20 January 2008

Jeng jeng!!!

Saya dapat nombor Md Zain Jusuh dari Hj Deramang pagi tadi. Saya agak sibuk sikit hari ni. Anak ramai maklumlah, so tak dapat call dia awal2 tu.

Petang tu si Fuat hantar message kata dia dah dapat contact Jeng. Yang mengharukan ialah ayat Fuat "Tak ada kawan yang tak teruja bila dapat call setelah 30 tahun".

So saya terus call Jeng lepas tu jugak. Dia kata dia amat gembira dapat call dari Fuat. Dan dia masa dia dapat address blog dari Hj Dramang, dia kata dia hampir menitiskan air mata bila tengok gambar lama 5SC1 yang Padzilah hantar tu.

Dia kata selepas tengok gambar-gambar terbaru, dia lagi gumbira! katanya kebanyakannya masih tak berubah. Ada ke patut dia kata "aku tengok dahi mu luas macam dulu lagi". hahaha!!

Sekejap tadi Jeng mintak password dari saya. Tak sampai 10 minit selepas saya berikan password, tup tup tulisan sulung beliau sudah terpapar di blog. Tak sangka Jeng begitu canggih. Dalam diam-diam, tanpa kena ajar itu ini, dia dapat publish tulisan dia untuk tatapan kita semua.
Alhamdulillah. Blog kita ni semakin hari semakin rancak. Untuk makluman semua, akses hari ini adalah yang terbanyak dalam sejarah, melebihi 80 orang. Banyak tu! Dan setiap akses tu masa dia lama-lama pulak tu, menunjukkan betapa perhatian kita terpaku kepada tulisan dan paparan yang ada di dalam blog. Selepas 30 tahun memang banyak cerita yang nak ditulis dan banyak cerita dan gosip yang nak dikongsikan. Akses paling lama ialah selama 145 minit dan membaca 59 halaman dalam blog ini. Tak boleh cakap dari mana dan siapa :). Mak aiii...145 minit tu lama oiii. tak terbuat kerja lain la.

Wassalam.

-Asmawi

Jeng dah datang~~

Inilah family ku....
Assalamualaikum W.b.t...
Sy sekarang berada di kampung sendiri,dungun,terengganu..
menumpang crik makan dgn TM...
dah lebih kurg 20 tahun sy bkerja dgn TM...
Sy mempunyai 5 org anak.... Sy sertakn sekali gmbar family...Ni gmbar mase raye aidilfitri...Seorg lag ank gue beraye di laut...kesian kn..
Sape2 yg ingin ke pntai dungun,jemput lah dtg ke rumah..
Rumah sy dekat dgn pntai...boleh mkn keropok,sotong goreng,ikang celup tepung...
kalau nk sembang boleh la contact no sy...013-9309237...Sy dah dpt cntact kamal daril,fuad,asmawi..Yg lain sy x dpt cntact lag..terime kasih asmawi sbb blog ni..
Anyway,ni sahaja dlu dr sy...Semoga kamu semua mengingati sy selalu..Harap dpt berjumpe insyallah..jeng~~~
Mohamad Zain Jusoh~
TM Dungun,terengganu~~

Nostalgia KIK, Part 5

(Catatan: aku rasa semua orang dah jadi addicted to siri soap opera Noorbakry ni. Kalah "Mutiara Hati" or "Friends"- Asmawi)

Saidi kadir;

Syabas di atas kegigihan sahabat2 menjejak kasih mencari rakan kita ini yg dlm kesusahan. Moga usha murni ini akan membuahkan hasil ,gua tabik diatas net working ini. Aku rapat gak. Maklum ler sebelah kelas.

Mohabat;

Cikgu fizik tu namanyer Lau Ah Kaw. Mohabat ni kawan sek dari Melaka lagi.Nama dia pelik sikit, memang bleh ingat. Ada pengaruh Hindustan. Aku save nama dia pun as Mohabatte, mcm tajuk film lak. Siapa yg nak gi holiday/umrah kena contact dia, selalu contact dia tp tak nah jumpa, dekat tapi jauh.

