22 February 2008

Air Terjun Sekayu


Suatu hari di Kelas 4 Sastra 1...Saya datang awal (agaknya kena giliran bertugas bersihkan kelas kot ). Kawan-kawan lain belum sampai, Che Latipah di sebelah saya pun belum sampai. Lepas susun meja dan kemas sikit2 saya pun duduk di tempat saya, di barisan paling depan ditengah2. Tak lama kemudian kawan-kawan dah mula sampai. Terasa kipas angin di atas kepala berpusing ligat. Saya pun terus bangun pergi off suis kipas di dinding yang hanya dua tiga langkah jaraknya dari tempat duduk saya.

”Bayangkan yang dingin”. Terdengar suara Mustafa di sebelah. Macam pernah dengar ja! Saya teringat, itu iklan sabun kat TV. Sabun ’Gayla’. Orang tengah mandi manda berlatarbelakangkan air terjun yang sejuk dingin.Saya menoleh sekilas ke sebelah, Mustafa sedang mengipas2 muka dengan buku latihan.Ariffin disebelahnya tengah senyum sorang2. Saya teruskan kerja saya, keluarkan buku, kejap lagi lepas bunyi loceng cikgu masuklah.

Tiba-tiba terlintas di fikiran. Agaknya dia orang ni tengah kepanasan. Maklumlah baru sampai. Saya pergi tutup kipas pulak! Nak on balik segan. Dalam saya terfikir-fikir tu adalah orang baru sampai dan terus on kan kipas. Ahhamdulillah...

Tentu dia orang kutuk saya hari tu. Sorrylah...Tak perasang dan tak sengaja!

FarahDina.

Fatimah

Kata Saidina ’Ali r.a. kepada Saidatina Fatimah al-Zahra’ binti Rasulullah ``SAW:

”Hendaknya di dalam hatimu terdapat dua perasaan yang berlawanan. Rasa memerlukan orang lain dan rasa tidak memerlukan orang lain. Rasa memerlukan orang lain akan membuatkan lemah lembut ucapanmu dan mencerahkan wajahmu. Sedangkan rasa tidak memerlukan orang lain akan menjaga kehormatan, kewibawaan dan kemuliaan dirimu di mata mereka.”

Berkata Siti ’Aishah r.a. :

”Aku tidak pernah menyaksikan ada orang lain selain Fatimah, yang baik di waktu berdiri mahu pun duduk, lebih menyerupai Rasulullah SAW dalam hal ketenangannya, kebaikan perilaku dan bicaranya. Apabila Fatimah datang kepada Rasulullah SAW, baginda berdiri menyambutnya, kemudian dicium dan dipersilakan duduk di tempat duduk baginda. Apabila Rasulullah datang menemui Fatimah, puterinya itu berdiri dari tempat duduknya kemudian mencium dan mempersilakan ayahnya duduk ditempatnya.”

Kata Saidatina Fatimah r.a.:

”Allah SWT menjadikan kesabaran sebagai cara memperolehi imbalan pahala dan silaturrahim sebagai cara untuk memperolehi ketenteraman hidup sepanjang usia.”

*Ditujukan khas untuk teman-teman; Siti Fatimah Umar, Fatimah Hassan, Fatimah Muda, Siti Fatimah (Terengganu) , semua yang bernama Fatimah; sama ada anda seorang anak atau ibu, isteri atau bakal jadi isteri, suami yang punya isteri bernama Fatimah, ayah yang punya anak bernama Fatimah, anak yang punya ibu bernama Fatimah dan juga kepada anda yang bukan bernama Fatimah dan tidak punya sesiapa bernama Fatimah di dalam hidup anda!


FarahDina.

Pelan ke perjmp Gen77 diMelaka.

SILA KLIK PADA GAMBAR UTK PAPARAN LEBIH JELAS



Seperti yg dicadangkan Jaliya,saya sertakan semula pelan kerumah saya
yg beralamat di Lot 706 Km 8 Jalan Hassan Bidin,Kg.Kandang.Melaka
semoga ramai yang dapat menghadirkan diri utk memanjangkan kasih.
Ada masaalah pencarian sila hbgi 06-2680207(R),013-6301959(Fatimah)
016-9962285(anak M.Syafiq),0136185450(suami Shabuldin)

MESRA BERSAMA PAK KUSNO & IBU




Assalamualaikom wr wb!


Semua teman gen77 yang sentiasa diingati.


Kurang lebih jam 9.20 malam, Pak Kusno menalipon. "Ya, cikgu, saya nampak cikgu di sana. Nanti saya pusing balik!" Aku tersesat jalan ketika mencari rumah cikgu di Kelana Jaya.


