20 February 2008

PENA BEBAS - TAK NAK BACA PUN TAK PA

CERI YANG DITINGGALKAN
1
Seluruh penduduk di kampung kami tercengang cengang sebaik sahaja mereka mengetahui berita Umar Al-Qasim telah dilantik sebagai menteri. “Umar! Inilah kampung kami. Keadaannya tetap sama seperti ketika kamu tinggalkan dahulu. Ia adalah sekuntum mawar dari tanah, rumput rampai yang kekuningan dan lorong-lorong yang bengkang bengkok seperti anak sungai laluan untuk kanak-kanak berkaki ayam”.

2
Umar tersentak seketika, kemudian dia berkata kepada ibunya: "Ibu tidak perlu menangis! Saya bukan pergi ke tali gantung!".

Ibu Umar mengesat airmata yang mengalir dengan menggunakan jari-jarinya. Dia berkata dengan suara yang tersekat sekat: "Umar anakku! Aku tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia ini selain kamu. Jagalah kesihatan kamu wahai anakku! Keseluruhan kampung itu kotor dan berpenyakit. Ahh…., malang sungguh nasib kamu! Sekiranya kamu mempunyai seseorang orang penting dari kalangan keluarga kita yang terdekat, sudah tentu kamu tidak dilantik sebagai seorang guru di sana!".

Umar berkata kepada ibunya dalam nada perlahan dan tenang: "Bertenanglah ibu! Bertenanglah! Anakmu ini bukanlah sebuah gelas yang mudah pecah!".

3
Keseluruhan isi kampung kami sangat gembira sebaik sahaja terdengar berita tersebut dari peti-peti radio.

“Jadi, Umar Al-Qasim sudah menjadi seorang menteri!?”.
“Maha Suci Allah Yang memberi tanpa diminta! Memang benar seperti yang disebut sebut orang: Sesungguhnya sesiapa yang berusaha bersungguh sungguh pasti dia akan mendapat".
"Apakah tugas seorang menteri?!".
"Disediakan khas untuknya sebuah kereta, lebih cantik dari seorang anak gadis yang paling cantik ".
"Pada setiap hujung bulan dia akan mendapat gaji yang membolehkannya memakan seekor kambing setiap hari".
"Sebaik sahaja dia memasuki bangunan kementeriannya, semua pegawainya berasa takut dan masing-masing berlumba mengucapkan selamat kepadanya. Seolah olah dia seorang yang diturunkan dari langit!".
"Dia akan memberi arahan, dan segala arahannya akan ditaati".
"Apabila dia memberi arahan kepada Agha, apakah Agha juga akan mentaati arahannya?!".

4
Penduduk-penduduk kampung merenung tajam ke arah seorang anak muda yang baru turun dari tangga bas yang datang dari kota. Seorang pemuda yang berjalan dengan kepalanya tercangak cangak memerhati ke atas. Bermata lembut tetapi dalam masa yang sama pandangannya tajam. Dia mengucapkan salam kepada kami seolah olah dia seorang dari keluarga kami yang baru pulang setelah sekian lama menghilang. Dia memberitahu kami bahawa namanya ialah Umar Al-Qasim, guru sekolah yang baru.

5
Seorang dari penduduk kampung kami berkata: "Kita mesti pergi ke kota untuk mengucapkan tahniah kepadanya".

Seorang yang lain pula berkata dengan penuh semangat: "Kesemua kita akan pergi ke sana. Lelaki, perempuan, orang tua dan kanak-kanak!".

Orang ketiga pula menambah: "Lembu-lembu, kambing-kambing, ayam-ayam dan arnab-arnab juga akan turut ke sana!".

Orang keempat pula berkata: "Pandangan kamu semua itu baik. Tetapi siapakah yang akan membayar duit tambang bas? Apakah kita hanya akan berjalan kaki sahaja ke sana?".

