08 June 2008

Inna Lillah wa Inna Ilaihi Raaji'un

Kita kehilangan sahabat kita Gen77 yang kita kasihi Sdr Arif Ismail yang kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat jam 930 malam yang lalu.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat dan keampunanNya yang tidak terhingga kepada saudara kita yang sudah pergi itu, dan dilimpahiNya kesabaran kepada ahli keluarga beliau untuk berdepan dengan kesedihan ini.

Walau pun agak terkilan kerana kita tidak mendapat berita tersebut di dalam kadar segera walaupun dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang, masih belum terlambat untuk kita menghubungi keluarga arwah dan mengucapkan takziah di atas kehilangan saudara kita yang dikasihi itu.

Saya telah menghubungi isteri arwah pada jam 930 malam tadi dan merakamkan takziah dan rasa sedih kita semua di atas kehilangan sahabat yang dikasihi itu. Setelah berbincang secara ringkas dengan Muhabbad, saya juga telah menyampaikan kepada isteri beliau, komitmen kita semua untuk membantu beliau dan keluarga dalam apa jua cara yang mampu kita semua lakukan bagi meringankan beban hidup mereka sekeluarga setelah ketiadaan suami dan bapa mereka semua.

Wassalam,

Asmawi Mohamad

p.s:

No telefon Syazwan anak beliau ialah: 013 970 7449. Saya bercakap dengan isteri beliau tadi di talian 09-748 3684, iaitu rumah mertua Sdr Arif, yang berhampiran sahaja dengan rumah beliau.

DURIAN BATU GAJAH PASIR


Assalamu'alaikum wbt.
Sebagaimana yang dijanjikan WM sampai ke Kg.Batu Gajah Pasir jam lebih kurang 6 petang.WM balik dari liqa' Batu Pahat sempena perkahwinan anak Ustazah Fauziah Sani iaitu Ain Husna bte Mohd Arshad dengan Mohd Syahrin bin Mohd Yusof. Cikgu Tahir dah menunggu WM sekeluarga dan terus dihidangkan dengan bubur kacang durian.Memang sedap sekali . Ketika nak balik Cikgu Tahir dah sediakan sebakul durian untuk WM bawa balik.Cikgu Tahir memang pakar durian,semua gred durian disebutnya . D24, D99, D158, D159. Dr.Bakry mungkin lebih maklum dengan durian ni, WM setakat makan durian boleh le. Teman2 yang ada keinginan untuk liqa' Batu Gajah Pasir bersama Cikgu Tahir bolehlah datang. Pastikan telefon cikgu dulu untuk kumpul durian. Kak Timah kena datang tolong kumpul durian. WM ucapkan terima kasih kepada cikgu Tahir sekeluarga yang menunggu dan menyediakan buah durian untuk WM sekeluarga.
WM merakamkan ucapkan takziah kepada keluarga sdr Arief Ismail yang telah meninggal dunia. Didoakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhadah dan solihin.
Salam Ukhuwah dari WM

Allahyarham Ustaz Ariff Ismail Dlm Kenangan


Potret Allahyarham Ariff Ismail bersama isteri dan 2 drp 5 anaknya yang di ambil oleh Sdr Muhabbat di Kota Baharu pada Januari lepas ( lihat topik Jejak kasih di Kota Baharu)


Malam ini saya menerima mesej Daripada Sdr Muhabbat Abdul Latif mengenai kembalinya kerahmatullah Sdr Ariff Ismail pada 06 Jun 2008. Katanya akibat strok. ?Semoga ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Lantas saya menghubungi Sdri Rahimah Hussain untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian ini. Saya sendiri tak dapat kontek anak beliau melalui nombor yang diberikan Muhabbat. Rahimah menceritakan bahawa beliau baru sahaja menghubungi anak Allahyarham iaitu Syazwan Ariff ( 18 tahun - akan mendaftar di UIA pada 23 Jun ini ). Cerita anaknya :

Pada malam di ishtiharkan minyak naik harga, Allahyarham telah menyuruh anaknya ke stesen minyak untuk mengisi petrol. Beliau berbuat demikian bukan kerana minyak naik harga, tetapi keretanya memang tak ada minyak. Oleh kerana pemergian anaknya itu agak lama, maka beliau telah mengambil keputusan untuk pergi ketempat anaknya dengan motosikal.

Sampai di sana beliau lihat deretan kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak. Beliau mendapatkan anaknya dan telah merasakan dadanya agak sakit. Lalu memberitahu anaknya bahawa beliau kena strok. Walau bagaimanapun beliau memberitahu anaknya itu dalam keadaan senyum, dan memberitahu bahawa beliau ingin duduk dalam kereta. Anaknya kurang percaya yang beliau sakit. Lalu meninggalkan beliau bersendirian.

Setelah agak lama masa anaknya meninggalkan stesen, lalu kembali semula ke situ dan mendapati ayahnya telah lemah. Lalu di bawa pulang dan terus di masukkan ke hospital. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi 07 Jun 2008.
Demikian cerita dari Sdri Rahimah Hussain.

Sesungguhnya kita semua amat terkejut dengan pemergian Allahyarham kerana selama ini beliau tidak menunjukkan sebarang perubahan kesihatan. Bagi saya sendiri amat terasa kehilangan beliau kerana kami belajar bersama sejak dari darjah 1 hingga darjah 6 ( SK Jelawat ), Tingkatan Peralihan hingga tingkatan 3 ( SMA Yaakubiah Nipah, Bachok), Tingkatan 4 dan 5 ( KIK).

Beliau merupakan seorang sahabat yang sentiasa bersedia memberikan bantuan jika diperlukan. Saya pernah tinggal di rumah beliau semasa peperiksaan SRP. Keluarganya juga amat baik.

Sekian.

