17 January 2008

Cerita-Cerita Dari Norbakry.

Assalamulaikum, WBT,

Pagi tadi saya postkan satu gambar kelas 5sas1 77 harap-harap ada lagi tambahan kawan yang respon selepas gambar keluar dalam blog. Tapi itulah setakat ini Che Latipah, Husin Md Isa yang dah mula aktif...mana Ariffin Bakar, Yang Ariff Saarani, Husin Johari Ke... Bakar ke? Sin Hang kejut sikit Bakaq tu...

Teror sungguh kawan kita Dr NorBakry, dulu saya ingat dia ni pendiam tapi selepas 30 th nampaknya dia yang rancak bercerita. Semua dia ingat...sampai no dobi. Saya rasa tak ada orang ingat no dobi...yang saya ingat petang sekali seminggu kita berarak bawa cadar,tuala, baju dll, bungkus dengan kain pelikat utk dihantar dobi. Hari apa entaah saya pun tak ingat. Biasanya saya gumpal-gumpal masukkan dalam sarung bantal dan bawa kepada Pak Cik Hadi... tapi kawan saya Husin Md Isa, dia lipat, susun elok-elok. Secara semula jadi baru saya perasan Husin seorang yang sistematik. Sebab tu dengan mudah dia cari gambar 30 tahun dulu... scan dan email kepada saya...

Makan pisang di Masjid Sultan Sulaiman pun saya hampir lupa. Ingat semula bila Dr Nor Bakry bercerita. Hatta tengok orang makan pisang di Masjid Jamek KL dan Kg Baru sekarang pun saya tak ter"interface" kisah makan pisang di Masjid Sultan Sulaiman.

Tapi antara peristiwa/keadaan yang saya ingat di Masjid Sultan Sulaiman ialah kebanyakan kita tertidur masa di masjid samada Khatib dah baca khutbah atau bila saja duduk dalam masjid. Masa tu kan kita penat dan mengantuk...maklumlah malam study siang pula masuk kelas. Tapi yang peliknya sekarang pun tertidur juga...bila tunggu sembahyang jumaat.

Satu lagi masa tertidur ialah masa kuliah subuh...hari ahad. Alahai dahlah bangun pagi...hari ahad...pekena nasi lemak lepas solat subuh berjamaah...kena pergi dewan dengar kuliah subuh...apa lagi tidurlah masa kuliah...sedar-sedar kuliah dah nak habis...

Satu lagi peristiwa ialah setahun sekali ke 2 kali setahun adalah orang kaya kat kelang ke atau pelabuhan kelang hantar bas jemput kita ke rumahnya untuk baca Yassin atau Tahlil. Saya tak tahu kenapa saya tak berkesempatan pergi walaupun sekali. Prefect pilih kroni kot atau prefect tak nak bawa saya...tak kisahlah... ada satu kali kawan-kawan yang baru balik dan bercerita pengalaman pergi rumah orang kaya tu...

Seorang tu kata" best juga pergi rumah orang tu...makan beeest..." saya dengar ajelah.
Seorang lagi kata "ok juga pergi baca yassin dan tahlil rumah orang tu...bila balik dia kasi duit..."
seorang lagi kata "Alahai masa masuk rumah orang kaya tu aku terpandang anak dara dia... cantik sungguh...

Tak tahulah saya dalam 3 orang kawan kita tu minat dan kecenderungan siapa yang paling hebat...

Oklah Kita sambung lagi.

-mustafa mohd nor-

Nostalgia KIK, Part 4

Tq lok, for still remember me. Hang pun byk gak ingat pasal aku noh. Agaknyer hutang lama tak settle lagi kot. Apa pun hutang kwan yang ada kat aku(if any), dah lama aku halalkan.Kalau aku ada hutang, minta halal kan gak ek. Mana ler tahu kalau tak berjumpa nanti. Bukan cikgu sushama jer yg baik,may be dia jadi mak/kakak angkat klas kita, malah semuanyer cikgu2 ni yg telah byk berjasa ngan kita.Saya masih menanti gak kawan2 lain yg menulis. Ramai gak ada masaalah nak acces internet. Jadi minta jer anak2 bantu, Cuma cerita lama2 tu kena tapis sikit.bahayaaa

Siapa diantara kita yg masih ingat number Dobi masing2, kita kan selalu hantar baju untuk dobi. No aku 1688 (kalau silap maaf ek, dah lama bebenor), selalunyer aku guna sarung bantal jer or kain sarong untuk bungkus baju kotor, Tak lama lepas tu Koperasi KIK di ujudkan. Yuran bayaran $5. Apa ler akhirnyer koperasi tu. Minta2 semuanyer berjalan lancar Senang jer nak beli aiscream kat situ, Tak yah gi kedai mamak sebelah hostel tu. Kekadang jln tanah hitam kat situ becak.

Lawatan Sdr Anuar Ibrahim.

Beberapa hari slepas Dato Seri di bebaskan dari Kemunting, dia mai KIK waktu malam. Satu siri ceramah di adakan. Yang aku ingat dia kata kita beruntung belajar kat KIK. Tahu bahasa arab dan belajar ugama gak. Tak mcm dia. Kalau jadi engineer jgn design tempat kencing berdiri dan mengadap kiblat. “SB pun sure ramai kat luar dewan ni”.