Naim;

Hang jgn buat lok lak. He3, aku, halimon, kamal daril dtg dari sekolah sama.kami memang rapat. Lepas spm, dia gi UKM sabah, budak kg dia kawan aku, dengar jer cerita dia, tp tak pernah jumpa. Maklum ler cuti raya pun tak sama, berselang seli ngan rumah mertua. Abg angkat dia, Hassan md amin, aku pernah jumpa di SUK Selangor. Nama nick aku bawang j(hang tanye dia knapa) sbb harga bawang mahal masa tu. He2.

Fatimah Hassan;

Klas mate aku ni memang nampak mature dan serious jer.Sama ler dgn Mardiah. Tp baik hati. Jadi kami kurang ganggu dia.Memang aku tabik usha n contribution yg dia buat untuk membantu kebetulan dgn post yg dia pegang. Pic yg kau hantar tu saja jer aku hold dulu, bagi ler kekawan kita yg lain hantar, any way TQ di ats usha kamu. Nanti kalau dpt menantu jgn lupa invite aku, Cikgu sushama bawa gambar klas semasa kita kita gi rumah bapa dia di Jeram. Aku ada 1/2 jer gambar tu. Tp best gak tengok gambar masa posing dlm n luar rumah dia. Memang nakal2 jer budak lelaki masa tu. Nanti aku nak minta cikgu scan pic tu. Hassan golek,dolah, azimi(lecturer UIA), dollah kecik,hamzah,zubir,salabiah,lok,khalil,Husni, etc. memang masih dlm ingatan .Nanti kita cari nama depa yang tertinggal. Siapa yg tak ingat Dr Husni cuti 1 minggu pasal mushibah melanda bapa dia semasa flight di Thailand. Husni ni memang soft spoken, sama ngan Dr fauzi, sebab tu ler layak jd Dr/pakar bius. Kalau aku dah banyak yg tinggal nyawa2 ikan jer.

Rahmang;

Pic Fatimah tu sebahagian dari lawatan Cameron Highland, kita melawat teh boh.lepas tu rasa tak nak minum teh sebab depa dok sapu atas lantai. Ramang ni memang comel, mcm cerita paradise island, ‘the plane’, ‘the plane, betul gak lepas tu hang terus jd flight engineer ek.masin gak mulut depa.

Mawi/Fuad;

Sms mlm2 ni bahaya. Wife kita punyer cemburu bertambah kuat. Maklum ler umur kita baru jadi 7/8 tahun jer( kalau kira life begin at 40).he2. Kita ni lebih kurang anak kita sekolah standard 1 or 2 jer. Apa pun minta2 wife understood, kawan sek. Lama.

Datang KIK;

Mula2 nak datang kik dulu, kawan kata banyak gagak, mcm lagu alice sound, kalau nak tengok gagak, kita pergi bandar kelang. Kan lepas makan, kita tengok kat tempat buang sampah tu, ada 5/6 ekor gagak dok stand by jer.Bunyi depa sesekali best gak dengar.Aku ingat lawatan amir Kuwait (kalau tak silap), kita berkumpul dlm dewan, mula2 pengetua berucap, pas tu ustaz zainal lak. Ucapan dlm arab, faham sikit jer, yg aku tahu nak mohon dana, Lepas tu lulus . dapat bena audoturium (depan library) dan dewan besar.Rasanyer dapat gak merasa jap audoturium tu.Masa outing, kita jln kaki jer, jln short cut,ikut railway tract,lalu blakang quarter polis, cross jambatan, laluan beca kat bawah, dah sampai klang.

TV hitam putih.

Aku ingat tengok tv hitam putih, tv tu kat ground floor, Waktu final badminton piala Thomas,ramai sgt org, so tv tu terpaksa letak luar, antara blok C n tembuk berlin warna hijau.Misbun dah lead 13 kot (kalau tak salah), pas tu rubber game dia pancit.ramai yg frust giler,pas tu minum kat gerai pak Ali, mlm tu semua sold out.Gerai ni popular sebab jd tempat pas2/kirim barang antara blok girl n boys. Siri keluarga si badul best gak. Masa tu dia baru menang bakat TV. Waktu petang, sbb kita pakai kain jer masa tu.lagi pun bilek aku no 7, tingkat bawah, terdengar jer riuh rendah. Bersusun ke atas sampai penuh anak tangga.

