06 February 2008

REUNION ZON UTARA

Fuad call ptg tu..dia minta kita adakan perjumpaan di alor setar.ramai kwn2 nak turun.saya agak terkejut bila dia bagitau tentang perjumpaan tu. selalu buat masa raya ke2 tiap2 tahun...ok. hang cari tempat dialor setar.dan kebetulan saya memang arif disini tapi nak cari restoran nasi beriani waktu mlm memang susah..nasi kandar banyak la.dia nak kawasan berhampiran pekan spg.kuala kedah. saya syorkan restoran SALA. masakan ala siam dan sea food. fuad setuju.... dan saya terus hubungi rakan2 diutara ni.zaki ali(5 sas 5) dan juga amar rahman(5 sas 5) serta nik alwi nik harun(5 sc 2) disahkan hadir termasuk zubir rashid datuk lah hassan naim nordin siti hajar dan ramai lagi dan dijangka 15 orang. juga rakan2 yg membaca e-mail ini dijemput utk pertemuan ini.


Tempat pertemuan:

RESTORAN SALA

JALAN ALOR MENGKUDU
PEKAN SIMPANG KUALA
ALOR SETAR


Tarikh:

6.2.2008


Masa:

8.30 mlm


Pertemuan ini adalah sinambungan dari pertemuan yg lain.mudah2an dari pertemuan kecil ini akan dpt bersatu dlm pertemuan yg besar nanti.Insyaalah

Dari........LOK(5 SC 2)

mna@mardi.my

019 4432464

Kenduri di KIK: Catatan bebas Asmawi siri III

Sambung cerita semalam.


Saya rasa dalam ramai-ramai yang datang baru ni, ada beberapa individu yang saya kena mention secara khas, antaranya:

Saidi Kadir:

Saya rasa pertemuan kali ini memberi makna besar antaranya kerana Sdr Saidi Kadir dapat kita temui dan kemudian berjaya membawanya ke KIK bertemu dengan kawan-kawan yang lain. Meskipun tidak sihat dan terpaksa memakai tongkat, Saidi tetap ceria macam dolu2. Saya cukup seronok melihat beliau dengan keceriaan sebegitu. Beliau melupakan segala batasan-batasan fizikal yang ada pada beliau demi untuk bersama-sama meraikan kawan-kawan dan guru-guru yang lain. Saya tidak berkesempatan untuk berbual panjang dengan beliau (ye lah, saya rasa semua orang komplen sebab tidak mempunyai peluang yang cukup untuk bersembang dengan rakan-rakan secara lebih dekat setelah puluhan tahun tidak bertemu. Lain kali kita kena stay overnight baru boleh bercerita sampai pagi.). Kalau kita lihat pada raut wajah dan keceriaan beliau di luaran, kita tidak akan mengetahui kesusahan hidup dan batasan fizikal yang beliau terpaksa lalui seawal usia 22 tahun lagi! Masya Allah!

Naim Nordin:

This guy has never failed to show up every time we meet. Sejak dari Tanjung Malim, Kelang, hinggalah di KIK, beliau datang dengan setia. Sebab itulah bila Husin sms saya dua tiga hari lepas sebab dia kata dia tak nampak Naim dalam gambar, saya rasa sangsi. Macam mana boleh tak nampak si Naim even masa kat masjid lagi. Rupa-rupanya Husin tidak browse semua gambar-gambar tu sampai habis. Bagi saya, kalau kita ada pingat SETIA yang boleh dianugerahkan, maka si Naim layak berada di barisan depan dalam senarai penerima anugerah SETIA itu. Tabik Naim!!

Muhabbad:
This description will not be complete without mentioning Muhabbad! Si Muhabbad ni punyalah tinggi, masa saya berpeluk dengan beliau di anjung Dewan Besar KIK sewaktu beliau baru tiba, saya rasa macam di awang-awangan sebab kena tarik dengan ketinggian beliau. And if there is a pingat for being mischievous, there is only one deserving fellow, and this is the guy. Ada ke patut, depan semua orang, depan semua adik-adik KIK yang baru masuk dewan masa tu, masa kita tengah-tengah sibuk nak bergambar di atas pentas, dia buat "posing maut" dengan "Mak Andam"! Oh my goodness! It was almost blasphemous! Masa aku tengok dia nak ambik gambar tu, jantung aku dah almost berhenti berdenyut seketika! And my jaw almost dropped! Kalau Ustazah Fauziah Sani ada, sure hang kena lecture sampai ayam berkokok la Muhabbad! Bad Bad! You ARE BAD! :) Seingat aku, masa zaman-zaman muda 31 tahun dulu, takde la pulak se "maut" ini gelagat Muhabbad ni. Agaknya, in the absence of 31 years, dia dah transformasi jadi bintang filem Hindustan yang agung, mengalahkan Amitabh Bachchan. Anyway saya kena tabik pada Muhabbad di atas kesungguhan beliau mempertautkan semula ramai antara kita. Masa dia ke Kelantan minggu lepas, ramai yang dia telah temui. Kemudian selepas di KIK, dia berusaha gigih mencari Cikgu Baharum dan juga rakan2 seangkatan yang lain. Hari ini, beliau bertolak ke Jakarta dan akan ke Bandung pula untuk bertemu dengan Pak Soenaria. Kabarnya ada orang "mengikut" sama!! Tunggulah cerita syahdu beliau sekembalinya dari Jakarta nanti. Kau jangan nakal-nakal dengan "posing maut" di Bandung nanti ya Bad! Nanti kena badi Bandung, sapa yang susah? Aku jugak!!!

