23 February 2008

Titipan Kasih Motel Desa

Assalamualaikum Semua Suku sakat Gen77

Syukur kehadrat ilahi kerna perancangan yg dilakukan oleh orang kuat Ganung Hj Mang dan anak buahnya untuk melaksanakan Liqa' Pantai Timur menjadi realiti. Seramai 18 orang dari Terengganu, Kelantan dan Pahang telah menghadiri majlis yg diadakan ini. Tiada kata2 yg dapat digambarkan disini utk mengisahkan Liqa' ini dgn tepat. Kepada sahabat2 yg hadir mereka boleh bayangkan sendiri kesyahduan dan keterujaan yg dialami. Mcm2 perasaan yang terbit disini. saya tak berhajat utk memanjangkan cerita disini. Utk tatapan semua di uploadkan beberapa potret pertemuan ini yg sempat dirakamkan oleh jurugambar import khas dari Melaka [ anak Muhabbatien ] dgn menggunakan kamera saya.

Lebih syahdunya lagi Liqa' ini adalah kehadiran yg disayangi guru kita Dr Tn Hj Zawawi Ali [ ustaz, tazkirah yang diberikan amat menyentuh perasaan ] Tn Hj Din [ Pengarah IPG Batu Rakit - dulunya guru di KIK, maaf kalau silap, tak sempat tanya nama penuh] serta Pengarah Yayasan Terengganu Tn Hj Kamarul Amin [ junior kita 77/78]

Sahabat2 lain pastinya akan menyusul kemudian dari sudut lensa mereka pula.... insyaallah.

Sekian

Mohd Sanusi Shata


Dr Hj Zawawi Ali sedang menatap gambar lama di KIK yg dibawa dlm pertemuan ini.

Majlis bersalaman ketika Dr Hj Zawawi mula2 tiba. Mohd Zain[ berkacamata terpaksa balik awal kerana ada urusan yg perlu disegerakan] Tiada dalam gambar beramai2.




Hj Mang [ baju jalur ] sedang menerangkan ttg potret lama yg dibawa.


Masih lagi ttg kisah di KIK




Sesi foto diakhir pertemuan.
Depan dari kiri : Saidi Kadir, Imran Tahir, Pengarah YT Kamarul Amin, Hj Mang, Pengarah IPGBR, Dr Zawawi, Yahya Daud, Kahar Daud dan Azami Ghani.
Berdiri dr kiri
: Kamal daril, Mohd Sanusi, Zaki, Razali, Rosli Abas, Muhabbat, Weldan Che Kob, Fuad, Lokman Mamat [ dimaklumkan dan diajak masa saya dlm perjalanan ke tempat pertemuan], Ali Jusoh dan Hashim Sulaiman.

GEMPAQ2 REUNION PANTAI TIMOR BARU AJA HABIS 230 - 630 ptg

A'kum.
Nasik dagang lauk ikan aye tulang rapus dok abih,
Nasik kuning, krepok ikan aye, semua jenis makanang dang minumang dok habis,
hj mang susah hati, dok habis bukang kerana kawang2 dok mari, kerana mereka asyik berpeluk2 kang sapa dok cara makang2 minum'. Lain kali dok payoh tajalah, mereka kenyang dengan pelokang, gurau senda dang mengimbas cerita lama saja, makang minum dok brapa ca'ra!

Kehadirang kik 19 0rang + Ustz Dr Zawawi + Cikgu Khairuddin + Hj Kamarul + Mem Muhabat + mem & 4 anak ana + mem saidi + anak dia + mem kamal + mem Hj Kamarul & anak2 + mem Jeng & anak2 - ada la 40 orang.

1. Weldang & Puad G - petang khamis dah lalu didungung, perkeana sutong goreng & ikang goreng celop tepong di Pantai Telok Lipat dengan hj mang & Jeng. Malam tu katanya Kamal ajak makang di restoran trapong Saidi Kadir & family joint skali. malam tu mreka menginap di atas bukit Pak Apil.

2. Ustz Ali Yusof - smasa tazkirah beritahu dia dapat 9 BM smasa SPM, usaha smula sehingga kini jadi Guru siswazah dan mengajar di SM Kuala Berang. Dia dah kecek Zaidah ajak mari, tapi dok mari jugak, kecek lagi ustz suroh zaidah tulis dalam block.

3. Yahya Daud - sejak last skali saya jumpa di Bank Islam Kemamang, tukar 2/3 tempat di Perak kmudian Shah Alam, skarang Bank islam Jertih. Hari ini dia sukarela jadi mc. trima kasih yahya.