Selesai solat Maghrib, aku bertolak bersama room mate melalui Lebuhraya Persekutuan. Membelok ke jalan menuju Kelana Jaya. Disebabkan terlalu laju dan tidak berapa cam jalan di situ, aku termasuk ke lorong yang salah dan tidak boleh memasuki jalan yang betul. Lantas terpaksa meneruskan saja dan terpaksa membuat pusingan U dan kembali ke Federal Highway semula. Aku berpatah balik ke jalan menuju ke Shah Alam. Di situ tidak ada peluang untuk membuat pusingan U untuk menuju ke Kelana Jaya semula. Aku menyusur keluar dan mengambil jalan menuju ke Subang. AKu membuat pusingan U sekali lagi sebelum sampai ke lapangan terbang. Selepas susur keluar ke Lebuhraya Utara- Selatan, sebelum sampai ke Federal Highway, aku menyusur ke kiri menuju ke kawasan Kelana Jaya. Aku tersesat lagi dan berpatah balik dan mengambil jalan menuju ke Federal Highway melalui jalan dalam berhampiran Subang Golf Club. Selepas keluar ke Federal Highway, aku kembali mengambil jalan menuju ke Tabung Haji. Apabila sampai di hadapan masjid alhidayah, aku cuba mengingati kawasan rumah cikgu yang pernah aku pergi lebih 15 tahun yang lalu iaitu ketika cikgu menjemput kami menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Tetapi aku gagal mengingat di mana rumah cikgu.


Aku menalipon adik cikgu tetapi dia tidak dapat memberitahu nombor rumah dan jalan yang tepat. Lantas aku meneruskan perjalanan dan cuba lagi mencari rumah cikgu. Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, aku mengambil jalan ke kiri. Ternyata jalan itu tidak betul. Sampai di penghujung jalan, aku membuat pusingan U dan berpatah balik ke persimpangan lampu isyarat tadi. Aku mengambil jalan ke arah Federal Highway dan berhenti di hadapan masjid alhidayah. Aku menghubungi cikgu Kusno dan beliau menyuruh aku berpatah balik dan mengambil jalan ke kanan. Aku terlajak lagi, dan berpatah balik sambil memerhati di sebelah kiri jalan mencari rumah cikgu. Sebelum sampai di kawasan lampu isyarat, aku berhenti di tepi jalan. Aku nampak cikgu sudah menunggu aku di depan rumahnya. Cikgu menalipon aku semula apabila ternampak sebuah kereta berhenti tidak jauh dari rumahnya. "Ya, cikgu. Saya nampak cikgu di sana. Nanti saya pusing balik". Itulah jawapanku.


Setelah berpusing balik, aku memasuki jalan menuju ke rumah cikgu Kusno. Berlakulah pertemuan antara kami dalam suasana yang sangat mesra sekali. Terima kasih cikgu kerana sudi menerima kunjungan kami berdua!


Banyak perkara yang kami bualkan. Cikgu mempelawa kami menjamu selera sambil menunggu ketibaan sahabat2 yang lain. Kak Timah menghantar sms meminta no cikgu Tahir. Aku membals sms tersebut kerana tuan hp sibuk sekali berbual dengan cikgu dan isterinya. Tiba2 Kak Timah menghubungi sekali lagi dan aku memberi talipon kepada cikgu. Banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berdua. Aku juga menceritakan perkembangan terbaru kawan2 dan aktiviti2 yang kita jalankan. Cikgu memuji usaha2 yang kita lakukan ini dan mengharapkan ianya diperkemaskan secara berterusan. Makanan yang disediakan oleh isteri cikgu memang sedap. Aku meminta izin dari cikgu untuk menambah! Cikgu mempelawa aku minum kopi O dan kopi cendawan. Fulamaak! Terima kasih cikgu. Banyak jenis kueh yang terhidang di atas meja. Semuanya sedap belaka. Tanpa disedari jam sudah melepasi 12 tgh malam. Aku teringat pesanan cikgu Shahrom "Tidur mesti cukup!" Perbualan kami macam tidak ada nokhtahnya. Memang bersambungannnnn. Akhirnya aku meminta izin untuk pulang kerana esok aku terpaksa ke Kuala Lumpur.


Sukan tahunan sekolah akan diadakan mulai jam 7.30 pagi esok sehingga jam 12.30 tgh. Kemudian akan bersambung semula selepas so;at Jumaat. Pertandingan perbarisan antara rumah2 sukan akan mendahului upacara akhir dan penyampaian hadiah dijangka akan selesai pada jam 5.00 ptg.

Selepas selesai sukan, In Sya Allah, aku dan keluarga akan bertolak ke Kuala Trengganu...
Jam sudah melebihi 2 pagi. Selamat malam Cikgu, Selamat malam Pak Kusno, Selamat malam Ibu! Selamat malam sahabat2ku!

Wassalamualaikom!
- genghiz