Azhan Azmi:

Saya mesti menulis untuk menyatakan penghargaan kepada Sdr Azhan Azmi di atas kesungguhan beliau datang ke KIK tempohari, walaupun dengan "short notice". Kabarnya beliau bertolak dari Taiping jam 5.30pagi, dan beliau adalah antara yang terawal sampai di KIK. Walaupun beliau kena "temberang" kering-kering dengan si Fuat, he took it in a stride. Kalau lah dia buat "tak nak layan" bila si Fuat call banyak kali tu, tak tahulah apa akan jadi.

Orang-orang lain yang datang: Anson, Kamilah, Mohd Nor, Yunus Samed, Wak Man, Puaad, Bakry, Yang Arif, Rodziah Radzi, semuanya menambahkan seri majlis dan hingar bingar dengan cara mereka yang unik dan tersendiri. Anson patut diberi pingat atas kecemerlangan beliau menjadi "murai tercabut ekor". Tak tahulah aku apa akan jadi kalau suatu kali nanti Anson somehow tidak dapat datang. Mati kutu kita semua dibuatnya. Ada orang tu, ehem ehem, dia kata dia nak datang nak bawa anak perempuan dia. Aku pun teruja jugaklah, mana tahu ada rezeki boleh berbesan ke. Tup tup dia datang sorang je. Mohd Nor masih maintain "the look of 1977" kecuali dengan misai yang agak tebal sikit. Yang lain sama sahaja. Cuma yang saya terkilannya satu sahaja: Sudah sebulan lebih blog kita wujud, dan sudah lebih dari 200 coretan terpapar di sini, beliau masih belum dapat menjejakkan kaki sulung beliau ke Blog kita ini! Tak boleh jadi ni. Tapi saya juga kena tabik kepada beliau atas kesungguhan datang ke Kelang dulu, dan ke KIK kali ini, walaupun jadual beliau agak padat. Yunus Samed kelentong aku kow kow, aku ingatkan dia memang datang "all the way" dari Sabah untuk menyerikan majlis kenduri kahwin anak Dato dan Datin. Terkedu saya tak terperi. Rupanya dia datang "en route" ke Jakarta untuk bermain golf. Lahabau kau! Wak Man pun sekarang sudah semakin kerap melakukan aktiviti mempertautkan ikatan persahabatan antara kita. Dalam selang masa dua minggu, sudah dua kali saya bertemu beliau. Saya baru dapat tau rupanya dia sekarang pakai 3G dan maxis data service, jadi dia boleh berblog secara mobile dari mana sahaja. Masa dia di Shah Alam pun dia sempat menulis blog. Tabik la kat Wak di atas usaha gigih menggarap teknologi maklumat untuk menghidupkan kembali silaturrahim. Malam-malam lepas tangkap orang, dia tangkap lentuk dengan blog pula!!! Cayaklah Wak! Puaad Muhammad juga adalah antara komited. Malam sebelum tu, dia dah datang bertemu Haji Dramang dan Saidi hingga jam 2 pagi. Esok harinya, dia datang on time macam orang lain jugak, walaupun dia terpaksa memulakan perjalanan jauh lebih awal sebab beliau pergi ambil Yunus di LCCT. Si Puaad ni pun canggih jugak. Dalam ramai-ramai Gen77 ni, saya rasa hanya dua orang yang pakai Blackberry: Kamilah dan Puaad. Sebab tu mereka boleh hantar email on the fly walaupun masa di dalam tandas. Tak gitu Puaad?? Bakry? hmmm..this guy is still pretty much in his rejuvenation mode. Stay tuned and don't go away. I am sure many more interesting and fun things will come up, and can be seen, from him, as he undergoes his rejuvenation process. Nanti bolehlah aku berguru :). Yang Arif? hahaha. Kali ini dia datang dengan Menteri Dalam Negeri. Padan muka hang! (gurau je). Baik semacam je dia hari tu. Dan kebetulan si Fuat pun tak datang, kalau si Fuat datang, saya yakin Yang Arif akan tetap jadi Yang Arif, regardless of the presence of YB Menteri or not. Dan saya musti merakamkan terima kasih kepada Rodziah Radzi kerana berupaya datang dari jauh di Putrajaya untuk memeriahkan majlis Dato dan Datin. Bukan senang nak dapat visa tu!

