Alhamdulillah....banyak sungguh manfaat yang diperolehi dari forum:"Penghayatan Ramadhan Keberkatan Hakiki" di Putrajaya hari ini.
Kalau boleh rasanya ingin menulis segala-galanya di sini...
Bagaimana kita mencari Lailatul Qadar ?? Kata ustaz Mohd Farid Ravi :"Ada orang buka pintu dan tingkap, menjenguk keluar rumah melihat langit cerah atau tidak....Ada yang melihat pokok-pokok sujud menyembah tanah atau tidak....Ada juga yang naik motor ke sungai untuk melihat keadaan air sungai, tenang atau sebaliknya..." Kalau air sungai dan laut tenang itu maknanya lailalatul Qadar...
Begitukah caranya kita mencari Lailatul Qadar ?! Mungkin ya..:) :)Kata beliau juga; "Sepatutnya orang berpuasa menjadi fursan finnahar, wa ruhban fillail (cergas pada waktu siang dan giat beribadat pada sebelah malam). Tapi, ramai yang....pengsan finnahar, wa rebah fillail.
Bazar Ramadhan jadi seperti Safa dan Marwah.....
Ada orang bukan Islam menyebut : "Pelik sungguh orang Islam. Puasa bagai nak mati, makan pun macam nak mati."Janganlah hendaknya kita buktikan bahawa pandangan negatif mereka ini adalah benar.
Masih ada waktu untuk kita mengejar fadhilat Ramadhan dan Lailatul Qadar.Sama-samalah kita paksa-paksakan diri menangis bila Imam membaca qunut dan doa yang penuh syahdu di rakaat terakhir witir.Diriwayatkan sesungguhnya Abul Qasim al-Junaid jatuh pengsan sebaik saja menyedari Ramadhan akan melabuhkan tirainya !!
Sama-samalah kita menghayati Ramadhan dengan penuh makna. Entah sempat ke tidak kita bertemunya lagi di tahun depan...
Wassalam
FarahDina
18 September 2008
Buat Semua Sahabat Gen77 ADAM DAN HAWA : ......
SELAMAT MENERUSKAN BERPUASA...MOGA KITA SEMUA DIPERTEMUKAN DENGAN NIGHT POWER (word tok lah) LAILATULQADAR...DAN DIPANJANGKAN USIA HINGGA DAPAT BERTEMU RAMAZHON 1430H..
" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....
MAAF ZAHIR DAN BATIN....
Changlun.
18/09/08
9.55 pgi.
SELAMAT MENERUSKAN BERPUASA...MOGA KITA SEMUA DIPERTEMUKAN DENGAN NIGHT POWER (word tok lah) LAILATULQADAR...DAN DIPANJANGKAN USIA HINGGA DAPAT BERTEMU RAMAZHON 1430H..
" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....
MAAF ZAHIR DAN BATIN....
Changlun.
18/09/08
9.55 pgi.
Subscribe to:
Posts (Atom)