaikom!
Khusus buat kaum HAWA gen77kik!
Di penghujung 2008, menjelang 2009, maafkan kami kaum ADAM gen77kik terutama yg selalu muncul dalam maya nih! (DUTCH LADY ANSON, MUNA, CHE PAH, KAK TEH, NEFERTITI, ROZIAH, PADZILAH, FARAHDINA, TIMAH, JALIYA, BINI AKU dan lain2 lagi YG TAK tersebut)
Didoakan semua kita sentiasa beramal kebajikan, mencari bekalan dunia dan akhirat, diberkati hidup oleh Allah Ta'ala, murah rezqi, sihat walafiat, ceria dan berbahagia di usia emas!
Heppi new year!

HIJRAH ITU PERSAUDARAAN











Tahun ke 49 kelahiran Buyah
Kampung ku Indah & menawan
Assalamu'alaikum wbt.
Syukur Alhamdulillah, kita semua diberikan kesempatan menyambut tahun baru 1430H, Selamat Menyambut Tahun baru 1430H. Terlalu banyak kiriman SMS yang WM terima, Sukran kepada teman2 yang sempat mengirim. Antara lain kiriman SMS ialah;
Dari KK ke pekan Basrah, singgah berehat di Padang Balang, Selamat menyambut 1430H, Bersama Menjana Ummah Gemilang.

Ya Allah Peliharalah saudaraku ini, Kuatkan Kakinya di jalanmu, Kuatkan jasadnya dengan rahmatMu Kuatkan rohnya dengan rohMu, Buatkan ia tersenyum hingga disyurgaMu…., Salam Maal Hijrah 1430H”.

May the Muharram bring you and your love ones happiness, prosperity, good health, wealth and peace throughout the year

Jika kesilapan semalam belum terampun, “MAAFKAN LAH, Jika kesilapan hari ini menyakitkan, LUPAKAN LAH. Jika kesilapan esok mendatang, harap janganlah di bawa ke AKHIRAT. SELAMAT MENYAMBUT AMAL MUHARRAM 1430 DENGAN CEMERLANG.

Ya Allah seketika di tahun baru ini, insyaAllah muncul hari baru yang ceria.Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwanya.Makbulkan cita2nya yang murni.Amin Ya Rabbal A’lamin.Salam Maal Hijrah.

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujisan yang terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis.Peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan. Selamat Tahun Baru 1430H sama2 kita akhiri 1429H dengan doa dan mulakan tahun baru 1430H dengan doa. Mudah2an kita semua mendapat rahmat Allah.
"
Setitik embun di atas daun jatuh ke bumi laksana hujan, dosa bertimbun mohon diampun, terpetik khilaf mohon dimaafkan...”SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH, MAAF ZAHIR DAN BATIN”.

Jadikan jalinan ukhuwah antara kita terbina persis untaian tasbih. Ada awal bacaannya tiada penghujung. Dibentuk untuk mengingatiNYA, dicantum kerana cintaNYA, diratib semata2 kerana redhaNYA, Menitis airmata tika merasai kemanisanNYA. Semuga jalinan ini kekal dan dirahmati ALLAH swt. SALAM MAAL HIJRAH 1430H. Semuga Allah pertingkatkan iman dan amal kita, sejahtera dan ceria selalu dalam rahmat AlLah swt.Hadapi apa jua dugaan dan godaan berserta iman dan taqwa.

Sempena 1 Mharram 1430H doa kami buat yang membaca SMS ini, Ya Allah Ya Tuhan kami sinarilah dunianya, iringilah setiap langkahnya ke arah jalan yang Engkau redhai, berilah segala yang terbaik buatnya dan ahli keluarganya hari ini esok dan selamanya, Aminn.
Teman2 yang disayangi semua, marilah kita manfaatkan pertalian ukhuwah ini dengan teguh dan berkekalan. Bukan kerana harta atau kedudukan tetapi hubungan persaudaraan Islam yang syumul, Tegur menegur, ingat mengingat agar semuanya membawa keberkatan. Didoakan semua teman2 beroleh kesehatan dan kesejahteraan. Tahun baru masehi 2009 pun hampir menjelma. Ayuh ! muhasabah
salam Maal Hijrah dari
WakMan.