Cikgu Shahrom Umrah
Saya menerima sms dari yang dihormati Cikgu Shahrom pagi tadi memaklumkan bahawa beliau akan mengerjakan Umrah di Mekah mulai 25hb Mei nanti dan sehubungan dengan itu tidak akan dapat bersama kita di Kelang nanti.
Kandungan sms beliau:
kum . Mudahan mudahan perjumpaan gen 77 2008 akan berjaya dgn ramai kawan kawan dan guru guru yg akan hadir. Sampaikan salam saya kpd semua-INSHALLAH saya akan menunaikan umrah dari26 mei hingga 6 jun-doakan saya isteri dan anak akan selamat dan di sampaikan hajat-saya doakan asmawi dan rakan rakan sehat di murahkan rezki dan selamat di dunia dan akhirat.
22 May 2008
Selamat Datang....
Assalamu’alaikum wbt
Teman-teman Gen77
Jomlah ramai-ramai kita ke KISAS 31 hb Mei nanti. Boleh kita kembali menjalin silaturrahim . Kalau tidak bila pulak la agaknya kita boleh jumpa?????
Kita juga boleh jumpa guru-guru yang telah mencurahkan ilmu untuk kita sepanjang di KIK.
Hasiah Yaacob, Hasnah Salleh, Rokiah Jambi, Aminah Hassan, Jamiah Yasin, Jumaiah Omar, Kamariah Jaafar, Masitah, Mek Mas, Siti Zabedah, Faridah Yahya, Isah, Siti Fatimah Umar,Faridah Aziz, Taksiah, Radhiah, Salmiah Shaarani, Khadijah Md Sham, Norihani, Norhayati Hassan, Kamaliah Zabidi, Kamariah Ahmad,Rahimah Hussein, Norsidah Md Din, Karimah, Amnah, Shahida Basri, Zaharah Yahya, Siti Rabiah, Badariah, Khadijah Latiff, Khatijah Yahya, Siti Kittiyah, Mariam Mohammad, Ruzanah Hussein, Mardhiah Ibrahim, Rohani Daud, Jalilah, Zaidah Jusoh, Zaidah Omar, Fatimah Abdullah, Salahiah, Zarinah Sahlan, Norzilah Hussein, Fadhilah Idris, Wan Khadijah (di mana ya?), Fatimah Muda....( jika ada yang tak tersebut nama, insya Allah jumpa nanti kita taaruf balik). Datanglah semua, kalau dah confirm nak datang mudah2an selamat sampai.Kalau belum pasti, buatlah keputusan segera untuk datang & sila telefon pihak penaja untuk urusan tempat penginapan dsb.
Nik, Rozi, Rohana, Che Latifah, Latifah Zul, Anson, Kamilah, Jaliya, Fatimah, Siti Aishah, Habsah, Toriah, Robiah, Muna, Asnah, Hapinah, Afrinah,Padzilah,Mardhiah, Kamariah, Halimah.....insya Allah kita jumpa lagi.
Dan semua kaum Adam gen77....
Mustafa & Hussin; macam mana kelas 5 sastra 1?

Kata Fatimah az-Zahra’ :
Allah SWT menjadikan kesabaran sebagai cara memperolehi imbalan pahala dan silaturrahim sebagai cara untuk memperolehi ketenteraman hidup sepanjang usia.
Datanglah, jangan tak datang ! Pihak penaja telah bertungkus-lumus berusaha untuk meraikan kita semua.
Terima kasih MOD Asmawi, Bakri, Roziah dan suami, Syed dan Muna ,Dato' Lah & Nik, Anson, YA, Jaliya, Fatimah, Halimon dan lain-lain.
Wassalam
FarahDina
Bila Larut Malam
Wm baru sampai dirumah, Sepanjang perjalanan bumi Melaka dibasahi hujan selebat-lebatnya. Mungkin juga untuk mencuci dosa-dosa insan yang mencemari kehidupan. Dalam mengharungi jalan yang basah dan air yang bertakung, terlintas juga di hati WM mengenai liqa' nasional pada 31mei 2008 nanti. Urusetia yang diketuai oleh Datok Dolah mungkin sedang rancak menyusun atur persiapan. Tiba-tiba perut meragam dan memaksa mencari masjid, sedih lampu bilik air yang tak berfungsi dan keadaan bilik air yang gelap gelita menyeramkan bulu roma. Hujan terus turun mencurah-curah dan kelihatan dibeberapa lokasi ada penunggu malam {rukun tetangga/skim kawalan sukarelawan} berada di pos-pos kawalan. Sampai di rumah, terlintas untuk melihat blog dan email. Azami kata trafic clear dan dunia maya senyap sepi. Anak bongsu WM terjaga dan terus menyambung tulisan china yang mungkin tak siap lagi. {Umminya tak de sebab kursus di Morib}, Syazwani tertidor dengan pensil masih ditangan, Kak Chik juga terbangun dan bertanya buyah balik pukul berapa ? .....{ buyah minta maaf } kesian anak-anak. Sebentar tadi ada insan telefon mengadu macam mana nak bantu temannya yang dah dapat mengesan suspek di lokasi luar Melaka iaitu di Seremban, nak ditangkapnya kerana disyaki buat maksiat.... kiamat sudah dekat. Petang tadi WM gembira sebab ada teman yang hampir 31 tahun tak berjumpa, menghantar SMS bertanya khabar. Akhie Saidi Kadir pun ada SMS yang menyatakana dia berada di Masjid Tanah, Melaka petang tadi, mungkin ada urusan yang hendak dibuatnya di Melaka. Itulah coretan larut malam yang sunyi sepi. Esok WM akan merantau ke Pulau Besar yang mungkin teman-teman ada nostalgianya masing-masing. Teman-teman kelas 5sas2 yang mempunyai maklumat mengenai teman-teman sekelas sila kemukakan maklumat kepada WM. . Usia kita semakin meningkat dan tiada ubat untuk menghalang tua " Sesungguhnya AlLah Swt tidak menciptakan suatu penyakit melainkan menciptakan ubatnya, kecuali tua" Didoakan semua guru-guru dan teman-teman akan diberikan oleh AlLah Swt kesehatan dan kesejahteraan serta dimurahkan rezeki. Jam dah menunjukkan 3.10 am, udah ngantuk. Selamat Malam.
Sekian, Salam Ukhuwah dari WM.
Subscribe to:
Posts (Atom)