Roti kukus panas ! Bila baca coretan Mustafa hari tu baru la tau kisah sebenar mcm mana kita boleh sarapan makan roti panas. Saya selalu ceghita kat anak-anak pasal roti tu, tapi tak pernah pula saya rajin mengukus untuk anak-anak rasa macam mana lazatnya roti bila dikukus dan dimakan panas-panas! Bersyukurlah wahai ibuayah, masa kat KIK dulu makanan kat dewan makan tu dah kira cukup mewah.
Pengsan dalam kelas ! Masa kita dulu jarang dengar pelajar perempuan histeria.Yang ada pun kisah Shahidah macam Fatimah ceghita, tu pun mungkin sbb dia ada masalah kesihatan. Dalam kelas Sas 1 ada satu kisah pengsan yang masih saya ingat. Masa tu Ust Zainal baru masuk nak mengajar Bahasa Arab, sebelum tu semua sibuk menghafal surah Yasin sbb nanti time Ust Fauziah masuk nak kena hafaz sorang2. Sapa kena dan tak lancar nasib la....Tiba-tiba masa Ust Zainal baru nak bercakap si Rokiah Jambi hampir jatuh pengsan. Sungguh cepat kawan-kawan bertindak! Masing-masing lari nak membantu. Dia direhatkan atas kerusi, tak sempat jatuh. Ustaz suruh tolong ”angkat , bawa ke hospital”. Masa kawan-kawan nak usung tu, saya perasan dia tersedar. Rokiah pun tak jadi dibawa ke hospital…. Dalam hati saya kata; ”ni mesti takut hospital dan puncanya tadi takut kat ustazah.!” Minta maaf Kiah, pasai tulis ceghita ni!!!! Tak marah kot......
Kisah cerminmata ! Saya memang pakai cermin mata sejak form 1. Tak cukup vitamain A kot. La ni sekeluarga pakai , anak saya yang kecik excited jugak nak pakai. Bila dah kena pakai tak mau pula, baru tau betapa tersiksa dan tidak selesanya terpaksa memakai kacamata. Mata pun jadi tak cantik.... Pakai cermin mata ni, duit habis kat situ ja. Kalau barang kemas; gelang, rantai , cincin tak tau la berapa banyak dah saya kumpul untuk diwariskan kepada anak cucu. Biasa la, kadang-kadang kanta pecah, bingkai patah,power bertambah dan mcm2 lagi.Yang seronoknya hilang....Dua kali semasa tingkatan 4 & 5 di KIK cerminmata saya hilang. Sekali masa naik keretapi balik kampung. Saya duduk tepi , letak tangan kiri yang pegang cerminmata kat tingkap. Tiba2 terlena, sedaq2 rasa gelap dunia sebab mata saya dah jatuh, tak tau kat negeri mana...Masa tu rasanya kwn2 kalut juga tolong cari, tapi saya kata dah jatuh kat luaq! Saya tak berapa ingat apa lagi yang terjadi lepas tu... ....Cuma saya balik sampai ke rumah dalam keadaan teraba2 dan oghang kata kalau mata tak berapa nampak sound pun trouble juga.Betoi dak Puaad?
Kali kedua hilang kat asrama masa kat blok B. Tak pasti saya letak kat mana, puas cari tak jumpa, terpaksa pi Klang buat baru. Tut tut hampir setahun lepas tu masa nak dekat SPM, kawan-kawan telah menemui sebekas cerminmata dalam store depan bilik air. Saya pun pi tengok,ada beberapa pasang. Ajaib, sapa punya?!.Saya pun check satu2 kot2 ada saya punya.Ada rupanya spek saya tu, tapi pelik bin ajaib ada nama siap ”carving” kat bingkai dia. Saya tak ingat ambik ke dak spek tu lepas tu....Sekarang ni kalau anak-anak hilang cerminmata kat asrama. Saya hanya mampu kata; ”Itulah hadiah untuk orang cuai ( hadiah pahala dari Allah sbb bersedekah dgn cara meninggalkan atau letak barang-barang milik sendiri di merata-rata tempat yang tidak sesuai)”.
Pernah jugak di lain ketika dan di tempat lain serta di negeri lain, bukan di KIK, kerana kecuaian saya jugak, rakan di sebelah saya dalam kelas telah berbisik kepada saya;”kat tangan kawan kita tu bukan ke jam awak?” Baru saya sedar saya telah tertinggal jam waktu wudhu’ di bilik air. Dan, saya rasa kawan saya tu tak tau itu saya punya atau mungkin dia nak mengajar saya. Saya nak tanya, tapi lepas tu dia tak pakai lagi jam tu. Lama-lama saya pun terlupa. Sayang jugak, jam tu hadiah dari ayah saya... ( Ada sedikit pengajaran bagi saya : Orang yang cuai, suka mengelamun, suka berkhayal dan berangan, suka bermimpi di siang hari, tidak fokus,...selalu rugi. Cuma, jika kita tersedar, selagi hayat masih dikandung badan, kerugian itu masih sempat untuk kita ganti balik)
Wassalam.
FarahDina
No comments:
Post a Comment