Majlis Kahwin anak dollah n mahizan kita serang ramai2, aku risau hang kena standby extra lauk.Sesiapa yang sampai dulu/stay overnite di kl, kita calling2.Rahmang ,kamal dah confirmed nak dating.

wassalam

Bakry

Mustaffa/fuatazhari/ dll, hang semua dah pencen menulis ker, menghilang kat mana?.nanti kita menjejak kasih untuk mu lak. He2

Latest about Saidi Kadir , Nak gi rumah Pn Mahizan & jumpa di KIK pada 1 Feb 2008 malam

A'kum ...Hj Dramang Trg lagi
1. Pasal Saidi Kadir.
kalau sapa2 ada no ic dia kita boleh trace ikut JPN atau saluran mengundi.Ana dah call Zaidah adik dia,gi rumah msk dia (nanti khamis ana akan singgah lagi on the way nak jumpa kamal daril & cari Ini.), dok buleh trace lagi setakat ni.Pagi tadi jumpa polis (yg dia pernah datang jumpa 2 tahun lepas)kawan lama kami mintak dia tolong trace jugak.Kalu sapa nak kenal rumah mak dia depan kedai nasik ayam di Kijing, Marang.

2. Pasal nak gi rumah Pn Mahizan
Ana sudah kecek Md Zin & Kamal Daril untuk pergi hari jumaat 1 Feb (takut dok jumpa jalan-dah 31 tahun tinggal). Jangka sampai petang jumaat. Mintak tolong Pn Mahizan dapatkan rumah tumpangan ke/hotel ke/home stay ke/ biar dekat KIK. kalau tak dok jugak kita borak2 dikik & tidur masjid sultan sulaiman (mengenang memori).Harap sahabat datang ptg/malam sabtu kita peluk2 (yg laki2 shj).takut hari sabtu dok dang!.

kalu sapa nak tompang dari dungun ke Kik ada lagi se tempat kosong.Ana drive.mem dan keja put asite kejap.

3. Sahabat2
terima kasih lah ya, sapa yang sebut nama ana, sms & call ana.Yang saya tak sempat jawab miss call tu saborlah ya.nanti datang kik 2/2 habis lah rindu tu.

wassalam.

SDR ZAIDI KADIR........ KAMU DI MANA?

Ni gambag famili aku semasa anak sulung kawin Ogos 2005 dulu. Di Dewan Waqafan inilah juga majlis pada 2 febrayer 2008 nanti akan diadakan.

Assalamualaikom semua!

Setakat laa ni, bini aku tak dapat kesan di mana Sdr. Zaidi berada. Pagi ning bini aku dah kontek adik Zaidi yg tengah buat Sarjana di UPM, tapi beliau pun tak tahu di mana Zaidi berada. Kabornye terakhir Zaidi balik Marang (rumah ibunya) ialah pada eidulfitri lepas. Keluarge Zaidi juge dok dapat nak kesang nombo hok die beghi. Jadi kita tak tau di mana Zaidi le ning. Aku sughoh bini aku tu telipong Che Ku Mohseng kalau2 die tahu, tapi die pong due kali lime dok tahu jugok. In Sya Allah, kita semua pakat2 caghi na!!!


Okey, Sdr Mohabad, tolong ajak kawan2 yang ada di Melaka tu mai sini 2hb depan! Hang angkut Mail Ma'un, Md Nork Baba, Afrinah, Hapinah Samah, Ripin dll. Kalu tak muat, hang pinjam kegheta lembu kat tepi formosa tu (jangan cughi). Mat Nork Baba ada lesen, boleh bawak. Ingat, jgn lupa bawa Tuan Pencegah Maksiat kita, Rahiman Bani. Aku peghingat saja. Kalau naik kegheta tu, mesti ikut highway. Boleh sampai cepat. Aku nak pinjam sat nak aghak pengantin. Apa macam? Harap tidak menghampakan!


Berani Krn Benar

assalamualaikum...


