16 April 2008

PAK CIK TN. HJ RAMLI BIN HUSSIN



Pn Rohana!

In Sya Allah saya akan cari! Beliau ialah Tn Hj Ramli Bin Hussin yang telah pencen.

Sekarang masih berada di Klang. Dalam 48 jam akan datang saya akan beri maklumat berkenaan dengan beliau. In Sya Allah!


-genghizz

Doa dan Harapan

Saya amat mengkagumi kawan-kawan yang pandai menulis di blog ini, saya juga cuba menulis tapi...mungkin terlampau banyak yang nak ditulis kesudahannya ianya hanya tinggal didalam kotak fikiran sahaja.
Farah dan kawan-kawan semua- terima kasih atas doa dan sokongan yang diberi. Betullah kata Tok Lah ,kekuatan yang ada pada kita adalah doa. Hanya pada Allah sahaja segala doa dan harapan dipohon.
Sebenarnya saya selalu memikirkan,dalam kehidupan saya yang amat bahagia dengan suami tercinta dan anak-anak yang meningkat dewasa,ujian apakah yang akan Allah Swt.berikan kepada saya dan inilah yang menguji keimanan saya. Ujian ini banyak mengajar saya tentang kehidupan,persahabatan,persaudaraan,dan segala macam yang saya terlepas pandang selama ini.
Alhamdulillah,atas sokongan suami,anak-anak dan sahabat-sahabat saya mengharunginya dengan tabah walaupun sekali sekala rasa takut yang amat sangat berjaya juga menyelinap di sanubari ini. Saya tidak boleh menipu diri sendiri.Walaubagaimanapun saya tak bolehbiarkan perasaan takut menguasai diri. Saya juga cuba elakkan diri dari mendengar atau membaca cerita-cerita sedih kerana ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada diri saya. Saya juga tidak mengharapkan simpati,apa yang perlu adalah melihat kehadapan dengan doa dan harapan.
Kalau nak difikirkan,ada ramai lagi yang lebih malang dari kita sendiri,oleh itu kita patut bersyukur dengan apa yang ada. Seperti kata Che'Pah, usaha mesti diteruskan untuk mendapatkan rawatan dan itulah yang saya lakukan sekarang. Saya harap selepas ini saya tidak akan bercerita lagi tentang hal ini.
Saya cuba mengimbau kenangan manis semasa di KIK bersama kawan-kawan,tapi tak banyak yang dapat dicapai....
Cuma,buat masa ini saya selalu teringat Pak Cik yang tolong bantu kita semasa melintas jalan untuk balik ke asrama....siapa nama dia? ada sesiapa yang ingat ? dia selalu menjemput ramai diantara kita untuk makan dirumahnya....saya tak dapat lupa puding yang disediakan...setiap kali dijemput,puding itulah yang diterjah dahulu...
Sekian sahaja.
Rohana.

Sekalung Doa

Assalamu'alaikum wbt.
Wak Man , masa di KIK dulu Wak Man ada cerita sikit dengan kawan-kawan pasal ketabahan ayah Wak Man . Waktu tu kita empat lima orang ( saya bersama beberapa orang kawan membantu Taksiah sebagai Pengerusi Persatuan Sains Rumah Tangga )menggoreng mee pukul 11.00 malam di dapur kantin, kemudian Wak Man dan kawan-kawan bawa untuk dijual kepada pelajar-pelajar baru sebaik saja mereka habis program orientasi. Rasanya masa tu Wak Man AJK orientasi. Itulah pertama kali saya belajar masak banyak2. Sebelum tu saya hanya pandai menanak nasi sahaja.

Rohana dan kawan-kawan, sesungguhnya pengalaman2 yang telah kita lalui adalah anugerah Allah SWT yang tiada ternilai kepada kita semua sebagai hambaNya. Sama2lah kita menghargainya!

Kata orang bijaksana; tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.

Sama2lah kita berdoa semoga kita memperolehi kejayaan di dunia & di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW : Doa seorang Muslim untuk saudaranya dari jauh adalah doa yang mustajab. Dikepalanya terdapat malaikat khusus yang setiap kali dia berdoa untuk saudaranya malaikat itu pun berkata: ”Amin ! Semoga kamu juga mendapat sama sepertinya”. ( Hadis riwayat Muslim, Ibnu Majah & Imam Ahmad )

Wassalam
FarahDina