18 February 2008

SUKANTARA DI BUMI WAQAFAN











gen77 bersantai di Perlis

2T (Tipah & Timah)
Bila dah jumpa kawan lama, macam belangkas!

Tipah & suaminya jamu macam2.
Habih licing, lepah tu dok tinggai sikek habuk!

Tip & Nik bergambar kenangan di Putra Palace.




Anak saya pong nama Nuha...

Pertemuan2 yang diadakan nampaknya cukup bermakna kepada kita semua, sama ada yang dapat hadir atau tidak dapat hadir. Bagi yang tidak hadir gambar yang ada cukup bermanfaat. Sebelum ini mungkin kita semua pernah bertemu tapi sudah tidak mengenali antara satu sama lain ( Ada yang banyak berubah, ada yang sedikit berubah dan ada yang masih macam dulu). Jadi lepas ni bolehlah kita bertanya khabar dan mengeratkan kembali silaturrahim. Pastinya masing-masing sudah punya kehidupan sendiri yang bahagia. Menjadi suami/isteri dan ayah/ibu yang membahagiakan keluarga!

Petang Jumaat lepas sekembalinya dari sekolah pukul 6.30 petang anak bongsu saya Nuha ( masa kecik2 saya mengenali Nuha anak Dolah & Nik , dia peramah ) yang berusia 10 tahun tersandar di kerusi .Dalam keadaan keletihan sempat berlaku dialog ini antara kami berdua:

Nuha : “Apa la ustaz ni, hafaz sikit2 Ok la tu. Nak paksa pula hafaz banyak2.”
(Gaya dia bersuara seolah2 dialog orang lain)
Mak: Sapa cakap macam tu?
Nuha: Kamil, Nuha rasa la dia cakap macam tu.
Mak: Kenapa pulak ’Nuha rasa’?
Nuha: Sebab nampak dia moyok je duduk kat kerusi.
Nuha: “ Ustaz ni dah 6 tahun masih tak berubah2. Sikit2 marah, sikit2 rotan.”
Mak: Sapa pulak cakap macam tu?
Nuha : Kawan yang sorang lagi tu.
Mak : Dia cakap?
Nuha: Taklah,Nuha agak je dia cakap dalam hati (dia senyum sinis).
Nuha: ”Menyampah betul, lambat hafaz pun marah.”
Mak : Sapa pulak cakap mcm tu?
Nuha: Yang sorang lagi,Nuha rasa je la.
Nuha : ”Dah la penat , tak dapat hafaz kena rotan”.
(konon2nya sorang lagi kawannya berkata begitu)
Mak: Kenapa dok susah payah fikirkan masalah kawan2tu?
Nuha : Nuha kesiankan dia orang tu. Hari tu mak ayah dia orang dah komplen, tapi ustaz masih macam tu jugak.

Sebelum ni dia ada bercerita dengan saya budak2 lelaki di kelas tahfiznya selalu kerana rotan di kaki kerana tak ingat hafazan. Menurut ceritanya kadang2 ibubapa ada juga datang mengadu hal minta dipertimbangkan masalah anak2 mereka.Nuha baru masuk ke sekolah berkenaan tahun ni, tak tahulah adakah dia boleh bertahan. Memang nampak memenatkan kerana kebanyakan anak2 di situ bersekolah pagi di sekolah biasa. Ada juga anak2 kecil seawal usia tiga tahun. Mereka menghafaz sambil berlari2 ke sana kemari.

Bila ustaz panggil masing2 datang sama ada dengan berdiri atau duduk di kerusi mengadap guru masing-masing. Mereka belajar dalam keadaan cukup santai sambil bermain dan bergurau dengan kawan-kawan. Ustaz-ustaz di situ cukup sabar melayan kerenah anak-anak. Sesekali saja rotan hinggap di kaki. Nuha dilantik oleh ustaznya untuk mencatit nama pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan atau buat nakal. Tapi, saya rasa dia tidak pernah menulis nama sesiapa pun di buku kecilnya. Pernah sekali dia menangis teresak2. Saya kata kalau tak ingat hafaz sikit2, dia menggeleng.Saya tanya kena marah dengan ustaz ke? Dia geleng juga. Kena rotan? Geleng lagi. Habis tu?! ”Dia orang tu, asyik kena dengan ustaz”.

Akhirnya suami menasihatkan saya supaya ’psycho’ sikit anak saya ni. Saya pun berceramahlah malam kemarin: ”Budak lelaki memang macam tu, masa kecik dia orang lasak dan nakal. Tak payahlah susah hati. Di sekolah dia orang moyok, balik rumah seronok juga. Kena rotan pun sebenarnya dia orang tak kisah, lepas tu masih boleh main kejar-kejar dengan kawan-kawan.Otak dia orang bijak dan dia orang mesti jadi orang kuat sebab kena jadi ketua keluarga dan jadi boss. Besok besar dia orang akan jadi orang soleh jugak. Lebih-lebih lagi sebab belajar agama dan belajar al-Quran. Dia orang akan jadi bapa yang baik.” Air muka Nuha nampak berubah setelah mendengar kata-kata saya. Mudah2an dia ke sekolah hari ni dengan wajah yang lebih ceria!

Rasanya kalau melihat gambar2 dan cerita teman2 sekalian dia pasti akan lebih yakin dengan kata-kata saya.

Salam ukhuwwah,
FarahDina

BERITA TERKINI PAK SOENARIA

Assalamualaikum


Sahabat yang diRahmati Allah SWT,


Alhamdulillah malam tadi dapat sms dari Syaiful Rahim di Bandung menyatakan Bapak Soenaria telah discharge setelah mendapat rawatan selama 7 hari di rumah sakit.

" Kondisinya sudah membaik , sudah jalan & makan "

Marilah kita sama sama berdoa agar Bapak segera sembuh , dan hajat kita untuk menemui beliau termaqbul .... Amin.


MAHABBATEIN

Gambar2 di Sala II

Menggarap memori beramai-ramaiFuat, Shafie dan Zaki. Entah apa yang dimenungkan oleh Zaki tak tahulah. Barangkali lapar menunggu makanan yang tak tiba-tiba. Fuat pula sibuk bergayut dengan girl friend mana tuArifin Melaka, tapi bertugas di MRSM Pendang
Datuk dan Datin yang sentiasa setia dengan program kita. Tabik kat kau orangberdua
Husin dan Zaki. Eh bila pulak dia orang bertukar tempat? Agaknya makanan dah sampai, sebab tu Zaki dah boleh senyum
Nek Alwi

TG Corner II

Datuk dan Datin di TG Corner sedang memperkenalkan diri gamaknya
Promosi kicap Hikmah yang dikilangkan oleh Ammar. Semua orang dapat free samples
Tipah dan Normah sedang mengenang kembali kemanisan peristiwa silam di KIK
Bergambar beramai-ramai di depan barang-barang keluaran Ammar