Pn.Ini Chik


ptg 17.1 saya kontek Pn.Ini Chik dr no.hp yg saya dapatkan dari sdr asmawi.Dia mempunyai 5/6 orang anak(i tak ingat dah).Katanya dia suri rumah sepenuh masa dan ada buat perniagaan kecil-kecilan.Untuk pengetahuan semua,pn.Ini Chik ni adalah kakak angkat kepada SI Azhan Azmi(mana dia ni,missing lg)Setiap kali cuti penggal persekolahan setelah balik dr kg.si An(azhan azmi) pasti akan menerima buah tangan dari kakak angkatnya ni.Biasanya telor penyu la...Tak tau plak mcm mana dia org ni boleh beradik-adik angkat pulak sedangkan kami sama2 dalam satu kelas 5sc1.Yang kami tahu.si An panggil Pn.Ini kita ni dgn panggilan...kak dan nampaknya pn.Ini ni pun selesa dgn panggilan itu.Untuk semua kawan2 Pn Ini Chik sampaikan salam dan rindu utk semua


Pn.Salahiah Dahaman


sampe ari ni tak bunyi apa2pun dr puan kita ni.Tapi malam 12 hb iaitu sehari lagi kita nak ber reunion kat Kelang saya ada menerima satu panggilan telefon dari suami Pn.Salahiah.,Tn.Fauzi Abdullah.Naik cuak jgak saya bila tiba2 tn.fauzi telefon saya malam tu sbb sebelum tu kan

saya ada tulis pase dia orang dlm blog kita.Terus saya mtk maaaf kut saya terkasar bahasa atau buka tembelang dia org masa kat KIK.Tn.Fauzi kata memang dia nak marah saya dan dia memang cukup cemburu sekrg ni kat kita sebab selepas saya bercakap dgn isterinya dan memberitahu tentang blog kita,isterinya sudah kurang berborak lg dgn nya.tinggal dia dgn anak kecil nya sj berborak atau makan bersama.Isterinya asyik mengadap komputer saja...kata nya.

Atas sifat geram dan cemburu sangat2 tu,Tn.Fauzi kita dengan berbesar hati menjemput kita semua 'ber reunion' dirumah dia d taman Putri Jaya Bertam(terlupa gak),Bertam Kepala Batas.

Tn.Fauzi kita akan sponsor semua(tambang dan penginapan kena tanya sendiri)


Hj.Abd.Rahman Jusuh


Agak2 dia ni dua beradik dengan Idris Jusoh MB trengganu kut?entah2 sdr kita ni adik dia.I pun dah konteks si Rahmang ni.Nampak konfiden dang bergaya bila bercakap dgn saya.Dulu masa kecik2 dulu dia ni pun nakal jgak.Teramattttt la nakal.hanya org tertentu sj tau kenakalan dia ni.Sori tn.hj rahmang....dulu kita sama2 nakal dan saya dan asmawi terlajak sikit.Harap2 u dah maafkan kami.maafkan kami,maaf kan kami,maafkan kami

Katanya dia adalah seorang panel temuduga graduate UTP yg nak kerja kat petronas.Sapa2 dan anak2sapa nak kerja dgn petronas cepat2 la buat 'line' dgn tn.hj.rahmang kita ni


Saidi Kadir


sedih bila dapat cerita tentang sdr kita yg seorang ni.memang kami semua tahu dr dulu beliau sangat meminati tentera.Jiwa beliau jiwa Perwira.apatah lagi darah.Pasti darah perwira jgak.kita kagumi semangat keperwiraan beliau dan akhir nya saya dengar beliau betul2 jadi perwira tapi,sekarang katanya dia terlantar.Jika ada peluang kita sama2 pergi menziarahi beliau setelah kita mendapat maklumat tentang tempat tinggal beliau


Zubir Rashid


'mr.sleeping enemy...'dia buat baik dengan kita,rupa2nya dia ni SB pihak prefect.Kat mana kita sorok seluag jeans kita semua boleh jumpa dan kena rampas.Bila sdr asmawi bgtau yang sdra kita telah dapat di hubungi saya pun menghubungi beliau dr no.hp yg sdra asmawi berikan.Alhamdulillah sdra kita ni still power


Husin Md.Isa,Bakag Buntong,Arriffin Hasan


klu balik kg.kat Dulang dan Sedaka tu mai la umah

Sdra Arrifin plak klu mai guag cari saya kat Shell Guag atau tanya orang2 sini dimana saya berada.Inshaallah saya ada banyak masa utk 'entertain' kawan2 semua


Kak Ani,Uncle,anson,Tn.Guru Besar(Bakag Buntong) ,Amar Abd.Rahman tak kan tak rasa nak menulis lagi sampe hari ni?