Mlm jumaat , kita berbaris ke masjid nak baca surah yassin, balik makan korma’ ayam.Mula2 masuk masjid tu, rasa jakun gak. Carpet tebal dan glass yg bewarna, mimbar pun tinggi semacam jer. tu Selalu gak almarhum sultan datang sembayang jumaat. Melaka kan tak da sultan, Yang bestnyer dapat mkn pisang berangan yg di letak kat luar masjid. Sesekali aku ngan kawan2 baca yassin tepi makam sebelah tu, tengok tempat bakar kemeyan dan marble rasa bertambah jakun. Maklum ler datang dari kg. Seram gak tengok makam besar2 ni.

Masa Assembly Pagi.

Setiap pagi isnin ada assembly, KIK buat English speaking campaign, selalunyer prefect yg pakai cermin mata tu jer yg cakap, Rasanyer naim pun ada kot. Cuma Kamila tak brapa sure.Masa English teacher Mat Salleh tu datang (lupa nama mem tu), asyik menyanyi jer.(tengok pic arkib- sent by Pn Padilah) Selalunyer aku tak concentrate sgt masa assembly, aku standby chalk dalam poket ,sebab asyik mengapor kasut jer, Tp bukan setiap kali, kekadang jer, guna chalk.Heheheh.Lepas berjalan or 2 jam pas tu , kasut jd kuning semula. pas tu minyak rambut setepek. Maklum ler rambut aku tebal. Tp rasanyer tak penah kena tahan /gunting capuk. Ada gak terlupa pakai stoking. Pinjam kawan sebelah. Masa nak kluar pintu kanan dewan, prefect kan beratur jer , dengan confident jer ulurkan kaki yg berstokin. Siapa ingat incident prefect Adli(kalau tak silap) turun dari pentas dewan, agaknyer nak cepat,terlanggar glass tingkap, banyak gak darah kluar..l

Minggu Orientasi.

Paling gembira bila berbaris nak gi dewan, lepas hostel nak cross jalan, kan ada student yang tahan kereta. Maklum ler corner tu tajam, bahaya gak tempat tu. Pernah ada emergency break, tp tak ada kecelakaan. Bila aku lalu jln tu tahun lepas , rasa tak berapa bahaya sgt, jln dah lebar dan zebra crossing pun besaq. Bila lower six datang, kan depa mai lewat, selepas result SPM kluaq, seram gak. Tapi depa duduk jauh, kan hostel kayu kat belakang sana. Nak mai blok C n D pun depa malas, Ada gak 2/3 nama yg popular masih aku ingat. Aku ingat lagi seorang senior kelas Sc, bila Tanya nama, dia kata dial ah bakal menteri minyak pertama Malaysia. Masa tu kan Petronas baru menapak. Sampai laa ni portfolio tu tak pernah ada. Heheheh. Lepas tu yg aku ingat ada 4 org pelajar yg dapat biasiswa petronas, antaranyer Fauzi, Arpi ada kot(maaf kalau silap).

Cukup ler untuk mlm ni, tengah perah otak nak ingat 30 tahun dulu punyer cerita. Nanti kita cerita pasal sukan tahunan kat stadium, sukan Sea, acara berbasikal diadakan kat sana, Perlawanan bola KIK dgn Sek Izzudin, Merentas Desa, ikut tract keretaapi, sub station TNB pdg jawa etc. Tadi kawan kita Halimon janji nak menulis. Sama2 kita tunggu.

Sekian

Bakry

Masih Mencuba

Salam,

Sdr Asmawi,

Saya minta maaf kerana saya tak dapat kesan Saudara Saidi Kadir (Trg). Mungkin dia tak guna talian TM kot.
Walaupun nama Saidi ramai yang saya access, tapi tiada yang membuahkan hasil. Kalau sapa2 yang ada clue lain spt nama penuh ayahnya/lain boleh maklumkn kpd saya.

Berkenaan guru2 dan ustaz/ustazah kita tu saya blurr sikit lah sbb tak tahu mereka lahir tahun bila. Kadang2 geli hati jugak bila tersilap org. Nama ada beribu2 yang sama kdg2 naik juling biji mata kita.

Walaubagaimana saya akan cuba dapatkan semaksima mungkin.

No.tel Habsah Md Jadi, Faradhina dan Asnah Rahim saya akan smskan .

TQ

Wassalam


Dri,
Fatimah Hassan
5 Sc 2

Salam Lok buat Dr. K

Assalamualaikum........


Salam hormat..bertemu juga kita akhirnya setelah 30 thn dgn masing2 membawa diri. Dibantu dgn kecanggihan teknologi serta kepintaran otak manusia kerdil bernama asmawi maka kita dapat berjumpa dan berbicara disini.kita sepatutnya menghargai usaha dan susah payahnya.inilah yang dinamakan sahabat...


Dr.Kay(nama glamor bakri mat derus di kik)..t.kasih atas call mlm tu.kami bercerita panjang. semuanya berkisah tentang kik dan juga perjumpaan diklang. bila menatap wajah kwn2 semasa direstoran tu amat teruja sekali hati saya.sorrylah mawi. saya gagal hadir walaupun teringin sgt nak jumpa kalian semua.saya menatap wajah sahabat2 satu per satu.sedih ada, sayu ada dan mcm2 lg yg datang dlm fikiran saya.perasaan itu timbul apabila diteliti kebanyakannya dah terlalu banyak berubah. banyak yg tak terbayang.siapa sebenarnya.sorry mawi..bukan sengaja. 30 thn terlalu lama .memori dah terlampau slow...yg.tak banyak berubah dr.kay dan md.nor yaakob.masih steady.begitu juga cikgu sushama..yg lain masih ada yg saya langsung tak ingat..utk arpi taib.dialah satu2nya kwn baik masa diklass dulu.munkin dia dah lupa.slm utk dia... dr.kay adalah murid kesayangan cikgu sushama. cita2 cukup tinggi dan alhamdulillah apa yg dicita dah dpt.tahniah...utkmu kwn. dan sambutlah salam ingatan dari lok utk kamu.... jumpa lagi


Lok......5 Sc 2

Hello Mat Hussin

Hussin

Welcome to the blog my friend.......at last. Saya gembira kerana penungguan sudah berakhir...:) Terimakasih kerana sanggup berceloteh lama-lama.