Saya perhatikan ramai juga yang datang di pertemuan di Nasi King Beriyani Kelang tempohari, tidak dapat datang kali ini kerana sebab-sebab tertentu. Cikgu Sushama yang dikasihi tidak dapat datang kerana ada trip menjejak kasih di India, selepas 42 tahun. Namun begitu, beliau berusaha menyediakan kepada kita hidangan makan di kantin KIK tempohari. Ustaz Hasan tidak dapat datang kerana kabarnya tidak berapa sihat. Ustaz Ahmad Ismail juga tidak datang, namun beliau mewakilkan isterinya untuk datang. Sdr Zaki Abdul Rahman ada clash program. Sdr Saidi Ismail juga tidak dapat datang. Puan Jaliya dari Melaka menghantar sms kepada saya kerana tidak dapat datang. Begitu juga Arpi. Weldan masih berada di Mekah untuk menunaikan Umrah. Radziah Hamzah juga tidak ada.

To conclude, it was such an awesome event. Cuma seperti biasa, masa selalunya tidak berpihak dengan kita semua. Dalam hujan yang lebat saya terpaksa bergegas kembali ke masjid untuk solat asar, dan lepas tu, terpaksa bergegas ke Kajang untuk "qadha" kenduri kahwin di waktu siang yang tidak dapat saya hadiri sebab berada di KIK, meskipun hati amat berat untuk balik dari KIK, kerana Saidi dan Haji Deramang masih ada di situ, dan saya tidak punya banyak peluang untuk bercerita semula, recoup the loss years- dengan mereka berdua.

Walau bagaimana pun, saya dapat bonus sebab keesokan harinya dapat pula breakfast di Shah Alam dengan Cikgu Shahrom, Yang Arif, dan Dato/Datin. Dato yang bayarkan. ehem!!! padahal saya yang ajak! Makanan di situ pun sedap-sedap. Lain kali kita boleh datang lagi, maye in small groups for a quick, protocol-less breakfast!

Wassalam.

-Asmawi Mohamad

Mak Andam's Diary - 1 to 3 February 2008

1 Februar 2008

Baju:-

Rodzi beli kebaya baru untuk majlis kahwin. Suami yang bayar.
Mak Andam tak sempat beli, jadi pakai baju lama.
10pm gosok baju.

Talipon (tak ingat timing):-

Cik Pah talipon kata, Air Asia ada tiket dan akan datang ke majlis kahwin dan anak Anson akan jemput.
Mohabbattein talipon dan confirm akan datang.
Rahmang Jusoh texted, confirm dah sampai ke KIK dan tengah melalau sana sini dengan Saidi
Cik Pah talipon (kali 2), confirmed, Mohabbat akan jemput.
Talipon Anson, cakap tak payah ambil Cik Pah sebab Mohabbat dah janji nak jemput.
Talipon Cik Pah, confirmed dah bagi tau Anson, tak payah jemput Cik Pah kat LCCT
Talipon Rodzi kali ke-3, make sure sampai Sentral jam 12.30, jangan lambat.
Cik Pah talipon (kali 3) - Yunus juga akan datang
Talipon Mawi, "See you tomorrow, be on standby just in case i sesat". Mawi bilang "OK maam".

Kereta

Pinjam kereta adik sebab takut kereta Anson tak muat.
Rodzi panik..."boleh sampai ke kita ni kalau you drive?". Mak Andam responded "Insyaalllah sampaila tu!!!"

Blog

Pukul 11 malam, sempat baca blog. Tapi banyak kerja, tak sempat tulis.

2 Februari 2008

7.00 am

Sambung kerja

9.45 am

Cik Pah texted - "dah sampai, tunggu Mohabbat"
Replied - "Great, see you soon".

10.00 am

Pergi exercise

11.30 am

Bersiap untuk kenduri.

11.45

Rodzi talipon dan bagi tau, dah nak tinggal rumah dan akan sampai Sentral pukul 12.30pm

12.00 pm

Cik Pah talipon, bagi tau Puaad dah kidnap Yunus.

12.30 pm

Rodzi was annoyingly punctual. Was at Sentral exactly at 12.30pm. Kelihatan amat jelita dengan kebaya baru. Sangat gugup dan pucat ketika memasukki kereta. Tapi tak berkata apa-apa. Selepas 20 minit "STEADY juga you memandu ye?"