Azhan Azmi,Ali Osali dll


Still missing in action?????????????????



-fuatazahari

SALAM DARI MUHABAD

Alhamdulillah Syukur bila malam tadi Norbakri call lebih kurang jam 11 pm, waktu nak menyahut seruan bantal ,memang tergaman / terharu dapat dengar suara member lama , tak ketinggalan saudara Halimon Melaka.,
Wuuhhh, masa tu Allah saja yg mengetahui perasaan saya , apalagi Bakri kata ada BLOG KIK 77. Tahniah ASMAWI , suara anda tadi cukup membuktikan kehebatan yg Allah Kurniakan.. amin
Untuk kawan lama yang masih mengenali saya - kelas 5P5 , kalau tak salah form teacher - En Rani ( maaf kalau silap) BM cikgu Ahmad Telani , BI -Pn Ramli , GEog - cikgu Hasmah , Sej - (lelaki yg cool ) Bio - Sushama , Kimia Rani , Fizik - (Chinese Guy ) Arab - Ust Aziz dan ramai lagi .......

Saya menetap di Alor Gajah , 5 minit drive ke FAMOSA - isteri Zainab Ngah KIK - 76 . anak - lelaki 3 , dulu ustaz kini buat bisnes sendiri.

Bagi sahabat yang baik hati - hubungi saya 0126350046 atau saya selalu di YM - mahabbadtravel@yahoo.com

Tadi saya call saudara Rahman Jusoh . tq sahabat . jumpa nanti di KIK 2 Feb . walaupun Nik Mahizan tak jemput .InsyaAllah

Moga kita dirahmati Allah ....

Amin


MAHABBAD TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
( 748242 V ) ( KPL 4844)
PD 349, Taman Sebang Mutiara,
78000 Alor Gajah, Melaka. Malaysia.
Tel:- 606-5549010 / 606-5549012 Fax:- 606-5549320
E MAIL : mahabbadtravel @yahoo.com

Sekadar Kenangan...

Ahad 20/1/2008


Salam,


Dah janji dgn ab.Rahman Jusuh jd terpaksalah saya menulis sikit diruangan kita ini.nak tumpang semangkuk gak!
Jumaat lepas rahman call. masa tu sy baru keluar kereta ,baru sampai rumah. Dapat lah berbual
panjang , rupa2nya dia x perasan saya lagi. Yelah masa kat kik dulu saya memang jenis
tak involve apa2 aktiviti/program kat kolej n pemalu sikit.

Dalam berseloroh tu saya usik dia sampai hati awak tak ingat saya ,saya ada gambar awak masa di Cameron Highland. awak dibelakang saya, siap ada bunga terselit di telinga.
Dibwh saya postkan gambar tu .macammana boleh ingat?.





Masa diSc2 dulu saya memang pendiam ,dan bukanlah kalangan top ten /top five dlm class.mungkin ada kecelaruan fikiranlah masa tu sebab mula2 duduk asrama dahlah kita berjauhan dgn ibu bapa ,dah tu terpaksa jalani minggu orentasi plak .d asrama pn selalu kena tengking je
dengan senior terutama kak K (nama penuh x ingat).tapi saya salute Noor Bakry masa baca coretan dia tentang crite filem mat sentol ,mat karung guni,mat spanar,mat mat magic….. memang nostalgia.

Satu lagi kenangan yang x dpt lupa tentang demonstrasi kicap,satu hari tu kantin tak letak kicap/kicap dicairkan /maka mengamuklah mereka2 penggemar kicap.mana tidaknya serbaserbi dengan kicap ,telur dengan kicap ,buah tembikai makan dengan kicap,pisang pun
guna kicap x tahulah. Sekarang anak2 pun sama, x sah makan kalau xde kicap.mulalah
buka kenangan silam ngan anak2.

Heh dah panjang ni,ingat nak crite tentang histeria diasrama budak perempuan,tak silap
Namanya Shahidah,selalu pengsan n kadang2 bertindak diluar dugaan ,suatu hari tu kalau tak silap ada perlwnan bolasepak di tv,budak2 lelaki sebelah menjerit,GOLLLL,
tiba2 saya tengok dia dah TERGOLEKKKK. Kesian! dimanakah anda sekarang shahidah?.