Rahman Jusuh,

Dia ni budak Marang Terengganu ke. Mungkin satu sekolah di Marang dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Asmawi, if you have time pls extend my warmest regards dan kalau boleh minta no telefon.

Saidi Kadir,

Juga orang Marang. Tiap-tiap raya beberapa tahun dulu akan datang ke-rumah. tapi saidi tak be rapa boleh bercakap. He cannot control his muscles well, tapi dia tetap ceria walaupun kurang sihat. Saya dah dua tahun tak balik Terengganu jadi tak tahu apa berita Saidi yang sangat rapat dengan emak saya (ustazah di Marang). Saya akan menelefon emak saya dan cuba bertanya khabar dan di mana Saidi.

Cerita Kristian

Ini cerita lama tapi ramai lagi yang impliedly "tertanya-tanya" samada saya benar-benar pernah memasukki ugama Kristian sapertimana yang dihebohkan. I didnt realise that story has made me some kind of a celebrity and has endowed me with notoriety and infamy:) Jawapannya TIDAK. hanya tersalah tukar borang pendaftaran dengan kawan Kristian (Martha Low) duduk disebelah saya. dia terambil borang saya. Jadi ugama saya tertulis Kristian, Martha jadi Islam. Tapi dia tak de cerita kecoh macam saya.

Tapi sebagai mana yang saya ceritakan pada Asmawi dan Naim tempuhhari, that was the bleakest of the bleakest part of my life. What happened was a cruel joke. Yang paling sedih, tak ada seorang pun pelajar Islam yang mahu muncul dan bertanya samada cerita tu benar, malah membesarkan cerita. It appeared that ramai yang lebih sanggup percaya bahawa cerita tu benar, (kecuali Naim...you are the BEST, mawi engkau jauh, so you're excused bro!!!) tapi Naim hanya dapat tahu bila mak saya datang ke UM dan terus menangis dan hampir pengsan bila nampak saya (masih pakai tudung lagi masa tu). Saya hanya tahu bahawa saya "masuk" Kristian selepas confrontation with my mother and horror upon horror semua budak melayu UM tahu cerita ni. yang bukan kat UM pun tahu, Yang kelakarnya, ramai yang melihat saya sembahyang tunggang tonggek tapi tidak tergerak untuk bersuara. Rupa-rupanya cerita merebak macam api, sampailah kononnya saya telah dibaptiskan (digereja brickfield) dan bersembahyang digereja tiap-tiap hari Ahad. Saya ni kuat tidur, macam mana boleh pergi gereja:):) Masa tu tak tahu pun kat mana gereja di KL. For the record tak ada gereja kat brickfield.

Saya mengalami nervous breakdown. Saya terpaksa meninggalkan Universiti selama 2 tahun kerana tak boleh tidur. I the University very angry and disappointed that nobody came forward to at least warn me that the rumours were spreading like wild fire. Pada saat tu (masih muda dan panas baran) saya berjanji tidak akan memaafkan sesiapapun yang menyata and membesarkan cerita dan percaya bahawa saya ni MURTAD. Dosa besar tu. Tapi marah dan baran tu lasted only 3 weeks. Lepas tu menyesal dan tak mahu marah lagi. Masa tu baru saya sedar mungkin ramai yang mendiamkan diri, mungkin kerana takut untuk bersuara, maklumlah saya ni brutal and perhaps because I changed somewhat. Anyway, to forgive and forget are empowering. You become a better person. You suddenly stop being jugdmental until you step into another person's shoes.

Kawan-kawan Kristian saya bilang, cerita tu keluar mungkin sebab saya kuat sangat kutuk budak-budak Kristian dan kutuk bible, baik old atau new testament. Payback time. Budak-budak Kristian tu bukan tahu langsung pasal bible dia orang, jadi saya selalu mempermain-mainkan dan memperkecilkan kitab injil. Kalau baca genesis memang kelakar betul, macam cerita hindustan. Tapi budak-budak Kristian tu tak kecil hati, sampai sekarang kami masih berkawan rapat dan saya masih terus mengutuk kitab injil, with more sophistication.

Moral of the story, jangan cepat sangat percaya khabar-khabar angin. Banyak yang tak betul dan ditambah tokok. Kus semangat. Dengan posting ini saya harap tak ada lagi lah timbul cerita kristian tu:)

Fauzi Ahmad

Saya baru habis lunch dengan Fauzi Ahmad, ketua kelas 5SC1 dan sekarang jadi pakar bius di Pusat Rawatan Islam PUSRAWI di Jalan Tun Razak.

Arpi turut datang dari jauh di Proton Shah Alam untuk bersama-sama kami. Mustafa Mohd Nor yang turut dijemput tidak dapat datang kerana ada hal mustahak di pejabat.