Suasana diam seketika. Kemudian seorang lelaki tua berkata: "Memadai dengan cuma seorang sahaja yang pergi untuk mengucapkan tahniah bagi pihak kampung kita. Dia sememangnya telah mengetahui keadaan kita dan dia tentu tidak akan terasa hati dengan kita!".
"Tetapi, siapakah yang akan pergi?".

Lelaki tua itu berkata: "Pilihlah siapa sahaja yang kamu mahu. Contohnya, Abu Fayyadz, dia pun boleh pergi".

Abu Fayyadz cuba menolak, tetapi keseluruhan suara kami mengelilinginya.
"Kamu paling cerdik dari kami!".
"Lebih tua dan lebih mampu!".
"Kamu juga pandai bercakap walaupun dengan raja-raja!".
"Umar juga suka kepada kamu!".
"Dia selalu minum teh bersama kamu!".
"Dia suka percakapan kamu!".
"Dia kawan baik kamu!".

Abu Fayyadz berkata: "Tetapi, Umar kawan baik kamu semua juga. Dia pun sangat suka pada kamu semua.! Apakah kamu semua sudah lupa?".

6
Umar memerhati gelagat budak-budak yang sedang duduk di atas kerusi masing-masing. Dia berkata kepada mereka: "Saya guru kamu yang baru. Nama saya Umar...., Umar Al-Qasim. Saya suka kepada mereka yang rajin dan bersungguh sungguh. Sesiapa yang malas lebih baik dia meninggalkan sahaja kemalasan itu, jika tidak........".

7
Seorang lelaki yang telah beruban kepalanya dengan rasa bangga mengangkat dan menggerak gerakkan anak kecilnya yang baru lahir ke atas sambil berkata: "Aku akan menamakannya sebagai Umar Qasim Gaddah!". Kemudian lelaki yang sudah beruban itu memandang kepada si ibu yang berwajah pucat dan masih terlentang di tempat tidurnya. Dia ketawa dan berkata: "Sekiranya budak kecil ini mengetahui apa yang sedang menunggunya, sudah tentu dia menolak kelahiran ini. Pada hari kematianku, dia tidak akan mewarisi sesuatu dari bapanya kecuali bajuku ini sahaja".

8
Kami berkata kepada Abu Fayyadz: "Tidak ada gunanya kamu mengelak. Kamu akan pergi ke kota dan bertemu dengan Umar untuk mengucapkan tahniah kepadanya!".

Abu Fayyadz mengangguk angguk kepalanya tanda bersetuju. Dia terpaksa mengalah.

9
Penghulu kampung berkata kepada Umar: "Ustaz .....! Sampai sekarang pun ustaz masih belum menziarahi Agha?".

Umar berkata: "Mengapakah saya perlu pergi jika saya tidak mengenalinya dan dia tidak mengenali saya?"

Penghulu berkata: "Diplomasi itu penting. Agha boleh memberi manfaat kepada kamu. Semua tanah di kampung ini adalah kepunyaannya".

Umar menjawab: "Ayah dan ibu saya tidak mengajar saya mengenai perkara seperti itu. Tugas saya di kampung ini ialah mengajar murid-murid membaca dan menulis".

10
Penduduk kampung berkata kepada Abu Fayyadz: "Katakan kepada Umar bahawa kita semua masih kelaparan!".
"Beritahu dia yang kelaparan kita semakin bertambah teruk!".
"Kita akan terpaksa makan batu!".
"Ceritakan juga kepadanya berkenaan kutu-kutu yang sedang menghisap kepala kita!". “Juga pasal daging yang kita sudah lupa entah bagaimana rasanya!”.
“Beritahu juga berkenaan penyakit-penyakit kita!”.
“Katakan kepadanya bahawa kita memerlukan doktor-doktor dan ubat ubatan!”.
“Kampung kita memerlukan air bersih untuk minuman!”.
“Beritahu dia kerinduan kita kepada cahaya letrik!”.
“Cakapkan kepadanya mengenai Agha dan perbuatan-perbuatannya!”.
“Kita bekerja, dia menuai”.