Bercerita pula tentang menjejaki kawan2 mll system equest TM, (tugas baru asmawi beri)
Bagi saya x de masaalh, saya di bhg. Pengurusan Kredit. Cuma bila part cll kwn2 lelaki.
Bila ditanya siapa ni ?. Apa nak jwb heh ????....Cuma takut disergah dek mem2 meika. je.tapi x kesah walau kerja melambak terpaksa diketepikan asal dpt cakap ngan kawan2 semua. seolah2 satu kerinduan dan kesyahduan yang x dapat di gambarkan perasaan tu,
lebih kurang sama spt kita ditanah suci bila mula2 lihat kaabah mcmmana perasaan kita mcmtulah rasanya.


Dah panjang ni,Jaliya ada sms bila saya nak post gambar class tp saya tunggu noorbakry/zubir hantar,tp x muncul2 lagi.dibwh ni saya sertakan gambar arkib 5Sc2.
Juga gambar saya dan keluarga baru ambil raya tahun lepas, utk senang mengenali jika terserempak di mana-mana. Akhir sekali klu ke Melaka jangan lupa contact.dan jemput dtg rumah




Itu saja klau ada salah silap maaf ya.
Wasaalam.

FATIMAH HASSAN



Beberapa update

1) Abdul Rahman Jusuh:

Hj Deramang dah dapat "trace " si Mohd Zain Jusuh "Mat Jeng" (Weldan, Fuat, Fauzi: you all ingat tak kita selalu buat pengumuman dolu2: "DARI DEWANG BANDARANG KUALA BERANG, INILAH DIPERSEMBAHKANG, MAT JENGG JUSUH!!!". Alhamdulillah, semakin ramai dapat kita jejaki sekarang.

Beliau juga sudah "confirm" akan datang ke kenduri majlis perkahwinan anak Nik Mahizan dan Abdullah Hasan pada 2/2/2008 nanti. Beliau akan sampai Jumaat petang 1/2 dan mencadangkan kita buat majlis "reunion" tak resmi pada sebelah malamnya di mana-mana. Maybe kedai mamak pun ok. Beliau sedang memujuk Kamal Daril dan Mohd Zain. Sure pecah satu dewan ni kalau Mat Jeng, Deramang dan Kamal Daril ada sama-sama. Jom kita join ramai-ramai malam tu. Hari Sabtu kita tak kerja, so boleh stay late sampai pagi kalau bini tak marah :).

(nota kaki: cakap fasal bini ni: ye la kita ni umuq 47 baru dapat jumpa balik kawan2 lama. So, secara tiba-tiba, muncul banyak nama dan watak baru dalam hidup kita yang bini kita tak pernah familiar. Weldan la, Fuat la, Yang Arif la, Anson la, Bakry, Husin dan macam-macam lagi. Sampai anak saya pun dok sebut "abah dah dapat geng baru sekarang!!" Tambahan lagi saya dengan Fuat selalu dok bersms malam2 sampai jam 12 lebih, sampai bini dok sebelah pun jadi curious. Betul ke laki aku ni dok sms dengan someone nama Fuat. Entah-entah kat handphone, keluar nama Fuat Azahari, tapi sebenarnya kat belakang ialah seorang girlfriend or bini lain :) :) . Kadang-kadang Fuat hantar sms jam 12.30 malam, masa kepala dah dok atas bantal, tanya "dah tidoq ka??". Tak ke suspicious orang sebelah tengok mesej macam tu malam2 buta. :):). Ye la kami dah 30 tahun tak bersoreh. Banyak la ceritanya. Apa-apa pun sekarang kami dah kurangkan bersms tengah-tengah malam :). Tak baik untuk kesihatan di usia 48 tahun ni.

2) Projek Gazebo/Pondok:

Ustazah Nik Mahizan call saya semalam memaklumkan bahawa sebenarnya sudah ada 4 orang ahli PIBG yang berjanji nak buat Gazebo/Pondok. Megat Iskandar Pengerusi PIBG mungkin tidak memiliki maklumat terkini tentang status inisiatif tersebut sebab beliau sudah lama tidak datang ke KISAS.

