31hb Mei 2008
Di bulan Januari atau Februari tahun 1976 kita, dengan ditemani oleh orang tua atau abang kakak atau saudara mara, melangkah masuk ke lingkungan pagar sebuah sekolah yang amat asing bagi kita, walaupun namanya pernah kita dengar sebelum itu.
Kita bertemu dengan pelajar2 lain yang datang dari pelbagai negeri yang tidak pernah kita jejaki langkah kita sebelum itu.
Disitulah kita membena jaringan persahabatan yang baru. Pagi petang siang malam kita bersama2 dengan kawan2 baru kita tahu. Dua tahun lamanya kita hidup begitu. Sebilangan besar kawan2 kita bernasib baik kerana mereka dapat berada di situ selama 4 tahun.
Kemudian setelah itu, selama 31 tahun, kita membawa diri masing2. Kita tidak llagi bersama dengan sahabat2 yang pernah kita harungi kehidupan harian bersama mereka semasa di Kolej Islam. Demi memburu kehidupan, kesibukan membina keluarga dan kerjaya, kita lupakan persahabatan 31 yang silam.
Sekarang kita merancang untuk bertemu semula dalam satu Grand Reunion di Kolej Islam tercinta. Syukur Alhamdulillah, masih sempat rupanya untuk kita bertemu semula walaupun sudah begitu lama terpisah. Tentunya pertemuan setelah 31 tahun akan menjadi pertemuan yang mengharukan.
Marilah sama2 kita datang meraikan pertemuan bersejarah ini, kerana kita tidak pasti, dengan usia kita yang semakin bertambah, samada kita akan diberi peluang oleh Allah untuk bertemu lagi selepas ini.
Marilah, sebab kita tidak tahu, entah2 31 tahun lagi baru kita akan bertemu lagi.
Marilah, kerana kita tidak pasti, bilakah kita akan mengikut jejak langkah kawan2 kita yang sudah tiada.
Marilah, demi Kolej Islam tercinta. Kita pupuk kembali kenangan silam. Mudah2an kenangan itu dapat kita ungkapkan kembali kepada anak cucu kita.
Marilah semua kawan2.
25 May 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)