11
Ketua polis kampung berkata kepada Umar: ”Demi Allah, ustaz Umar! Saya menganggap ustaz Umar seperti saudara saya sendiri. Saya ingin menasihatkan ustaz satu perkara. Ustaz bebas samaada menerima atau mencampaknya ke belakang. Ustaz selalu sahaja berbual bual pada waktu malam bersama penduduk-penduduk kampung, sedangkan perbuatan seperti ini tidak patut dilakukan oleh seseorang seperti ustaz ini. Seorang ustaz atau guru sekolah adalah personaliti yang terhormat!”.

Umar menjawab: ”Penduduk-penduduk kampung ini adalah manusia-manusia yang baik”.

Ketua polis kampung berkata: ”Ustaz bercakap dengan mereka dengan percakapan yang jika sekiranya didengar oleh Agha sudah tentu dia akan marah. Apabila Agha marah, maka Allah sahaja yang tahu apa yang akan terjadi”.

12
Seorang pemuda dari kalangan pemuda kampung berkata: ”Dengar semua! Elok sangatlah sekiranya Abu Fayyadz membawa bersamanya hadiah untuk Umar”.

Suara kami menjadi riuh rendah. Majoriti yang ada menyokong pendapat itu.
“Tetapi apakah hadiah yang akan kita pilih?”.
“Kambing atau beberapa ekor ayam kampung!”.
“Hadiah seperti ini tidak sesuai untuk seorang menteri!”.
“Jadi, hadiah apa yang kita hendak cari?!”.

Abu Fayyadz berkata: ”Hadiah yang paling baik ialah sebakul buah ceri kampung kita. Tidakkah kamu semua ingat betapa Umar sangat gemar dengan ceri kampung kita, dan dia selalu bercakap berkenaan warnanya yang merah? Ia adalah hasil usaha dan darah kita!”.

Kami berterima kasih kepada Abu Fayyadz di atas pandangannya itu.

13
Umar berkata kepada kami: ”Kezaliman tidak akan berterusan”.
Umar juga berkata kepada kami: ”Bagaimanakah kamu semua boleh menerima kehidupan yang hina?”.
Kami menjawab kepadanya: ”Mata kami hanya dapat melihat sementara tangan kami tidak berkesampaian!”.
Umar lantas berkata dengan nada yang marah: ”Tangan tidak berkesampaian kerana hati yang takut".

14
Malam semakin menghampiri pagi. Keseluruhan isi perut kampung sudah nyenyak tidur. Jadilah kami penduduk kampung yang miskin ini sebagai satu jasad yang terhinggut hinggut berbangga menyebut hari-hari di mana kami dapat mendengar percakapan Umar dengan penuh minat. Seakan akan dia telah hidup lama dalam hati kami dan hati penduduk kampung ini yang telah meninggal dunia terlebih dulu dari kami.

Apabila matahari pagi telah memancarkan cahayanya ke kampung kami, semua penduduk kampung, lelaki, wanita dan kanak-kanak berhimpun di sekeliling bas yang akan bertolak ke kota.

15
Umar berkata kepada kami sebelum dia menaiki bas: ”Agha mempunyai pengaruh dan kedudukan di kota. Dialah yang telah menukarkan saya dari kampung kamu kerana saya tidak menjadi pak turut kepadanya. Juga kerana saya menyukai kamu semua. Tetapi hari yang kamu semua akan terselamat dari Agha dan mereka yang sepertinya sudah tidak lama lagi. Sudah hampir. Kamu semua akan melihatnya sendiri, bukan cucu-cucu kamu. Bumi yang kamu berpenat lelah mengerjakannya di kampung ini akan menjadi milik kamu semua”.