Ya Allah. Memang saya mati-mati tak kenal Fauzi. Fauzi yang saya kenal di tahun 76-77 dulu kurus tinggi slim orangnya. Fauzi yang saya jumpai hari ini saiz dia almost 2X saiz dulu. Silap-silap 2.5X. Dengan frame sedia ada yang besar, ditutupi oleh flesh and muscle yang besar, alamak....nampak besar sungguh la si Fauzi. Kalau dia bukan duduk sebelah Arpi dan tegur saya dahulu, sah la tak kenal. Kami berpeluk-peluk lagi di depan semua orang :).

Fauzi ada 3 orang anak. Dengan kehendak Allah, isteri beliau meninggal dunia 2 tahun dulu akibat kanser. Inna lillahi wa-inna ilaihi raaji'un. Dan Fauzi masih menduda hingga sekarang. What a great sacrifice he has done for his children. Yang paling bungsu dah habis SPM dan sedang tunggu result. Beliau tinggal di Bt 9 Cheras.

Sewaktu di KIK, kami amat rapat. Pada malam terakhir selepas peperiksaan SPM, Fauzi belanja saya tengok wayang "Close Encounters of the Third Kind" kalau tak silap. Saya panggil dia Tok Penghulu. Dia kata "malam ni Tok Penghulu nak belanja Asmawi tengok wayang sebelum kita balik kampung. Tak tahu bila pulak akan jumpa lepas ni". Rasanya Weldan dan Hasan Golek pun lompat pagar malam tu. Dalam nakal-nakal pun, terasa jugak syahdu malam tu sebab esoknya dah nak balik ke Kelantan dan Fauzi nak balik Perak.

So kami pun pi la tengok wayang. Balik tengok wayang, si Fuat dengan Arifin Hasan bising-bising di balkoni walaupun lampu dah kena tutup sebab dah lebih 11 malam. Ustaz Zawawi Ali pun mengamuk la..Dia jenguk sekelibat dari bawah, kami bertempiaran ke katil dan pura-pura tidur. Belum sempat saya tarik selimut nak buat-buat tidur, dua tiga das rotan Ustaz Zawawi hinggap. Ada yang kena badan, ada yang kena tiang katil.

Masa tunggu SPM saya masih berhubungan dengan beliau dan juga Padzilah. Walaupun zaman dulu telefon pun belum ada (hanya rumah Nik Mahizan je yang ada telefon masa tu), email jauh sekali, kami kerap juga berutusan surat.

Waktu jumpa tadi, Fauzi menyuarakan keberhutangan budi dia kepada saya. Saya tidak ingat pun insiden itu samasekali. Selepas result SPM keluar, kami pun sibuk la apply sana sini. Rupanya si Fauzi tidak perasan iklan dah keluar, so last last saya yang tolong isikan borang UPU untuk beliau dan poskan dari Kota Bharu terus ke UM, sebab kalau Fauzi nak hantar dari Perak memang sah tak sempat. Dengan sedikit pertolongan saya itu, Fauzi akhirnya masuk Asasi Sains UM.

Itulah dia nilai dan erti persahabatan kita dahulu-dahulu. Masakan kita akan melupainya walaupun siapa kita dan di mana kita berada sekarang.

Bila sudah berusia dan giliran anak pula yang masuk universiti, Fauzi sempat mengimbas kembali hasrat dia yang amat sangat untuk jumpa saya, terutamanya mengenai insiden di atas itu. Akhirnya Allah pertemukan kami tengahari tadi.

Harap-harap lepas ni Fauzi akan menulis sendiri di sini. Dia selalu akses blog ini, terutamanya sewaktu menunggu-nunggu pesakitnya pulih dari anaesthesia selepas pembedahan. Dengan menggunakan broadband card, dia dapat akses blog kita walaupun di dewan pembedahan. Saya tak dapat ambil gambar sebab terlupa bawa kamera pagi tadi.

-Asmawi Mohamad

Langkah Permulaan Buat Sahabat2 yang Diingati

Pertama nk ucapkan berbanyak2 t. kasih kepada saudara Asmawi kerana memberi laluan untuk saya menyertai sahabat taulan dalam blog 5kik1977 ini...

Sebenarnya bukan saya tidak tulis...tulis n panjang dan lebar lagi..apa taknya..setelah membaca semua komen para sahabat dalam blog tu jiwa dan hati ini amat teruja sekali..semangat semakin berkobar2 nk menulis bila tiga orang sahabat call dari jauh.( nanti saya cerita kemudian) tapi semuanya tak masuk dalam blog pun ...error memanjang...akhirnya setelah segala usaha gagal
(mcm asmawi kata dalam komennya ) maka via gmail asmawi lah pilihan saya....
Tq sekali lagi pada asmawi.

Oleh kerana kali pertama saya tulis biarlah saya ceritakan sedikit cmana blog ni sampai kepada saya...

