01 June 2008

DGN TALI ALLAH KITA BERSILATURROHIM!

'FASTAQIM KAMA UMIRTA'
-genghiz


Gambar2 Liqa Nasional 2008 SIRI 2

Koleksi gambar siri 2

Gambar2 Liqa Nasional 2008

Sila klik di sini

TERIMA KASIH SEMUA!

Assalamualaikom wr wb!
AlhamduliLLah, Liqa' Gen77 KIK telah berlangsung dengan kerjasama erat semua sahabat sejak ianya mula dirancang sehinggalah selesai. Selaku pihak yang diamanahkan untuk mempengerusikan majlis tersebut, kami AJK mengucapkan setinggi tahniah, terima kasih dan penghargaan kepada semua yang melaksana, membantu dan menghadiri Liqa Nasional. Tanpa kerjasama dan sumbangan dari semua pihak tentu ianya sukar dilaksanakan.
Terima kasih kepada para guru yang menyahut jemputan, memberi kata2 nasihat dan sudi menerima cenderahati yang tidak setinggi mana nilainya. Kedatangan para bekas guru telah menyerikan lagi majlis tersebut.
Jutaan terima kasih kepada En Sakni dan Rozi yang bertungkus lumus mengetuai urusan penyediaan dan memasak briyani gam special kepada semua yang hadir.
Terima kasih kepada para suami, isteri dan anak-anak ahli gen77 yang turut bekerjasama dan menghadiri majlis ini.
Terima kasih kepada sahabat2 yang datang lebih awal dan membantu penyediaan majlis. Komitmen semua sahabat sukar untuk dibalas dengan ucapan tahniah dan wang ringgit.
Tahniah kepada Sdr Syed Abu Hussein atas sumbangan dan bantuan yang diberikan!
Terima kasih kepada semua kawan2. Kita semua berdoa semoga usaha ini direstui Allah Taala dan menjadikannya antara amalan kebaikan demi memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama kita.
Didoakan semua yang hadir akan sampai ke destinasi dengan selamat dan sejahtera.
Sebarang kelemahan dan ketidaksempurnaan kami melaksanakan Liqa ini, terlebih dulu kami memohon berbanyak kemaafan. Semoga kita dapat bertemu semula dalam kesempatan2 yang lain!
Sekian, Wassalamualaikom!
01.06.08