03 March 2008

Gen77 di Sarawak 1

Assalamualaikum wmt wbt kepada kawan2 Gen77 sekelian.

Setelah menyepi beberapa hari, kerana tugas n komitmen yang bermacam2, hari ni nak cuba menulis dengan password baru ni, harap2 menjadi lah yee..

Alhamdulillah...nampak gaya blog kita makin meriah ni, dengan gambar2 reunion di sana sini. Abang As kita yang lama menghilang dah munculkan diri di Kuantan... Mawi pun nampak gayanya merata tempat dia pergi, sesuai la dengannya sebagai moderator..

Paling teruja melihat daya usaha Saidi n Kak Teh Rohana Mahadi yang turut serta dalam blog ini. Kak Teh, maaf tak sempat ziarah masa reunion di Melaka dulu. InsyaAllah, ada rezeki ketemu lagi. moga kak Teh terus tabah menghadapi ujian n hanya kepada Allah dipohonkan kesejahteraan, WallAhul musta'an..

Gen77 di Sarawak (27 Februari 2008)

Kebetulan menghadiri satu seminar di UiTM Sarawak saya telah mengambil kesempatan menjejak kasih, mencari Gen77 di Sarawak. Saya ke Sarawak dari 26-29.2.08. Alhamdulillah, berkat info dari kawan2 dapat lah saya menjejaki Yaakob Rahim (melalui Ismail Hasan) n Jalilah (melalui Hj Mang). Dengan no telefon yang diberikan saya hubungi kedua2 rakan kita ni sebelum berangkat n berjanji untuk berjumpa di Kuching nanti. Kebetulannya Yunus dari Sabah pun menyertai seminar tersebut... Wah, saya dah mula membayangkan seronoknya dapat berjumpa n reunion di Kuching ni..

Sampai di Kuching terus hubungi Jalilah n diapun dah teruja sangat nak jumpa saya. Maklumlah dulu masa main hoki dia penjaga gol, saya defender..tapi keadaan blm mengizinkan untuk kami berjumpa. Hari kedua saya hubungi Yaakob menyatakan hajat untuk reunion bersama Yunus n Jalilah. Pada mulanya Yaakob agak keberatan kerana sibok dengan urusan dah dekat2 pilihanraya ni kan, tapi saya katakan nak jumpa sekejap aje pun cukup la...akhirnya dia setuju. Pada hari tu juga saya bertemu dengan peserta2 lain, dari kampus2 UiTM seluruh Malaysia...
wah..ramainya juniors x KIK yang sama2 jadi peserta. saya usulkan kepada adik2 ni untuk reunion pada malam tersebut di Waterfront.(kebanyakan mereka panggil saya Kak Pah je...)
Sebelum reunion saya bersama beberapa kawan lain menyeberangi sungai Sarawak, ke seberang untuk membeli kek lapis Sarawak, naik sampan cuma 30 sen saja tambangnya. Yunus call bagitau saya dia kena menghadiri satu perbincangan dengan orang2 besar plak, mungkin tak dapat bersama saya...ya la, semua dah jadi VIP kan!

Sewaktu di seberang, Jalilah call, bagitau dia dah sampai di jeti, menunggu saya. Bila turun ja dari sampan tu, saya nampak Yunus dah bersedia menaiki sampan yang saya naiki tadi. n saya nampak seseorang di Jeti..itulah Jalilah, tak banyak berubah pun... Kelakarnya mereka berdua tidak mengenali satu sama lain. Yunus dah bersedia menaiki sampan yang saya naiki tadi, tapi saya minta dia tunggu sebentar untuk bergambar bersama Jalilah.

Yunus, Jalilah n Che Pah

Tinggallah saya berdua dengan Jalilah, berborak cerita2 lama n bertanya khabar kawan2 lama sambil menunggu Yaakob pulak ni..hujan dah renyai2, mana Yaakob ni, jadi ke tak datang jumpa kami? Bila saya cal Yaakob dah sampai n sedang mencari tempat parking.. Alhamdulillah, kami bertiga dapat berjumpa. Yaakob n Jalilah dah jadi Orang Besar di Kuching ni..kami pun berborak macam2 cerita yang keluar, sambil menikmati juadah (terima kasih Yaakob kerana belanja kami makan)..hujan makin lebat..tapi kami tetap tak berganjak, hingga akhirnya hujan reda.
Jalilah, Yaakob n Che Pah



Bila hujan reda sampan ke seberang beroperasi semula. Seketika sampailah juniors x KIK yang baru balik dari membeli kek lapis di seberang. saya mengajak mereka bersama, bergambar n berbual2 sekejap..