16
Abu Fayyadz menaiki bas. Bersama dengannya ialah sebuah bakul penuh berisi buah-buah ceri merah yang berbiji besar dan bersinar apabila disuluh matahari.

Tatkala cahaya matahari senja di kampung kami hampir tenggelam, kami terdengar bunyi hon bas yang baru pulang dari kota. Kami semua berlari ke halaman kampung. Bas dari kota telah selamat tiba. Abu Fayyadz melangkah turun. Mukanya masam seperti dalam kemarahan. Sebelah tangannya masih memegang erat tangkai bakul ceri yang dibawanya ke sana pagi tadi.

Kami terkejut dan tertanya tanya: ”Mengapakah kamu tidak memberi bakul ceri itu kepada Umar?”.
“Tidakkah kamu menemuinya?”.
“Apakah yang dia telah katakan kepada kamu?”.

Abu Fayyadz masih juga diam membatu seolah olah dia seorang bisu. Dia meletakkan bakul buah ceri ke tanah. Abu Fayyadz berkata kepada kanak-kanak dengan suaranya yang tersekat sekat: ”Mari kamu semua ke sini! Makanlah ceri ini! Apabila kamu besar nanti, kamu tidak akan lupa rasanya!”

Kemudian Abu Fayyadz melangkah kaki. Dia terus berjalan menuju arah ke rumahnya.

Kami menyekat jalannya. Seorang dari kami berkata: ”Cakap! Mengapa diam? Beritahu kami apa yang terjadi?!”.

Abu Fayyadz terpaksa berhenti. “Umar telah mati”. Jawab Abu Fayyadz.

Kami semua naik marah seolah olah ibu kami yang mati. Sementara Abu Fayyadz meneruskan langkahnya. Lama kelamaan kelihatan bongkok belakangnya semakin bertambah rendah.

- Genghiz

LIQA' PANTAI TIMUR - JOM KITA PI SANA.....!


Assalamualaikom teman2 gen77kik!

Semoga Liqa' D'Trengganu yang dipromosi dang ditajekang oleh Hj Mang & kawang2 dari Pantai Timur akang berjalang dengang jayenye! In Sya Allah, sekighenye tiade ape2 halangang dang rintangang saye dang temang sebilik akang ke sane! In Sya Allah. Jike saye tidok berkesempatang, terlebih dulu saye memohong berbanyok ampongmaaf terutamenye kepada Tuang Hj Mang! Mudohmudahang Allah Ta'ala memudohkang segale yang kite rancangkang!


Salam sayang dari temang di sining;

- genghiz

Reunion form5kik77 Pantai Timur - Last Reminder

A'kum wr wb
All form5kik77 ers,

Peringatan Terakhir Reunion form5kik77 Pantai Timur.

Mawi - naik k/terbang sampai KB kemudian berkereta ke Ktrg - Bawaklah awok2 dari KB sorang dua (Pn Rohani - try her best to come).
U Lah & Nik - berkereta dari KIK
Muhabat & Mem - naik Air Asia ke KTrg bermalam dirumah mertua di losong - I guest.
Saidi - khabarnya 21 feb dah ada di Trg
Md Jeng & juak2nya dari Dungun.
Sanusi & juak2nya dari Besut
Siti Fatimah & juak2nya dari Kemaman
Ali Yusof & juak2nya dari Marang
Kamal & juak2nya menunggu seawal 2ptg di Motel.

Ayuh! - kawang2, sudi2kan, sampai2kan, panjang2kan
Bersama2 kita 'eratkan smula' silaturrahim selepas 31 tahun berpisah,

23 Feb 2008
Sabtu, 2.00 hingga 6.30 ptg
Motel Desa, Bukit Berapit (bersebelahan RTM Kuala Terengganu)
Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu.

<>


hj mang
b/p penaja rancangang.

respon TEKA SIAPA?

