11 February 2008

Catatan Perjalanan P dan Balik ke Sri Iskandar

Assalamualaikum,
Rasa tertarik untuk menulis kisah perjalanan ke Sri Iskandar ni. Sebenonya lain kali jangan la buat perjumpaan waktu cuti serentak macam tu, boleh biol kepala dengan traffik di highway. Mulanya janji dengan Fuad nak jumpa di Tol Sungaai Lalang (SP Utara) pk.9 pagi, entah macam mana tengok jam pukul 9 masih dok di rumah (Baling) lagi. Pecut kereta ke Sungai Lalang sampai rumah Ammar dekat pukul 10 pagi. Masa dalam kereta dok berangan hari ni nak jadi tuan, pakai driver pulak, tumpang kereta Ammar atau Husing atau kereta Lok. Memang tadak niat nak memandu. Sampai rumah Ammar dia kata Pajero dia aircond rosak semalam, tak boleh repair sepab raya cina. OK kita naik keta Husin. Tunggu punya tunggu nampak Lok jalan kaki masuk rumah Ammar, Lok kata keta Husin pecah paip air pula. Memang sah la saya kena jadi dreba hari ni. Nasib baik isteri Ammar jamu nasi lemak. Bawa keta nak kejar Puat, dia tunggu di Juru. Sampai dekat juru 2km lagi nak masuk plaza tol keta dah berbaris panjang, jem lagi nak amik tiket tol. Puat kata dia tunggu di Bukit Gantang, kejar lagi. Puat kata dia dah jalan, kejar Puat, dia tunggu di tol Kuala Kangsar. Sampai di Cangkat Jering tengok keta berbaris panjang. Puat kata jem lagi. Kami keluar ikut cangkat Jering ikut jalan lama ke Kuala Kangsar. Puat dan uncle shidi tunggu distesen ketapi. Saya tak tau tang mana Sri Iskandar. Ikut Puat dia cekap di Perak (projek dia dalam negeri Perak). Ikut jalan Parit. Jalan cantik, keta tak banyak tapi bengkang bengkok. Puat pecut sungguh. Merana Honda nak keja Murano Puat. Sidi pun pecut juga. Pertama kali sampai di Sri Iskandar. Orang Perak dah lama tunggu. Sampai hati ASMAWI tak tunggu kami. Memang hajat nak jumpa Mawi. Terima kasih Latifah dan suami yang beri layanan dan jamuan yang sungguh klass. Puas hati. Pukul 5.30 ptg cabut balik. Ikut jalan mula mai tadi sambil tengok kedai nak beli paip air keta Husin. Habuk pon tadak. Sampai cangkat jering berenti di bengkel Melayu. Lega. Tapi hampa paip tadak. Last kata kat Husin hang amih tayar dalam motor potong, nanti kita ikat paip yang bocor. Dalam keta nasib baik ada gunting yang saya selalu guna potong rambut pelajar. Husin buat keja dalam keta. Sampai di Bukit gantang 7 30 cadang nak berhenti solat maghrib. Tengok orang berbaris panjang nak solat. Alhamdulillah. Tapi kami tak jadi terus pecut. Puat tel hangpa jangan ikut juru, jem terok nak masuk ke Jambatan P Pinang,. Kami keluar ikut tambun masuk balik tol Sungai Dua. Sampai di SP, makan dan solat. Sampai rumah Ammar buat keja, repair paip keta Husin. Kata kat Husin hang ikut jalan biasa ke AS jangan ikut Highway. Apa-apa hal hang berenti umah Puat di Bt 17, amik keta dia sebiji. Saya terus pecut ke Baling. 1230 sampai rumah. Pukul 130 kontek Husin. Dia dah sampai di rumah Lok tapi keta dia meragam lagi kipas pula tak jalan. Wah kacau. Dia amik keta Husin. Tabik kat Husin pukul berapa dia sampai Canglon pon tak tau. Memang nak menguji semangat dan erti persahabatan selepas 30 tahun. Pagi-pagi Fuat SMS bagi tau hal Husin. Dia ambil berat sungguh dengan kawan-kawan ni.
Pukul 9 pagi SMS kat Syed Abu Husin pasai pa dia tak mai. Lepas tu dia call. Katanya tak dapat maklumat. Lain kali dia kata bagi tau awal-awal. Dia pun teringin nak berjumpa juga. Apa hal pun Puas hati dan seronok yang tak dapat dipadamkan dari sanubari. Tahniah kepada Datok Dolah dan Nik yang sanggup datang. Lain kali kita jumpa lagi. Dari ZUBIR

No comments: