23 April 2008

Secangkir Kopi



Assalamu'alaikum.wbt.
Didoakan semua teman2 dikurniakan kesehatan dan kelapangan dalam mengurus kerjaya dan kehidupan harian bersama keluarga. WM terpanggil disore hari rabu {di Sepang} untuk menulis apa yang terlintas dalam minda yang kerdil ini. Banyak tulisan teman2 telah dapat ditatap dan direnung samada dalaam blog ini mahupun digroup maya. Semuanya adalah untuk mengambarkan kesetiaan dan keseronokan teman2 bersahabat dan bersilatur rahmi. WM pun rasanya tidak sunyi dalam menjalankan tugas sebagai muhtasib kerana teman2 amat memahami tugas muhtasib ini amat mencabar. Namun terpikir, adakah masyarakat kita terus semakin jauh untuk hidup berhibur dan berpoya-poya dengan kehidupa yang sementara ini. Ada belia beliawanis yang berpelajaran tetapi terus dengan keegoan dan kesombongan dengan menyatakan undang-undang moral tidak perlu dan masing-masing merdeka dengan kenyataan Hak Asasi Manusia. Itu sahaja coretan secangkir Kopi WM sore ini. Salam Manis untuk semua.
WM insan kerdil

Tahniah Buat WM......

Betul kata WM...bukan mudah untuk memenangi hati remaja...mereka lebih suka menghampiri rakan sebaya...majlis2 macam WM buat itu kalau tk dikepung atau didorong betul2 mungkin kerusi lebih banyak dari manusia....saya dah pernah melihatnya...
Apa pun saya ucapkan tahniah pada wm...even sibuk dengan tugas utama menjaga kesejahteraan ngeri hang tuah namun masih ada kesempatan untuk memikul tugas lain...
Insha allah nanti ada yg akan menulis secara ilmiah tentang remaja,terutama kawan2 kita yg dah khatam bab jiwa remaja ni dan bergelar kaunselar....

Dari
Utara Semenanjung....B C.

Harta Dunia

Anak yang tidak memiliki identiti utuh akan berhadapan dengan krisis identiti :

Dia kurang keyakinan diri dan tertanya-tanya dimanakah tempatnya di dunia ini.

Dia memerlukan pengiktirafan daripada orang lain untuk merasakan yang dirinya berharga.

Dia sentiasa mengkritik dirinya sendiri.

Dia juga mempunyai harga diri yang rendah dan tidak mampu membuat keputusan sendiri kerana tidak percaya kepada dirinya sendiri.

Dia juga mungkin mempunyai masalah dalam membina hubungan dengan orang lain.

Dia tidak merasa dirinya istimewa atau berharga.

Dia tidak pasti apakah identiti dirinya yang sebenar.

Dirinya terbiar ibarat kepingan-kepingan susun suai gambar yang tercerai !

( Boleh baca buku Ibu Kool Bapa Hebat tulisan Jamilah Samian)

Tidak ada sesiapa pun di dunia ini mampu menjadi manusia sempurna .Namun setiap orang impikan yang terbaik . Sebagaimana amanat Rasulullah SAW, anak-anak adalah ibarat kain putih. Tanggungjawab kitalah untuk mencorakkannya. Dan kita bukan hanya mahu mereka berjaya di dunia sahaja. Kasih sayang juga bukan hanya dengan penuh kemanjaan dan lemah lembut, dan bukan juga dengan kekerasan dan ketegasan sepanjang masa . Sayangi, kasihi dan kasihanilah anak-anak seadanya. Jangan terlebih, terkurang sedikit masih boleh dimaafkan . Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menambah kasih sayangNya sekiranya hambaNya tidak mampu. Hanya padaNyalah tempat kita memohon.

Wassalam
FarahDina