Instead of guna duit itu untuk buat Gazebo, Ustazah cadangkan kita gunakan duit tersebut untuk menurap lantai musalla asrama putera dengan "tiles". Saya rasa ini satu idea yang baik. Kita juga akan tulis bahawa projek tersebut adalah atas usaha bekas pelajar tingkatan lima tahun 1977.

Setakat ini saya sudah terima 5-6 perakuan/janji/pledge untuk memberi derma. Terima kasih dan jazakallah khairan. Mungkin dalam sedikit waktu lagi kita akan mula menerima wang-wang tersebut. Buat sementara waktu, semua sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun RHB saya (email me for details). Saya telah minta no. akaun bank dari Nik Mahizan supaya semua sumbangan untuk projek ini disalurkan terus ke sana selepas ini.

3. Saidi Kadir:

Nik Mahizan juga jelaskan kepada saya semalam bahawa beliau akan cuba mengumpulkan maklumat terkini mengenai Saidi daripada adik perempuan beliau yang mengajar di KISAS juga. In fact Saidi pernah melawat adik beliau itu beberapa tahun lepas dan singgah di rumah Nik Mahizan dan berbual di luar pagar seketika sebab Abdullah tiada di rumah pada masa itu. Memang Nik "confirm"bahawa Saidi telah pun sakit berat pada masa itu. Mudah-mudahan dengan usaha Nik itu kita akan dapat "trace" dan seterusnya membantu sedikit sebanyak penderitaan saudara kita itu.

4. Nik Mahizan dan Abdullah:

Saya kena angkat tabik spring kepada Dollah. Dia call saya untuk bertanyakan login dan password blog kita malam tadi lebih kurang 9.50 malam sewaktu saya memandu di Tronoh. Bila saya sampai ke KL jam 12 malam, tengok-tengok posting dia sudah siap terpapar di blog. Omputih kata "seamless and painless". Jam 10.02 malam lagi. Siap dengan gambar lagi! Tak sangka PK KISAS kita ni begitu mahir dengan penggunaan blog. Tabik Tabik. Orang lain bila lagi? Yang Arif? hang menghilang ke mana?

-Asmawi Mohamad

Pulut dakap utkmu Hussin - Dari Kedet PKBM 010100


Ni gambag aku bersama ibu kesayanganku dan anakku (Nuha) ketika cuti eidulfitri baru ni di Felda Sg Tiang, Pendang, Kedah.



Assalamualaikom sdr sekeluarga, ahli2 skot 1976/77 & teman2 semua!


Kalau nak bukak ceghita lama memang la tak habeh2. Pasai di sana di sini di situ di sanan di sinin dan di situn. Keh, keh, keh. Kalau bab lateh kawat (macam2 tu) , panjat tembok, berendam, baca kompas, kilat kasut, seterika baju seluag keghaih, rempuh halangan, kenal senjata (dulu slr saja, lepas tu HK, M16), bukak, pasang balek, ration free, wowwwwww, macam=macam laaaaaa kalau nak dikisahkan semula. Hang nampak macam mana sdr Rosli Abas kawat? Fuuuuh, aku dapat bayang dah. Kalau hang jumpa Us. Ku Abd Hamid (Rumah beliau sebelah pagag SMSAH, Jitra, kirim salamku untuk beliau sekeluarga! Utk makluman teman2, Cikgu Md Isa Kassim dah pun kembali ke RahmatuLLAH setahun lepas. Cikgu Kusno, kalau hangpa nak jumpa, teghingin nak tengok misai dia, hangpa kena mai kenughi aku. Aku dah jemput, beliau dan isterinya akan datang, In Sya Allah. OK, aku sibuk nak main ngan cucu nih. Dah 2 orang cucu laa ni. Jadi sekarang, beban kerja semakin bertambah. Wassalamualaikom, jumpa lagi.





Kpd sdr Asmawi, terima kasih kerana password tu.


Utk Mustaffa, terima kasih. Hang tu selalu lewat tughun belatih kawat. Soghang lagi Azmi Che Mat. Rambutmu ! Tapi bila belateh kat Wardieburn, hah, semua macam rekrut.


Tahniah skot, dapat naib johan pertandingan rempuh halangan dalam pertandingan peringkat briged 11 di Kem Sg Besi, tahun 1977, Bareeeeeeeeees ....... sediap!





abdullah hj hassan