Sanusi.

Kembali ke Rahmatulllah.

Saya baru sahaja menerima mesej dari Saudara Muhabbat Latif mengatakan beliau baru menerima panggilan dari Mohd Syazwan Arif ( Anak Ariff Ismail - 5 Sas 5 ) memaklumkan bahawa Ariff Ismail telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Jun 09.30 malam akibat strok.

Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al Fatihah kepada beliau semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan memasukkannya bersama golongan orang-orang yang soleh. Amin.

Alfatihah.

Wassalam.

Sanusi.

LIQA' KECIL2AN

Sempat bertemu Sdr Yusof Hassan di RR Bukit Merah semasa perjalanan pulang ke Klang. Jumpa lagi Chop!
Sahabat sejati. Maaf Om, aku ingatkan cili hidup!

Liqa' perlukan pengorbanan ikhlas dari semua gen77!

Liqa' kecil di Laksa Telok Kecai bersama Om, Lok & Uncle. Semasa melintas di Baling, Zubir tak bawa hp. Jadi kami tak dapat bersua muka!

Nuha dan Huda (Penunggu kaunter pendaftaran Liqa' Nasional 31 Mei 2008.
Sore di Puncak Titiwangsa.

Sepatutnya di sinilah kami bertemu dgn Nusi! Tapi kita hanya merancang, taqdir Allah kami bertemu di Batu Melintang. Tq Nusi! Malam tadi sempat bertemu Cikgu Kusno & isteri, Rohani, Robiah, Hussin Dollah!

Yeeeaah, hidup Jiddi!

Yang tinggal cuma kepala udang saja! Nasiib...

Aku dan cucu tak tau apa yang dicari


Cucu sulungku suka sangat bermain pasir dan mandi di PCB

Dalam perjalanan dari Klang ke KB, sempat bertemu Weldan di Najath Restoran, Bentong. Alhamdulillah, Weldan selamat datang bersama Hariernya!
genghiz
08.06.08
*** Selamat Bertugas Sahabat semua!









Liqa' Batu Pahat













Assalamu’alaikum wbt.
Usaha mengesan dan membuat pertemuan teman2 Gen77kik terus dijalankan. Kesempatan majlis walimatulurus anakanda bonda Hajjah fauziah Sani di Batu Pahat telah dapat dimanfaatkan. Semalam 7 Jun 2008, Bonda Hajjah Fauziah Sani dan keluarga berada di Batu Pahat – rumah pengantin lelaki. WM menghubungi teman2 yang ada di Johor untuk Liqa’ Batu Pahat. Syukur alhamdulilLah, Siti Fatimah Omar (5sas3) bersama Siti Kittiyah Dakir (5sas3)sempat hadir. WM melihat betapa seronok dan gembira kedua-dua anak murid bertemu dengan guru yang amat ditakuti semasa di KIK. Kittiyah sempat bercakap dengan ustazah bahawa saya cukup takut dengan ustazah fauziah. Sebab takut itulah semua kita menjadi orang-orag ayang berguna . WM menghubungi Cikgu Shahrom yang baru balik dari menunaikan umrah dan kami semua dapat bertemu dengan cikgu di hotel Novo Park Batu Pahat tempat majlis perkahwinan tu diadakan. Ustazah pun hampir tak kenal dengan cikgu Shahrom, semuanya gembira. Ustazah dan Ustaz Dr.Hj.Arshad dapat menantu, bertemu anak murid dan bertemu rakan lama cikgu Shahrom. WM juga pertama kali bertemu dengan Fatimah dan Kittiyah selepas tahun 1984 – hampir 24 tahun. Menurut Siti fatimah teman-teman di Johor yang hubungi tetapi tidak hadir ialah Faridah Abd Aziz, Mariam Mohd (5sas2), Rokiah Jambi (5sas1).Teman-teman yang ada di Johor tetapi tak sempat dihubungi antara lain Ramli Awang, Mokhtar Mohed dll. Insya-Allah kita teruskan usaha menjejak teman-teman Gen77kik sebagaimana yang diharapkan oleh Cikgu Tahir. Cikgu Tahir talipon WM sebelum bertolak ke Batu Pahat dan WM akan ceritakan kemudian…. Jumpa lagi.

TAHNIAH KEPADA USTAZAH FAUZIAH SANI

DAN USTAZ DR.HJ.ARSHAD TAIB.


Salam Ukhuwah dari WM.

Jumpa lagi



Assalamu’alaikum wbt

Apa khabar semua teman2, didoakan semua sehat dan ceria disamping keluarga. Seminggu berlalu, pertemuan nasional gen77kik di kelang yang pastinya mengenang 1001 macam kenangan. WM lama juga menyepi tanpa berita. Al-hamdulillah sehat.

Kelmarin jiran didepan rumah WM meninggal dunia dan selamat dikebumikan pada jam 11.00 pagi hari Jumaat, sebelum itu WM pernah menulis yang jiran sebelah kiri rumah juga telah meninggal dalam usia 84 tahun dan pada hari Ahad 1 Jun 2008 selepas liqa’ nasional – WM pun masih dalam perjalanan balik di lebuhraya, diberitakan jiran sebelah kanan juga telah meninggal dunia dalam usia 42 tahun (sepupu WM). Bila di renung2, kiri, kanan dan depan telah pergi dan kebetulan belakang rumah tidak ada jiran, rasa-rasanya dah dekat WM untuk pergi……. Marilah kita berdoa semuga teman-teman yang telah pergi mendahului kita dicucuri rohnya dan ditempatkan bersama para syuhadah wa solihin.
Sebagai renungan RasululLah saw bersabda “
Perbanyakkanlah kamu mengingati sesuatu yang mencabut kelazatan iaitu kematian.
Salam ingatan dari WakMan.