Pada suatu ptg ( masa cuti awal muharram) Fuat cll,dia bagi alamat dan psword..esoknya terima cll pertama dari orang kuat dbkl Mustaffa Md.Noor...panjang juga sembang kami...pendek cerita menitis juga si air mata kerana terlalu terharu n gembira..dia dah cerita dalm komennya....selang sehari terima call lagi...yang ni langsung tak ku sangka...suaranya pada mula tak cam..n tapi hati tu berdebar juga...Rupanya saudari kamilah Kasim....macam tk percaya....tq banyak2 kamilah...sedikit sebanyak kamilah dah sebut pasal bualan saya dengannya...sebelum ni saya cuma dok baca semua komen2 sahabat..termasuk yang kamilah yg dok waiting my writing tu...nw bacalah ya kamilah n semuanya....lepas bercakap ngan kamilah dengan serta merta teringat nk cari balik album lama2 dulu...alhamdulillah semuanya masih ada...yang 5ss1 mustaffa dan masukkan dalm blog ni...maka saya pun merenung satu persatu akan wajah2 ayu dan hnsom 28 tahun yang lalu..bagitu juga nk cam wajah kamilah yg cll tu saya renung gambar ramai2 ketika lower six dan upper six..n begitulah juga kawan2 yang lain,,mustaffa, shaarani.ariffin,ismail maun,cik latifah,naim dan semunya.....terasa seolah2 jiwa dan badan kembali ke tahun 1974 til 1979.......
Sahabat2 sekelian...saya ni bertugas disekolah...nun jauh di utara...dekat sempadan siam n dekat dengan UUM....saya nk offer pada semua sahabat andainya mai kok ni,nk pi siam ka nk hantaq anak masuk uum ka maka sila hubungi saya dulu ..pls all my old friend.. saya sangat2 mengalualukan u all ....at least tak payah dok sewa hotel or motel.....
Masa dah nk habis..maksud saya time nk balik dah....
Pada asmawi Fuat/Mustaffa/Kamilah n asmawi tq vry2 much...because dah dapat dengar suara kalian....
Jumpa lagi nanti...miss u all my friend....
dari saya dihujung utara negara:
Husin Md.Isa

RE: Tipah TAK tertipu

Assalamu'alaikum wbt Sebenarnya Asmawi tak jahat tapi dia nakal. Walaupun nakal, dia pandai dan cerdik orangnya. Insiden2 yang sring berlaku dalam kelas 5sc1 itulah yang menjadi kenangan dan bahan cerita dengan anak-anak kita.

Drp. JALIYA, ex 5sc1

Ustaz-ustazah n Cikgu2

Assalamualaikuk ustaz-ustazah dan cikgu2 daripada saya Che Latifah Ismail
Pertama2nya terimakasih yang tak terhingga kerana telah mendidik kami menjadi 'orang'..Jasa cikgu semua hanya Allah layak memberi ganjaran. Terlalu banyak kenangan untuk dicoretkan. Tapi...saya rasa saya ni tak le nakal sangat kan selama 4 tahun di KIK dulu...ehem2..sebab saya tak kena hukuman berat2 kan..
Yang tak saya lupakan ialah bila kena jemur tengah panas dengan ustaz Husin Unang sebab tak hafal surah Yasin...(Ustaz sedang uzur kan..saya akan bacakan Yasin untuk ustaz..kawan2 yang berkesempatan ziarahi ustaz sampaikan salam saya kepadanya, terimakasih ustaz!.)
Satu lagi kengan bila kena mengadap Cikgu Kusno, Ustaz Ahmad dan Ustaz Zawawi (dah Dr ustaz kita ni..walaupun dah pencen tetap bersemangat untuk belajar...tabik pada ustaz)..sebabnya sayadapat surat dari abang angkat?... yang belajar di Kuwait...tu la, ramai sangat nak jadi abang angkat, tak fasal2 kena mengadap ustaz2...
Seorang lagi yang saya tak lupa dan masih berhubungan sampai sekarang ialah ustazah Fauziah sebab ustazah di Perlis ni juga. Masa saya sebagai pengerusi BADAR selalu kena sound dengan ustazah, macam2 kena buat kan...yang paling ketara ialah bila anda semua lihat semula gambar2 masa kita form5 dan form 6, fesyen tudung yang dipakai amat berbeza kannn... Now ustazah masih sound saya sebab tak boleh beri komitmen sepertinya...ustazah ada mengajar di kelas2 pengajiannya di masjid2, kadang2 ja saya berkesempatan mengikutinya.
Kepada cikgu2 dan ustaz ustazah yang lain yang tak disebutkan di sini, segala tunjuk ajar guru2 semua tetap dijadikan panduan untuk saya mendidik anak2 bangsa di UiTM ni pula. Terima kasih

Fuad, Asmawi, Mustafa dan Husin

Assalamualaikum kawan2 semua....saya dah tulis coretan ni tghari kemarin, tapi bila publish tak jadi juga...sibok dengn kuliah, tinggalkan sekejap..now saya edit semula
Untuk Asmawi dan Fuad, bila baca kesah reunion kat kelang tu, masyaAllah, anda semua memberikan komitmen yang tinggi hingga hampir membahayakan diri memandu laju2 tu... Tahniah n TQ kepada semua yang menjayakan reunion tu dan kepada semua yang hadir walaupun dari jauh macam Fuad tu..
Fuad, aku tak kan lupa hang dan adik beradik hang semua n anak2 Pak Ya. masa ayahku meninggal 1989 dulu Ustaz Azahari lah yang imamkan solat jenazah ayahku.. jangan tak tau pulak ayah2 kita tu kawan baik tu, tapi kita anak2 mereka ni entah ke mana2 kan (Al fatihah untuk arwah keluarga kita yang dah pergi dulu).
Masa di KIK dulu ada juga sdara saya namanya Fuad.. 5 sains berapa ntah? Tapi dah arwah last year..(Innalillah...al Fatihah juga untuk kawan2 dan guru2 kita yang dah pergi dulu)
Asmawi, Terima kasih kerana sudi berhajat untuk berbesan dengan saya...kita tengok la nanti macamana jodoh anak2 kita tu ya..anak perempuan saya Form 5, sebaya kita dulu2 la...
Mustafa n Husin, anda berdua tak mungkin dilupakan dalam ingatan kerana kita sekelas sejak form 4-form6. Husin jadi ketua kelas, saya penolongnya...masa form 6 cikgu Tarmizi beri gelaran saya ni miss cutter, sebab selalu tolong di potong2 kertas...
Gambar2 kelas kita yang Mustafa dan Husin sertakan menimbulkan nostalgi yang menyebabkan ketawa sendirian.. he he