Assalamualaikom bad & teman2
Kalau tak silap ana kawan kita yg hensem tu ialah sdr abd mughith bin mohammad, berasal dari sungai besar/ sabak bernam.
Sekarang dia berada di kawasan utara dan dengar khabar sedang berusaha membuat projek penternakan di sebelah sana! Mahbub boleh try no ni! Tapi jangan gabra atau komplen saya sudahlah nanti!
Selamat mencuba!

019 4768285

- Salam sayang;
- genghiz

TEKA SIAPA

Assalamulaikum WBKTH,


Sahabat sekelian ,
Nampaknya sahabat kita ni masih membisu walaupun namanya dah berkali kali di siarkan dalam blog ini , agaknya mungkin potret ini boleh mendorong beliau menulis sedikit untuk tatapan kita . Cuba teka .......................

MAHABBATEIN

ReUnion Memberi Makna

Assalamualaikum buat rakan seangkatan 1977.
Pertama-tamanya, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada orang kuat, Moderator Mawi. Rancangan asal pada 13hb yang lalu tu sekadar nak jumpa sorang dua kawan-kawan lama. Sebaliknya, Mawi as a very aggressive Moderator has arranged suffice to say, a kind of reunion.....
Kenapa tidak....Mawi telah mengatur pertemuan dengan kawan-kawan yang telah saya temui di KIK pada 02Feb lalu dan lebih bermakna, turut menemui 3 lagi kawan-kawan yang belum pernah ditemui semenjak 31 tahun yang lalu.
Pertemuan diatur di Restoran Anwar, Kg. Baru pada jam 8.00 malam. Bagi saya yang tidak menjejakkan kaki di Kg. Baru sejak puluhan tahun lalu, tentu sukar untuk mencari di mana letaknya Restoran Anwar....Kenapalah pilih lokasi yang sukar, tidak pertimbangkan orang Sabah yang amat jarang memandu di K.L apatah lagi Kg. Baru. Lain kali, cari aja lokasi yang mudah bah.....
Dalam mencari, bertemu dengan sdr. Halimon. Walaupun pertama kali jumpa, wajahnya masih dapat dibayangkan sementalahan pula Halimon pernah post his latest pix on this blog. Rupanya Halimon 2x5 saja, bukan orang Sabah saja yang sesat, orang K.L. gitu juga ya...inipun turut disertai oleh orang kuat ingatan, Dr. Bakri...
Usaha pencarian berakhir juga dengan penemuan setelah jam menghampiri pukul 9.00 malam, setelah dibantu oleh Mawi dan juga Mus. Harap Mus dapat sukat Jalan Daud tu berapa panjang, dari mana sampai ke mana. Di belakang Masjid Kg. Baru tu pun masih lagi Jalan Daud....
Pertemuan yang diatur Mawi dengan lokasi yang dipilih Mus (kerana nostalgia kat Restoran Anwar...dihiasi bunga-bunga!) turut dihadiri Datuk Dollah dan Datin, Dr.Bakri dan spouse, Saidi serta kawan-kawan setelah 31 tahun tak jumpa iaitu Weldan, Halimon dan Dr. Fauzi. saya sendiri turut ditemani anak teruna.....beberapa nama lagi tidak dapat hadir kerana alasan tersendiri....ya, saya sendiri tidak menyangka begitu sekali usaha yang telah dilakukan oleh sdr. Mawi serta Mus termasuk juga yang men'sponsor'i dinner tersebut....takleh sebut nama, nanti tak dapat pahala!!! tak payahlah rebat incomtax.....
Sememangnya Reunion kita amat memberi makna kepada kehidupan kita. Kita bertemu kawan-kawan lama, menyambung kembali persahabatan dan persaudaraan tanpa mengira pangkat dan darjat. Begitu juga, melalui Reunion kita dapat bertanya khabar, ada gembira dan ada yang duka, ada yang bahagia bersama teman seperjuangan hingga berumahtangga....Dan tidak kita lupa, ada di antara seusia kita telah pergi buat selama-lama, menemui Ilahi. Bagi yang masih hidup, perjuangan kita belum selesai....elok sangat jika kita ada networking yang mantap, seperti kata Dr. Fauzi...
Begitu juga, Reunion turut mempertemukan kita dengan bekas guru-guru yang tanpa jemu mendidik sehingga kita menjadi manusia...."ingat, masyarakat sentiasa menilai kita..."
Sehingga kini, banyak Reunion yang telah dan akan diatur. Di Utara, Selatan, Timor dan Barat. Takde ke rancangan nak buat Reunion kat sebelah sini, Negeri di Bawah Bayu...ianya bisa diatur, Pak Muhammab bisa sediakan package istimewa...Reunion sambil jalan-jalan makan 'angin' (murah sikit ongkosnya)....
Ramai kawan-kawan sekelas telah ditemui, agak malang kerana dari 5Sas2 tidak banyak berapa aktif. Ketua Kelas Abu Hassan sehingga kini tak muncul lalu anak-anak buahpun berterabor le....tak macam Tok Ketua Husin tu....
Sampai di sini dulu buat waktu di Sabah ni. Kepada kawan-kawan yang ber'union' lagi tu, ingatlah juga kat kawan-kawan yang tak kesampaian...
Wassalamua'alaikum.
Dari: yunus a. samed.

