18 April 2008

Suara Emas

Assalamu'alaikum wbt.

Kawan2 jika anda ke Shah Alam jangan lupa singgah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; masjid negeri Selangor Darul Ehsan. Di sini ada insan-insan bersuara emas. Dari sehari ke sehari jamaah masjid ini semakin bertambah. Terutamanya ketika solat Subuh. Saya yakin , antara faktor pendorongnya ialah suara-suara emas para Imam dan Bilal di sini.

Suara adalah anugerah Allah SWT. Rozana, Rohana, Rozi, Muhabbad, Kamilah, Wak Man, Bakri; Saya rasa anda semua memiliki suara emas dalam kategori tersendiri . Saya tidak! dan telah terbukti melalui ujian suara yang telah saya jalani 23 tahun yang lalu :) Ketika itu saya telah memohon jawatan Penolong Penerbit rancangan TV di RTM. Bila datang interview di Angkasapuri rupanya macam-macam kena buat. Kalau tau macam tu pasti saya tak akan memohon jawatan berkenaan. Dapat je surat jawapan interview, saya menangis dan tersenyum sorang diri. Bukan kerana gagal, tetapi kerana komen yang kow-kow ( pinjam istilah orang lain! )! Macam artis-artis remaja di komen dalam program realiti TV tu ! Setelah membaca surat jawapan tu saya keluar dari bilik dan memberitahu ayah saya; “Rasanya RTM ni dah tersilap hantar keputusan detail.” Ayah saya senyum :“ Dak aaih, memang dia nak bagi tau macam tu.” Rupanya ayah saya dah baca dulu :)

Semalam seorang sifu menulis di dalam blognya : Pagi ini, saya terkejut melihat Imam Masjid Negeri Shah Alam yang cacat penglihatan berjalan tanpa dipimpin lagi. Malah dia mampu terus berjalan menuju kesejadahnya dengan tepat sekali. Ia satu perjalanan yang jauh.Tiga bulan lepas saya tersenyum simpul melihat beliau terpaksa dibetulkan arah kiblat, dipimpin keluar daripada bilik imam dan terpaksa dibantu untuk betul-betul berdiri di atas sejadah. Masa berubah. Mereka yang sanggup belajar dengan tekun akan memperolehi sesuatu. Ia sangat-sangat signifikan.

Malam tadi saya bertanya kepada anak lelaki saya; “Yang mana satu imam kat masjid tu cacat penglihatan ?” Anak saya menjawab: “ Yang besar tinggi, suara sedap tu. ” Saya meneka satu jawapan kepada satu persoalan . Ada seorang imam yang sangat merdu suaranya, bila sekali sekala dia mengimamkan solat Subuh di pagi Jumaat, ibadat dua rakaat yang berlangsung selama lebih 25 minit terasa bagai 5 minit.

Saya yakin tidak ada sesiapa yang rasa mengantuk, lenguh kaki atau bosan. Cuma yang saya hairan, tidak seperti imam-iman lain, bila selesai berdoa lepas solat, dia tidak mengajar mengaji . Imam lain yang meneruskannya. Kebiasaannya setiap lepas solat Subuh setiap imam akan membaca satu muka surat al-Quran diikut oleh para jamaah dan disusuli dengan terjemahannya. Saya selalu ternanti-nanti bacaan al-Quran dari imam berkenaan, namun dia tidak pernah melakukannya . Boleh jadi juga dia ada mengajar mengaji pada ketika yang lain tetapi saya belum berpeluang mengikutinya.
Wassalam
FarahDina

Kenangan kik77 5sas2
















SELAMAT MAJU JAYA.
Masih ramai yang belum dikesan, Azizan Hasan dah muncul, Sazali Termizi tak nak muncul ke?, Ismail Maon hilang di mana ?, mariam & kawan2 perempuan yang lain pun tak tahu di mana? menyepi tanpa berita.
Dah jauh malam,
WM tiada teman malam ni, OK.Selamat Tidor dan teruskan perjuangan.....
WM insankerdil.