Dapat jumpa semula

Assalamualaikum
Saya Zubir Abd.Rashid dihubungi oleh Fatimah dan Asmawi semalam. Rasa teruja bila kawan-kawan lama tel. sebab dah lama dok cari dimana semua kita berada., maklumlah saya dok di Baling, kawasan ulu tapi la ni sesapa dari pantai barat nak ke Kelantan atau dari kelantan nak ke Penang atau Langkawi mesti lalu tepi rumah saya ikut highway baru. Saya baru nak mula hari ni. Teringatm kenangan dengan kawan-kawan di KIK yang selalu keluar malam p makan dekan stesen keretapi pinjam basikal Pak Guard. Kawan sebilik saya Asmawi Hasan di mana berada dengaq kata di Pahang negeri asalnya. Bila bercakap bunyio jugek dihujungnya orang Temerloh katakan. Masih nampak lagi muka Raziah, Salahiah, Syed dan Mona(anak mami Penang tu la) . Kalau lalu Baling call saya boleh makan dan tdoq free punya.; Ok lain kali saya sambung lagi.

Comments on Kamilah. And Bakry too!

I think I am really on the run today. Tak puas lagi menulis. Kerja berlonggok atas meja. Let others do those things first :).

On Hussin Mat Isa, Kamilah said:
Sebenarnya saya masih belum dapat troubleshoot apa problem sebenar dengan setting pada komputer yang Husin pakai di sekolah dia. Semalam dah cuba, dapat error message yang "too generic" hingga dari jauh, melalui telefon, saya tidak dapat kenalpasti apa puncanya Husin masih tak dapat hantar posting sulung beliau. Hari ini saya dah janji untuk cuba lagi.

On Yunus, Kamilah kata:
Memang si Yunus ni! Agaknya dengan semua orang dia buat gitu. Bila saya call dia pertama kali beberapa hari lepas, saya agak "pissed off" jugak sebenarnya. Dahlah dia buat kenal tak kenal dengan kita yang datang dari satu sekolah dengan beliau (saya, Mustafa, Yunus dan Azizan Hasan datang dari Sek Maahad di Kelantan), dia sendiri pun macam mengaku tak mengaku yang dia tu si Yunus Abdul Samed. Haiyaa. Saya siap komplen kat si Fuat lagi. Lepas tu si Fuat sendiri call Yunus. Fuat kata "maybe dia saja buat macam tu kot. kita tengok dulu dalam sehari dua ni". True enough. Bila saya dok sms dengan dia pada malam berikutnya, dah mula terserlah "The Yunus" yang saya kenali 35 tahun silam. Semalam Yunus call saya sebaik sahaja dia balik dari mengajar di UITM. Kami bercakap panjang. Dah mesra balik macam dolu2. Now I can really feel and tell that this is the real Yunus in his true and original "recipe"

On Anson, Kamilah kata:
When three mischievous ladies like these travel together, I am gravely concerned :). They may be up to something.

BAKRY:

Aku tabik hang kerana memiliki super memory untuk mengimbas kembali segala pengalaman hidup dua tahun di KIK. Aku dok cuba jugak recall satu atau dua incident yang "worth sharing" tapi sampai sekarang masih belum dapat idea. And I cannot agree more when you said:

"Terasa bersalah kerana tak dapat bersama atau mengatakan kesedihan atau simpati bila kawan2 di landa musibah. Kita akur masing2 mempunyai tugas dan t/j tersendiri. Apa pun mudah2an kita akan berjumpa lagi. Dah 30 tahun tak jumpa, apa salahnyer kita cari/luangkan 1 hari untuk menjejak kasih. Luangkan masa 1 hari dalam 30 tahun. Kita lupakan tugas/taraf/status. Kita bayangkan kita setaraf semasa form 5 KIK tahun 77 dulu."

Aku rasa apa yang kau sebutkan itu amat penting. Who we are now samasekali tidak relevan di sini. Yang relevan, dan yang boleh digunapakai, ialah hakikat bahawa kita memiliki satu kesamaan utama, iaitu kita pernah sebumbung, sebilik, selama dua tahun di Kolej Islam Kelang dulu. Inilah "common denominator" kita. Kesamaan utama ini "over ride" semua faktor-faktor lain. Kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi kerana memiliki kesamaan ini.

Marilah kita sama-sama, tanpa rasa segan dan silu, menghayati kesamaan ini.
Fastaqim Kamaa Umirta!
-Asmawi Mohamad

Saidi Kadir


Masa saya bersembang dengan si Rahman tadi, dia ada mention fasal Saidi ni.

Saidi masuk askar selepas keluar KIK dulu. Lepas tu dia pencen dan dengar kabarnya menolong isterinya di sebuah gerai di Kuantan.

Dengar kabarnya, dia tidak berapa sihat. Dia ada buat some kind of brain operation dan sejak itu dia tidak pulih seperti biasa. Dia pernah ke Kertih mencari Rahman tetapi tidak berjumpa.

