Manusia dan makhluk lain adalah diciptakan oleh Allah SWT semata-mata untuk beribadah kepadaNya.
Tidak dinafikan sebahagian hambanya-hambanya ada yang taat dan sebahagiannya syirik terhadap Allah. Mematuhi dan taat kepada perintah Allah adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman.
Perlu juga didedahkan kepada sekelian manusia yang berakal bahawa setiap apa yang berlaku ke atas makhluk adalah ketentuan dari Allah.
Ini adalah salah satu daripada mesej daripada Allah kepada makhluqnya supaya sedar akan amaran yang merupakan ancaman dari Allah kiranya hamba-hambanya tidak mengikut segala perintahNya kerana Allah bersifat Mutakabbir (perkasa) juga Muntaqim (pendendam) yang berdendam kepada hambanya yang ingkar dan syirik.
Dendamnya akan terbalas di akhirat nanti kerana diberinya peluang kepada hamba-Nya untuk kembali kepada syariatNya.
Mutakhir ini kita lihat manusia sudah mula pandai memalingkan pemikiran daripada syariat kepada pemikiran sendiri.
Manusia sudah semakin berani menentang Allah melalui idea, alasan dan kiasan agar segala kehendak hati manusia dapat dilaksanakan dengan sewenangnya dengan memanipulasi hukum.
Paling ketara sekarang ialah manusia lebih takut akan Influenza A H1N1 daripada amaran Allah.
Hari ini kita semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos 2009. Marilah kita sambut ulangtahun kemerdekaan dengan solat hajat dan doa kesyukuran yang berkebetulan bulan Ramadhan.
Lagipun kemerdekaan adalah merupakan suatu anugerah yang wajib kita bersyukur. Lebih baik kalau diubah persepsi yang tidak ke mana-mana dan dibawa ke arah keredhaan.
Memang manusia tidak tahu menilai yang mana akan membawa kita kesyurga dan mana arah ke neraka. Ramadhan adalah bulan tarbiah yang akan melatih kita ke arah mardhatillah. Latihlah diri agar dapat menghampiri Allah dengan cara yang ditinggalkan oleh rasulullah.
Oleh kerana manusia teringin sangat nak berseronok dan bergembira atas nama kemerdekaan, maka diubah lokasi sambutan iaitu akan diadakan di tempat yang tertutup kerana takut akan Influenza A H1N1 bukan takut akan amaran Allah.
31 Ogos tahun ini jatuh pada bulan Ramadan al-mubarak bagi menguji manusia setakat mana tahap iman manusia terhadap Allah. Sebagai negara Islam patutlah kita membuka era baru cara Islam bagi mempamirkan semangat keislaman kita kepada manusia bukan Islam.
Salam Kemerdekaan
Doa Selamat dan Sukses.
wakman
kik77. 5sas2