14 July 2008

al-Faatihah

"Ada sesiapa tak hadir hari ni?" Norhayati satu-satunya pelajar perempuan dalam kelas EE1111A hari ni bersuara:"Kawan sebelah saya. Dia demam." Saya bertanya lagi. "Siapa lagi?". Seorang pelajar bersuara :"Alhamdulillah". Saya kehairanan dan bertanya : "Kenapa?" Semua pelajar dalam kelas kelihatan tersenyum. Seorang pelajar menjawab : " Sorang lagi yang tak datang namanya Alhamdulillah." "Ooooh.....Alhamdulillah!" Saya turut tersenyum bersama mereka dan bertanya lagi : "Dia ke mana?" Jawab pelajar yang berada paling hampir dengan saya :"Pergi buat xray di Klinik Kerajaan." "Alhamdulillah......."

Saya terlupa untuk menyebut kepada pelajar-pelajar berkenaan :"Kita bertuah kerana di dalam kelas ini ada seseorang yang apabila kita menyebut sahaja namanya kita memperolehi pahala dari sisi Allah SWT."
Lafazkanlah rasa kesyukuran terhadap-Nya dengan menyebut : Alhamdulillah.
Bismillahirrahmaanirrahim

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian 'alam
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah
Dan hanya pada-Mu lah kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat,
bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai
dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
Aamiin
(maksud surah al-Faatihah)
Wassalam
FarahDina