Saya sudah trigger SOS kepada Fatimah Hassan untuk membantu menjejaki kawan kita ini. Bila jumpa nanti, kita akan usahakan untuk menziarahi beliau sebagai tanda setiakawan kita yang ulung. Sakit demam, susah senang, kita sama-sama prihatin.

-Asmawi Mohamad

Tipah TAK tertipu

Saya bukan nak cakap fasal Tipah tertipu atau tak tertipu sebenarnya.

Saya nak tulis tentang Latipah Zulkifli, ex 5Sains1 KIK tahun 1977 dulu.

Saya dengan Arifin Hasan dan Ahmad Imran (this is what Anson called, the bad side of me. Anson kata "hang ada dua personality tau tak?". Kalau masa hang kawan dengan Weldan etc, hang jadi budak baik, bila hang masuk geng dengan Ripin dan Imran, hang jadi jahat sangat :) selalu sakat Latipah. Tak tahulah sapa sebabnya, maybe just plain jahat kot. Habis dengan si Rodziah Radzi terpalit sama dan jadi musuh dengan saya. I was bad!!

Masa di tingkatan empat, saya agak baik dengan Rodziah (betul kan Rodziah?). Bila naik tingkatan lima, haa...saya naik minyak. Bila konflik dengan Latipah dan Rodziah menjadi semakin gawat, one of them, Latipah agaknya, hantar surat kepada saya, mengutuk saya di atas perlakuan saya yang meresahkan beliau dan Rodziah.

What did I do with the letter? I put the letter on the notice board in front of the class for all to see? tak ke jahat namanya tu?

Kalau tidak silap ingat, surat dia orang tu saya balas dengan bahasa yang lagi "nasty".

Selepas keluar KIK, sambung belajar dan kerja, saya amat ingin untuk berjumpa dia orang berdua ni dah mintak maaf atas keterlanjuran bahasa saya dahulu.

Masa jumpa Fuat di Tg Malim tempohari tu pun, si Fuat sempat tanya fasal konflik dengan Latipah tu. Dia pun kata "teruk hang kata kat si Tipah dulu tu kan? I rasa hang kena mintak maaf kat dia!"

So memang saya dah menanam azam nak trace jugak dia orang berdua ni. Saya pasang kaki melalui Anson dan Padzilah. Rodziah dapat ditemui sehari sebelum gathering di Kelang dulu melalui Padzilah. Saya amat bersyukur. Lepas tu, semalam si Fuat sms saya kata dia dah dapat number HP Latipah melalui Padzilah jugak. Masa tu saya di Putrajaya.

Selepas tamat urusan di Putrajaya tu, saya terus call Latipah. Punyalah seronok si Latipah. Dia nampak amat ceria sekali dan amat teruja dengan cadangan reunion kita. Dia pun dah nak dapat menantu pada bulan Ogos nanti. Anak sulung dia dah umur 24 tahun dan dah habis Masters. Dia akan jemput sendiri kita semua nanti. Bila saya masuk ofis, rupa-rupanya si Tipah dah hantar email kat saya sebelum saya call dia. Tajuk email dia:

Hahahaa....sori la Pn Tipah eh. Meminjam bahasa Fuat "Dulu kita sama-sama tak berakal".

Saya rasa tentu si Tipah akan menulis sendiri di blog ini nanti. Dia dah dapat login dan password untuk akses.

-Asmawi Mohamad

Few more found. What a day!

Semalam Fatimah Hasan memainkan peranan sebagai PI untuk menjejak kawan-kawan yang telah berpuluh tahun hilang dari radar kita semua. Berbekalkan tugas sebagai staf TM, beliau memang dah banyak membantu sebelum ini menjejak kawan-kawan kita. Semalam saya berikan beliau beberapa nama untuk beliau tolong jejak di mana kawan-kawan kita itu berada.

ZUBIR RASHID

Semalam, orang pertama yang dapat beliau jejak ialah Zubir Rashid, pengawas yang sentiasa senyum di Tingkatan 5 Sains 2 dulu tu. Saya amat rapat dengan Zubir, dan selalu keluar ke Kelang bersama beliau dan Hasan Golek. Tapi saya syak si Zubir ni, dalam diam-diam, dia saman jugak seluar jeans saya dan simpan di bilik warden. Akhir tahun bila nak balik kampung lepas SPM barulah saya dapat balik jeans tu.

Setengah jam selepas dapat HP number Zubir tu, saya dah dapat bercakap dengan si Zubir. Beliau bertugas sebagai guru di Baling sejak kembali ke semenanjung akhir 80'an dulu. Dah ada 7 orang anak.


INI CHIK
Fatimah juga dapat call dan bercakap dengan Ini Chik yang sekarang berada di Terengganu. Saya dah passkan nombor telefon Ini kepada Fuat untuk beliau hubungi. Fuat sudah pun bercakap dengan Ini. Nanti kita minta Fuat updatekan cerita mengenai Ini di sini.

