07 April 2008

Adik angkat dan kakak angkat
Sahabat-sahabat semua tentu ingat, sewaktu di Kolej Islam dulu, satu tradisi yang dipraktiskan saban tahun ialah pengambilan pelajar junior sebagai adik angkat. Kebiasaannya setiap pelajar senior perempuan mesti memiliki seorang (sekurang2nya) adik angkat lelaki dan seorang adik angkat perempuan. Ada juga pelajar lelaki senior yang mengambil pelajar perempuan sebagai adik angkat. Dan ada pelajar lelaki senior yang mengambil pelajar lelaki junior sebagai adik angkat.

Saya sendiri, walaupun ada kakak sendiri di tingkatan enam atas sewaktu saya di tingkatan empat, tetap ada kakak angkat. Namanya Salmahm orang Teriang, Pahang. Kalau anda tahu di mana dia berada sekarang, saya amat berbesar hati untuk mengetahui ehwal kedudukan beliau sekarang.

Kamal Daril dulu ada abang angkat. Hasan Mohd Amin namanya. Bakry pula ada kakak angkat bernama Shamsiah Chik dari Terengganu. Itulah antara beberapa nama yang saya ingat.

Tanpa mengambil kira pro dan kontra urusan adik angkat-kakak angkat-abang angkat ini, saya ingin bertanya anda semua: dimanakah adik angkat-kakak angkat-abang angkat anda sekarang? Sihatkah mereka?

Asmawi Mohamad

KISAH AIRMATA

Assalamualaikum wbt

Sekiranya memasuki kawasan Putrajaya saya selalu terkenangkan satu peristiwa : Satu hari balik dari sekolah anak saya yang belajar dalam darjah 4 ketika itu bercerita . ”Tadi kat sekolah Cikgu mengajar tentang Putrajaya. Cikgu tanya sorang2 ; ”Apa yang kamu tahu tentang Putrajaya ?”. Sampai giliran Syafiqah (rakan disebelahnya) dia jawab. ”Airmata rakyat!” Cikgu terus marah, kita orang takut. Cikgu bertanya kepada Syafiqah dengan suara kuat. ”Apa kena mengena Putrajaya dengan airmata rakyat?.” Syafiqah takut, dia pun jawab : ”Rakyat menangis kerana terlalu gembira!” Saya mencelah; habis tu Cikgu cakap apa ? ”Cikgu bertanya dengan marah; Siapa dalam kelas ni menangis bila gembira?!”....

Saya rasa terkedu mendengar cerita ini & bertanya anak saya adakah dia faham maksud kata2 Syafiqah ”airmata rakyat”. Jawabnya; ”faham, maksudnya duit rakyat dah habis sebab buat Putrajaya. Sebab itu rakyat sedih dan menangis.” Kenapa pulak agaknya Syafiqah jawab ”Rakyat menangis kerana terlalu gembira?”. Dia takut cikgu marah...” Saya memberikan penjelasan sewajarnya... Kesimpulan yang saya dapat ialah: Boleh jadi anak2 di usia 10 tahun ini tidak begitu memahami apa yang mereka ucapkan. Mungkin mereka pernah mendengar perkataan orang dewasa atau terbaca di mana2. Tetapi tidak mustahil mereka memahami apa saja yang berlaku menurut perspektif orang dewasa!

Setelah hampir 2 tahun Putrajaya dibuka, saya tidak pernah membawa anak2 ke sana.Mereka tengok Putrajaya melalui cerita ’rombongan Che’ Kiah melawat Putrajaya’ di TV. Kebetulan tidak ada urusan di sana pada waktu2 itu dan kesempatan juga tidak begitu mengizinkan dan mungkin anak2 saya juga masih ingat akan cerita airmata rakyat jadi mereka tidak pernah menyebut untuk pergi. Cuma di satu hari minggu ketika saya terpaksa meninggalkan anak2 dengan adik ipar kerana bekerja & kebetulan isterinya juga keluar bekerja; adik ipar saya yang kreatif dalam mengasuh anak2 kecil ini telah membawa anak2 saya bersama anak2nya pusing2 Putrajaya dengan kereta.

Namun, setelah anak2 dah besar, saya dan keluarga kerap pula ke Putrajaya . Sekurang2nya sebulan sekali kerana kebetulan ada adik, ipar dan anak2 buah tinggal dan bekerja di sana. Bila datuk dan nenek mereka datang anak2 saya suka mengajak jalan2 ke Putrajaya. Putrajaya tidak sibuk seperti Kuala Lumpur. Tempatnya indah sekali. Suatu hari ketika dalam perjalanan dari Shah Alam, emak saya menyebut : ”Hanya kereta kita saja ada atas jalan ni...”

Minggu lepas ketika pergi lagi ke Putrajaya, saya teringat untuk bercakap sesuatu kepada anak2 yang ikut bersama dalam kereta. ”Dulu kita kata Putrajaya airmata rakyat, sekarang ni nampaknya kita pula yang kerap ke sini.” Suami saya yang sedang memandu hanya tersenyum. Saya menoleh ke arah anak2 di belakang. Ada yang berkerut dahi dan ada yang senyum. Saya menambah lagi ( suami dan anak2 faham sangat, waktu bersama2 atas keretalah waktu saya paling seronok menyampaikan tazkirah! ) :

”Setiap kali mendapat nikmat dan anugerah Allah, kita mestilah bersyukur dan bertanggungjawab terhadap Allah SWT dan mereka yang tidak dapat menikmati apa yang kita dapat. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap orang2 kampung yang telah bekerja kuat menoreh getah dan menanam padi bagi menyumbangkan hasil untuk kita semua. Dia orang juga membayar cukai, hasil cukai itu turut membangunkan Putrajaya.Tapi mereka mungkin tak pernah sampai pun ke Putrajaya ni. Kita mesti berusaha bersungguh2 supaya akhirnya kita berjaya dan dapat membalas budi baik & pengorbanan dia orang tu.” Anak bongsu saya menjawab:” ”Faham ,Cikgu !.”

p/s Saya suka bercerita kisah anak2 kerana mereka adalah amanah Allah, ujian dan anugerah Allah, permata hati dan sumber inspirasi . Tanpa mereka hidup kita sunyi dan tanpa kita siapalah mereka.

Wassalam
FarahDina