4. Wan Zaki - Penjaga Gol terhandal kik, skarang JKR K Trg bhg Plan2. kalu nak plan2 rumah molek kita cari dia. Asyiknya dia bercerita sapa saya tanya dia kelas mana pong dia lupe, rupa sendiri dalam gambar pong dok ingat, bravo zaki!

5. Muhabat & mem losongnya - dia maing crita hindustang dulu ngan awok2 shingga ana pong hampir terkena, tq muhabat, mem & anak laki2 - anta memang hero sgala hero, kat mana maing pilem anta mesti ada - keep it up!

6. Hashim Sulaiman - slepas ana jumpa dia didungung 5/6 taong lepas, skarang mengajar di Kruak ulu besut. Kalu sapa nok gi la hot spring, buleh cari dia - maintain bor-- macam ana jugak.

7. Rosli Abas - rakan silat 'double summer short ' ana. Hari ning dia paka cincin besar 3 bentuk. ana nok mintak se dok dang takdi. Nanti ari lain jumpa ana akan mintok. Ustz di Al Muktafibillah Shah. Kalu sapa2 breti di RNR AMBS tanya Ustz Rusli budak dok branok lagi pong kenal dia - famous sungguh!

8. Lokman Mamat - SMK Ibrahim Fikri, Seberang Takir.Skarang cuti 1/2 pay krana berbakti kepada ibu tercinta di gong lilit Jertih. Sejuk perut ibu - mengandungkan anta. ana sungguh terharu tadi bila anta crita bakti anta kepada ibu anta.

9. M Sanusi M Shata - geng silat ana jugak, maintain macho, mengajar jugak. Dudok di Padang Luas Jerteh. Dia kpala geng penggerak besut hari ning, shabas sanusi !

10. Kapten (B) Saidi kadir - bersemangat sungguh shabat kita ning, mana2 dia ada, esok nak gi mlaka pulak dia kata. Pengedar utama young cofee, sapa2 yang beli tadi ana rasa akan 'power'. Memory dia tak dok org buyleh lawang.

11. Kamal Daril - maintain cute, dudok di Chendering depang atikah soket factory. kalu sapa2 nak tau duana tepat mas banyak pakat2 kecek dia. ana pong nok tupang skali. Dia ngan Muhabat tadi cakapr bao, bao aje mende tahu.

12. Razali Mamat - taukey pre paid tersohor di hosspital nur zahirah tganung. maintain slim high. Lepas balik rumah terus talipong ana dan katanya malam ning dok tidor untuk melayari blog. Dok leh nak gambarkan perasaan katanya sejak hidup 48 taong ning, gembura tak terkata.

13. M Kahar - maintain soft & cool, Dudok Jreteh, ngajor jugak katanya, sorry la kahar dok ingat doh skolah mana takdi.

14. Imran Tahir - mawi ana dok stuju kalau anta kata merang dok aktif, hari ning dia lincah sungguh dia, maintain macho & slim lebih dari skolah lagi. Masa berucap tadi siap panggil kami2 semua, " pelajar2 - dia terbabas", satu dewang suka. Mengajar jugak, berkereta sorang diri dari Pantai Irama Bachok ke sini. Akan menulis dalam blok pakai tulisan yang akan disken katanya, tulis merang, tulis 1 .

15, Azami A Ghani - bila dia balik saja mem ana tanya, tu yang tadi berbaju batik bersongkok, maintain slim YB ex kik ke tanya mem ana (dia bertukar ngan Wan Mohamad W Hassan). Dok eh kata ana. Mengajar jugak katanya, skolah kerajaan negeri dah 22 taong katanya.nama skolah ana dah lupa.

16. Md Zin b Jusoh - kerja talikom dungung, dia balik awak siket kerana nak ngedar kat jemputang anak laki2 sulong dia nak kawing 15 mac nanti rumahnya di blakang SM sains Dungung!. nanti kita pa'kat gi lah weh!.

17. Cik Gu Mohd Khairudin b Hj Zakaria - blajar kik 69 - 72, mengajar kik econ 79 - 88, skarang Pengarah Institut Perguruan K Trg, Batu Rakit. Isterinya batch kita Mardziah bt Ibrahim skarang di SMKA Seikh Abd Malek, K trg. Trima kasih daun kladi cikgu. Tak puas ana berbual dengannya banayk commom topic ana dengan beliau, walaupun ana tak jumpa dia di kik.nanti kita sambung lagi.