ABDUL RAHMAN JUSUH
Yang ni lama sungguh dah dok cari. Akhirnya dengan bantuan Fatimah, dapat juga dijejaki si Abdul Rahman ni. Petang semalam dia sms saya. Saya bercadang untuk bercakap dengan beliau malam tadi tetapi terlena sebelum sempat call. Pagi ni saya call dia. Masya Allah, suara dia tak jauh berubah. Masih lebih kurang macam dulu. Mengikut cerita beliau, setelah tamat SPM dengan keputusan yang tak berapa baik, beliau mengikuti kursus sebagai Flight Engineer di awal-awal lapan puluhan dulu. Lepas tu beliau jadi Flight Engineer MAS dan ikut serta dalam long distance flight all over the world. Selepas tu beliau berhenti dari MAS dan bekerja dengan Petronas Penapisan di Kerteh sejak 20 tahun yang lalu. Boleh dikatakan setiap minggu beliau datang ke KLCC untuk mesyuarat di Petronas, sedangkan ofis saya hanya bersebelahan dengan KLCC. Yang paling kelakarnya, beliau adalah Pengerusi PIBG di sebuah SBP di Dungun, dan anak kedua saya pernah belajar di sana dari 2000-2004. Dia kutuk saya kow-kow sebab tidak pernah datang ke mesyuarat PIBG, sebab kalau saya hadir, sudah tentulah saya akan bertemu beliau. Tapi come to think of it, walaupun saya mungkin pernah melihat nama beliau terpampang, manalah saya tahu itu Abdul Rahman Jusuh yang sekelas dengan saya di tahun 1977 dulu. Itulah mustahaknya kita menyambung semula silaturrahim ni. Kalau tidak bertemu, gambaran wajah 30 tahun dulu mungkin sudah "expire" dan tidak boleh dipakai lagi. Silap-silap bergaduh di jalan raya kerana accident sikit sebanyak pun belum tentu boleh kenal, itu kawan lama kita sendiri.

Nanti kita minta beliau tulis sikit sebanyak mengenai beliau di sini.

-Asmawi Mohamad

5 Sastera1 77 kik -Besar sikit sebab tak Jelas


Cuba tengok Yang ni pula....

Gambar 5sastera1 kik 77- Dari Album Husin Mat Isa


Duduk dari kiri: Omar Jailani (perak) Saarani Ismail (Kedah) Ariffin Bakar (Melaka) Husin Mat Isa (Kedah), Pn Wan Hasmah (Datin), Che Latipah (Kedah), Junainah (Singapore), Shamsiah (Trg), Rokiah (Pahang).
Berdiri Tengah dari kiri: Shamsiah (Selangor), Mashitah (Kel) Shamsiah (Trg), Mona (Perak), Tak Ingat, Mek Mas (Trg), Tak Ingat, Jamiah (Sepang Selangor), Tak Ingat dan Farah Dina (kedah).
Berdiri balakang dari kiri: Khairudin (Trg), Rosli (Trg), Abdul Mughith (Sel), Razak (Trg),Halim (Kedah), Mohamad Taha (Trg), Yahya Daud (Trg), Sabaruddin Hassan (Pahang), Bakar (Kedah), Tajuddin (Pahang), Saidi Ismail (Trg) Mustafa (Kel) dan Husin Johari (Perak)
Saudara/Saudari Kawan-kawan, Saya cuba sedaya upaya untuk ingat nama dan negeri kelahiran saudara/saudari mengikut apa yang saya ingat. Jutaan kemaafan kalau tersilap... dan jutaan kemafan juga sebab ada 3/4 orang classamate 77kik saya tak dapat ingat. Harap saudara lain dapat bantu.
Dengan adanya gambar seperti ini maka dapatlah kita tambah rekod kerana boleh ingat. Terima kasih banyak saudara Husin Mat Isa.
Jadi Gambar 5sc 1 dah ada, 5 sastera satu dah ada, Nanti yang lain InsyaAllah akan menyusul. Kalau tak terang saya akan hantar saiz besar sikit.
Wassalam.
-mustafa mohd nor-

Dari arkib kik

Salam,

Terima kasih kpd Asmawi dan Fadzilah Said yang membolehkan kita menatap semula gambar arkib tu. Memang layak dipanggil arkib sebab gambar tu dah naik kuning- tapi bukan otak kuning. Dalam ramai-ramai tu yang duduk di kiri sekali tu paling handsome- Cikgu Md Din Basuni- macam film star tahun 60an. Pemangku Pengetua Cikgu Sujari kat mana ye? Selepas bertukar ke STAR tak tahu mana perginya. Yang paling steady Cikgu Ahmad Tulani-slow n steady. Tak pernah marah. Kalau buat joke, dia ketawa dulu baru yang lain ikut ketawa. Tak taulah ketawa kerana jokenya ka atau ketawa lihat dia ketawa. Tapi Cikgu sastera ni tak pernah jemu dengan puisi dan cerpennya.

Untuk Yunus,

Appearance fees tu tak payah bagilah sebab tak jadi semi-pro. Local football pun dah tak tengok. Stadium yang anta main tu tak convert jadi taman perumahan. Bakat muda tak dapat di asah lagi. Anta bergiat lagi ke dalam PALAPES? Mungkin dah naik Mejar kot. Tapi rugi naik mejar ni sebab tinggal satu je atas bahu. Sebab tu ana pencen kapten- penuh atas bahu.

Kalau cerita pasal askar ni teringat komrad Saidi Terengganu. Dulu ( lama sangat tahun 80an ) ada jumpa dia di Bentong. Sekarang kat mana pulak dia ni. Kalau baca tulisan kawan-kawan ni he is near around us. Can somebody give his contact number?

Kepada Zakiaq Ali, may be anta kena tulis jugak untuk refresh memori yang lain. Ramai member yang kat utara dalam laman ni. Fuat jugak ada buat gathering belah utara. Mungkin geng-geng form 6 macam Sirajudin, Najmudin dll serta Nasarudin Che Noh dapat jumpa.

Wassalam.