1.00 pm

Sampai di Klang. Rodzi's first remark "saya dah tak ingat langsung tempat ni". Unlike Hj Dramang, I was not remotely interested to see Pekan Klang, terus ke KIK kerana dua sebab: sebab(1) lapar sampai menggeletar sebab tak sarapan pagi , sebab (2) rindu KIK. Rodzi again "betul ke jalan ni? eh saya langsung tak ingat!!!". To me, 30 years ago came flooding back. Talipon Mawi, tak boleh jumpa kat Masjid sebab lapar sangat. Mawi cakap " Ok go ahead but must be able to go for round 2 makan". Saya bilang "No sweat".

1.30 pm

Sampai ke KIK and parked kereta. Masuk dewan dan berpeluk dengan mak pengantin. Dato Dollah bawa masuk dewan jumpa Cik Gu Kusno. "Kamilah Terengganu?" kata cikgu Kusno. Exchanged no talipon. Disrupted Cik Gu Kusno's lunch and refused to leave until Dato Genghiz kata, "Kamilah pergi makanlah dulu". Makan "round 1".

1.45 pm

Tak nampak manusia yang kenal. Bermain dengan cucu bongsu Dato Ghengiz. Budak ni baik betul, asyik ketawa sampai dia nampak ayahnya...terus menjerit. Bagi balik budak kat ayah dia.
talipon Mohabbat "10 minit lagi sampai"

2.00 pm

Masih tak nampak manusia yang kenal. Talipon Mawi. tak ada jawapan.

2.15 pm

Rombongan 77 sampai dan keadaan masih terkawal dan civilised. Tapi ada 20 puloh cameras on standby. Cik pah sampai. Berpeluk sampai 10 kali....menjerit-jerit sampai panik orang dalam dewan. THEN IT WAS JUST "US" IN THE DEWAN!!!!

2.20 pm to 6.pm

Sampai sekarang masih tak ingat apa yang berlaku. Yang ingat ...

1) Kamariah Noor, terpinga-pinga kena kepung:):):)
2) Tak larat naik tangga. Was made to understand berlakun certa hindustan dengan Mohabbat.
3) Makan round 2 dan 3
4) Asmawi bohong bila dia cakap meja saya yang paling bising. Sebab saya tak ada meja. Bertukar setiap 5 minit.

3 Februari 2008

Masih tidak ingat apa yang berlaku di antara 2.20 pm to 6.00pm.

11.00 am

Rodzi talipon tanya samada lunch degan Puad jadi ke tidak. Tak dapat angkat talipon sebab ada teleconference.

12.45 pm

Talipon Asmawi dan diberitahu lunch dibatalkan oleh Puaad.

12.50 pm

Bagi tau Rodzi lunch cancelled.

1.00 pm

Resumed work.

Bila Larut Malam..suasana Sepiiiii........

Akum semua!!!!!
Jam dh menunjukan pukoi 12 55 malam..
Dah lewat ni tapi nk tulis juga walau pun sedikit....
Masih terasa kesedihan kerana tk dapat join kawan2 semasa kenduri datok Dolah sambut menantu...
Cuma gambar2 yg dimasukan oleh mustaffa dan Asmawi menjadi penawarnya...
Malam esok ( rabu malam khamis) insha allah akan ada pertemuan genkik utara disimpang kola ( dulu-dulu tempat ni mashur dengan mee tonggek mamak) geng maahad mahmud tahulah...
Hasil usul Naim rasanya..diikuti usaha Fuad maka ramai sahabat2 dah beri lampu hijau nk hadir...
Tapi malang bagi cik Latifah kerana dia dah beli tekit nak pi Medah dengan MUHABBAT TRAVEL AGENSI...maka dia terlepas perjumpaan ni...dia nk pi melancung...moga selamat pi dan selamat blk ( dok tinggai org umah kerap2 no ????? )
Baru tadi call Halim Yaakob nk minta dia mai juga...dia pun malang juga kerana kena kerja shif malam...kawan2 tahu tak dimana tempat kerja si halim ni......nuuuunnnnnnn tinggi..dia paling tinggi sekali...atas puncak gunung Jerai...kena jaga stesyen pemancar RTM....aduhai halim,rupanya hari2 dia panjat gunung....kg.aku cuma tepi tu juga tapi sekali pun tak pernah panjat lagi.....
Buat Mustaffa.yg nk balik KB ( mgkin taffa baca email ni lepas dia blk mai dari cuti ) maka drv lah molek2 semoga mu selamat blk kelante n selamat blk KL.....begitu juga sahabat2 lain yg akan membuat peerjalanan...moga anda semua dilindungi allah dan sentiasa selamat insha allah....
Buat Kamilah yg selalu dok terbang kesana n kesini tu over c ka under c ka moga anti juga dipelihara allah sentiasa selamat..amin ya rabbal alamin...
Shaarani,Naim,Farahdiana dan dan siapa lagi geng utara...hampa tak blk ka cuti raya cina ni...tak kan tak mau join malam esok......
Sekian dulu...dah tengah malam..01.15 pgi
Husin Changlun.