KENANGAN DI BANDAR KELANG DENGAN PILUS (DATOK) BAPA IZWAN PILUS

Assalamualaikum semua sahabat kita,
Malam ni tengahmalam (dah pukul 1.15pagi) baru buka internet, baru balik ronda tengok kemeriahan anak-anak muda pasang poster, saja untuk menghiburkan hati, esok sukan sekolah, gerenti tak mengantuk punya dok berjemur ditengah panas terik. Kedah laa ni musim kemarau.
Baca tulisan Farahdina, memang betul saya ni kena suku sakat dia juga, tapi tak bertegur sapa. Malu la tu ! Dua tiga tahun lepas ayah Farahdina (Cg.Manaf) berkunjung ke sekolah saya, saya bersembang saja tapi tak memperkenalkan diri saya. Saya pun selalu tanya depa di mana Farahdina. Bulan 8 2007 saya berborak panjang dengan adik dia yang kerja di JAPIM tu. Mawi pun sama, itu cerita lama kita, tapi tak makan kawan punya. Ingat tak kisah perhubungan 2 orang sahabat kita, Salahiah dengan Fauzi (F6) dan Syed dengan Mona. Saya tahu kisah percintaan mereka (sorryla kawan) . Saya berani buka cerita sebab mereka jadi pasangan bahagia sampai sekarang. Saya cover depa dua pasang ni. Kadang-kadang saya jadi hantu bila depa berjumpa ! Dimana ? Kami saja yang tau . Kalau syed baca mesti kembang hidung dengan telinga dia. AlhamduliLlah Syed ada call saya minggu lepas. Sama seperti dulu walaupun dia dah kaya raya. Nasib baik la saya malu, kalau tidak saya pun ikut jejak langkah depa juga. Ingat-ingat semula rasa macam nak tergelak.
Kisah Pilus.
Siapa Pilus ni. Pilus ni bapa penyanyi Izwan Pilus. Sekarang bergelar Datuk, dah kaya pun. Asalnya Datuk Pilus ni membesar bersama saya di kampong saya sebab bapa dia (Omar) kerja motong (menoreh getah) datuk sedara saya. Lepas tu dalam tahun 70an keluarganya berpindah, tak dapat dikesan kemana.
Nak jadi cerita pada satu hari sabtu, masa kita berkeluar ke bandar kelang, ........................... to be continue, dah larut malam ni, esok nak p tiup wisel di padang sekolah dari pagi sampai pukul 2 ptg. OK . Wassalam .
ZUBIR RASHID