07 January 2010

TIRAI 2009 ke 2010









Assalamu’alaikum Wbt,

Didoakan semua teman2 beroleh kesehatan dan kesejahteraan bersama keluarga. Sedar tak sedar tahun 2009 telah meninggalkan kita semua, begitu juga tahun Hijrah 1430H beralih ke tahun 1431H. Begitu cepat dan pantas. Tirai 2009 telah ditutupi dengan pelbagai cerita dan kisah2 menarik, gembira dan tak kurang juga yang menyayat hati.
Sebenarnya wakman dah lama tak menulis dalam blog kita ni, rasanya terpanggil untuk wakman teruskan juga coretan yang mungkin tak menarik pun untuk di baca. Ala sekadar nak mengaktifkan blog genkik77 yang nampaknya semakin pudar dan malap.

Tahniah diucapkan kepada kawan2 yang mendapat menantu dan cucu di tahun 2009, begitu juga di penghujung tirai 2009 ada teman2 yang berpeluang menjadi tetamu ALLAH swt. Didoakan mendapat haji mabrur. Ada juga teman2 yang menutup tirai 2009 dengan mengerjakan ibadah Umrah, syukur al-hamdulillah.
Teman2 yang sakit dan kurang sihat didoakan agar segera semboh dan dapat bersama2 dalam meneruskan kehidupan di tahun 2010.

Ditahun baru 1431H dan 2010 pastinya membuka tirai dan harapan baru dalam memperkasakan hubungan silaturrahim Gen77kik. Semuga teman2 tidak mundur ke belakang dalam menjayakan hasrat mulia Gen77kik.

Didoakan dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, tak lupa juga kepada semua guru2 Genkik77, semuanya beroleh ketenangan , kesejahteraan.

(Gambar2 yang dihantar oleh Hajjah Che Pah semasa di Mekah, Hajah Nik Kamaliah, Hj.Abd Razak. Ada gambar yang tak diterbitkan disebabkan masalah teknikal)

Selamat Maju Jaya,
wakman
Melaka 07012010