18. Tn Hj Kamarul Amin - junior kita stahun. Razali kata smasa dia di form4 selalu nusuk bilek dia takut kena rangging. Skarang Pengarah Yayasan Trg. Tq tuan hj kerana hadir. nanti kami jemput lagi.

19. Last but no least AlFathil Ustz Dr Zawawi b Ali. KIK 77 - 83, Tok Jiring 83 - 88, SMA Seikh Malik 89 - 91, Cuti blajar MA UIA 91 - 93. MPI 93 - 99, Maktab Batu Rakit 2000 - 2005 (bersara), PhD UIAM Ogos 2007, Isteri Sharifah Hamadiah bt Syed Husin Lecture di UDM. Bila ustz kata kamilah nak2 beliau kerana beliau dicoba sehingga skarang tanpa zuriat, menitis air mata ana sehingga nak balik pong kami berpelukan lagi. Tinggal di Duyong Kecil dekat mesjid lama.

dah 1218 ning, nanti sambung lagi. baru balik jengok calong, esok orang blarok calong, ana kena gi tengok minyak.

p/s : shabat2 reuninon hari ning kalu ulasang ana tersasul & tersinggung - kemaafan jua dipohon.
sahabat2 yang ada kamera tadi, sila masukan gambar, VC ana nak kena down load dulu.

wassalam
hj mang

DATOK LAH JANGAN JELES / TAK JADI REHAT

Assalamualaikum semua .

Nampaknya Datok Lah ni cemburu sungguh tengok nama Bakar keluar, apa ada pada nama. Sorry la. Kena suruh Asmawi buat satu lagi email saya punya. Email ni tak leh katup la, kawan-kawan pun kadang-kadang pakai juga.
Seperti kata Fuat, kami ni nak cuti dulu bulan Mac ni, nak raya dulu. Tapi curi-curi juga tengok blog dan semak email. Hari ni berkurung satu hari d USM, Penang. Sampai pukul 8 malam, pas tu buka email dan blog sat. Tak buka rasa nak buka.
MANA GAMBAQ LIQA' DI MELAKA ?
Cepat la bubuh, nak tengok suku sakat Hang Tuah dan cucu cicit Hang Li Po.

Ada orang kata Hang Li Po tu keturunan orang Kedah sebab tu nama dia mula dengan hang. Hang Tuah tu pula anak cucu Hang Li Po. Betul ka ? Apa-apa hal pon orang Melaka memang berani macam Wak Man. Kena tukaq nama dia jadi Hang Wak Man.
Macamana Datok Lah dengan Mawi. OK Masuk la gambaq oghang Melake tu no !

KERUSI IMPOT DARI CINA

Kerusi Kayu Buatan Keturunan Genghiz!
Assalamualaikom!

Tentu ada di antara Gen77 yang pernah duduk di atas kerusi seperti ini.

- genghiz

Kenangan 77 di Pantai Timur

Assalamu'alaikum. wbt.

Didoakan semuanya sehat dan gembira disamping keluarga. Wakman dah lama tak muncul di Blog ni, tumpang gembira bila dah ada penulis dan pelakon tetap n setia. Datok Dolah, Fdina, Che Pah, Bakry, Fuat, Muhabbatie (dalam sibuk2 , masih sempat lagi terbang kesana kesini) dan lain-lain lagi. Wakman doakan majlis di Terengganu yang Hj.Mang uruskan akan berjalan lancar dan selamat. Jangan lupa rakam dan kirim kat Muhabbatie, wakman nak tayang kat majlis pertemuan di Melaka esok masa penamaan calun DUN Kandang, wakil calun Kak Timah dan siap semuanya. Ok lah , ayam dah berkokok, dah ada 3 pasang kena tangkap malam tadi, pagi semalam (Jumaat) 5 orang. Dikesempatan kawang2 semua berjumpa, wakman ingatkan jangan lupa kepada teman2 kita yang telah meninggalkan kita semua (al-Fatihah) kita doakan kesehatan serta kesabaran bagi teman2 yang sakit, dan jangan lupa pula tanggungjawab semua pada 8Mac nanti. Gembira bersama keluarga, meriahkan situasi setelah teman2 Gen 77 dapat bertemu semula, Wakman mengalu-alukan kehadiran semua teman2 ke Majlis Pejumpaan Gen 77 di Melaka (Rumah Kak Timah ) Selamat Maju Jaya.