Gen77 dengan Juniors, X KIK


Selepas tu juniors pun berlalu..Kami bertiga dengan beberapa kawan n suami saya meneruskan perbualan disamping menunggu Yunus..dah jam 10 lebih Yunus belum balik ke seberang sini, anak dara sunti Jalilah pun dah tak selesa, Jalilah pun terpaksa berundur dulu..dah hampir 10.30 baru Yunus muncul n kami teruskan perbualan tanpa Jalilah. Hampir 11.30mlm baru lah kami beredar. Itu lah cerita pertemuan di Kuching. dari Indera Kayangan n Negeri di Bawah Bayu, kami berkumpul menjejak kasih di Bumi Kenyalang. Seronoknya dapat jumpa kawan2 lama...moga bertemu lagi...Wassalam




Che Pah

MAT SENTUL DAN PARAM

Assalamualaikum WBTH
Tajudin , Semawi :
Alhamdulillah , Tajudin puas hati bila dapat tatap wajah hang yang terbaru , suara hang tetap maintain . Semawi pula aku minta maaf sebab belum dapat berbual lagi .Norlela - kalau tak silap dulu masa di KIK kamu ada cita cita nak jadi ahli Bomba kan ? Tapi Fazilah tetap spt dulu .



Cuma kali ini mari kita kongsi gambaq 77 masa kita jadi pengawas dan melawat Singapura , tarikh dah tak ingat , sampai di Johor kita melawat Sekolah Tun Fatimah , tidor di Masjid Sultan Abu Bakar , pagi esoknya sebelum ke Singapura sarapan di Restoren Jalan Melderum .


Yang seronoknya terserempak dengan Pelakon ternama seperti Param , Mat Sentul dan ramai lagi , maka berebut berebutlah ustaz dan ustazah nak posing dgn artis



Perhatikan : Tajudin , Dato Dolah , Semawi , Jumaiyah ,Khadijah ,Pak Soenaria, Allahyrham Cikgu Md Isa dan abang abang senior.

MAHABBATEIN

Malam yang indah.....Kuantan


Assalamualaikum teman semua....
9.31 am. 28/2/08 Fadzilah sms kat saya.... dia, Samawe & Norlela nak raikan Asmawi makan malam di Kuantan, kalau boleh hadir.... Temerloh ke Kuantan tak jauh, kata dia.. tapi 120km juga... Tak fikir panjang..... hati saya kata mesti hadir sebab dah terlepas dua pertemuan besar, 2/2/08 & 23/2/08.
Petang tu dalam keadaan hujan sekejap renyai sekejap lebat saya ke Kuantan...lebihkurang 9.10 mlm. saya selamat sampai ke restoran yang dimaksudkan, walaupun silap nama (masa Fadzilah sms). Mereka semua dah sampai awal, siap order makanan sekali..... Fadzilah dan Norlela dengan suami... Samawe, Asmawi dan saya single je, seronok juga jalan sorang-sorang......

Terperanjat saya bila tengok Asmawi....dah besar panjang tak seperti 31 tahun dulu... betullah dia tulis kat Haji Mang tu, bila lepas SPM sambung semula menyusu, besar & sihat...maaf Mawi...

Macam-macam cerita keluar malam tu.... rahsia.. tak rahsia.. ada belaka..... makan sekejap jeee... tapi bila bercerita tu sampai tak sedar dah lebih 3 jam kami berborak... itulah indahnya alam persekolahan. Selepas 31 tahun meninggalkan KIK terlalu sukar untuk melupakan setiap saat yang kita lalui bersama di sana..... Pahit, manis, suka & duka biarlah terus segar dalam ingatan. Cerita-cerita lain nanti saya cuba tulis kemudian.... ada cerita yang lucu masa latihan silat gayong, saya rasa ternampak-nampak... tapi tu kena tapis dulu....

Walaupun lebih 3 jam tapi tak banyak gambar sempat dirakam.... masing-masing tak henti bercerita sampai lupa ada kamera.... Alhamdulillah..... terima kasih Fadzilah sebab sponsor makan malam tu.

Masa balik saya senyum sorang-sorang (mujur dalam gelap orang lain tak nampak) bila ingat semula cerita-cerita lama tu... langsung tak mengantuk hinggakan sampai rumah pun pukul 3 lebih baru lelap.

Tajuddin...